Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 22, 2011

Laksam

Asalamualaikum dan selamat petang semuanya….. hari ni kak rose lunch dengan laksam buatan sendiri! dengan bangganya tu mengaku buatan sendiri!. setelah 2 minggu without nasik mmg dari semalam dah rasa nak ponteng ari ni and carving for laksam ni sangatlah kuat sampai bila bangun pagi ni je terus cakap dengan abang nak wat laksam…. so first thing lepas mandi tu mestilah kejutkan pakcik google soh carikan resepi. dan resepi pertama yg kuor ni lah dia…. dari Yani di Myr… tengok response dan baca komen2 kat bawah tu mg mabeles lah… terus nak cuba guna resepi yg ni. dalam hujan ribut pun sanggup kekedai nak cari bahan2.... nasib baiklah semua nya dapat! mak ai… mahainya ikan kembung rm13.50/kg… agaknya ikan ni x de dalam kawalan harga ke? dan Alhamdulillah percubaan pertama ni terus menjadi. suker sangat2….. terima kasih Yani (selamat berpantang ya dik...) kerana share resepi ni dan kak rose nak kongsikan kat sini pulak ya….

dah ready untuk dingap...

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan (kak rose x makan so gantikan ngan udang kering)
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau
pelakun2 tambahan untuk laksam tu....

laksamnya... suker sangat sbb jadi dengan cantiknya... vangga gitu!

the gravy.... tp kenapa ek x putih? ke sbb lada hitam tu?
apa pun ia adalah sangat sedap!

Monday, March 21, 2011

Brokili goreng udang

masak sayur sempoi ni untuk ratah2... walaupun sangat simple tp sedap ditekak kak rose yang hanya tolak batu dengan kayu jer ni.... kalau ada cendawan butang tu tentunya lagi sedapkan, tp kak rose masak dengan bahan apa je yg ada.... resepinya kak rose dapat dari blog koleksi resepi pilihan diana... terima kasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini pulak. mintak izin ya...

BROKOLI GORENG UDANG

Bahan-bahannya
500 gm brokoli
4 ulas bawang putih - kisar
10 ekor udang sederhana besar - buang kulit
1 sd lada sulah
1/2 sd sos tiram
100 gm cendawan butang (kak rose x de, x letak)
Garam & serbuk perasa

Cara-caranya
Tumiskan bawang putih hingga bangkit bau. Masukkan udang dan lada sulah. Goreng selama 2 minit. Masukkan brokoli dan sedikit air. Masukkan sos tiram, cendawan serbuk perasa. Biar hingga masak.

sedap.... dah abes dah....

Ikan merah masak asam pedas

lauk tengahari dah siap.... tp nasik x masak lagi ni...kali ni try nak masak asam pedas dengan ikan merah ni.... sllu tu asik goreng je kan... dan yg kak rose suka taruk bendi banyak2 dalam gulai tu, meratah bendi je pun sedap gak kan.... resepi ni kak rose dapat dari satu forum, x tau sapa tuannya.... apa pun terima kasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini pulak.

Ikan Merah / Mayong / Duri (apa2 jenis ikan yg sedap msk asam pedas)
10 Batang Cili Kering
1 inci Kunyit
1 inci Halia
5 biji Bawang Merah(kecil)
3 biji Bawang putih
1 Biji bawang besar
1 batang Serai
Daun kesum / Bunga Kantan
Air asam jawa
Garam
Minyak

Cara-caranya
1. Cili kering di buang biji, cuci kemudian rendam dlm air panas. Agak2 dah lembut blender bersama, bawang, halia, kunyit dan sedikit minyak masak.
2. Serai di titik sahaja
3. Masa menumis tuangkan sedikit sahaja minyak masak dlm periuk, tumis bahan blender dan serai sehingga btl2 naik minyak , kilat tp jgn sampai hangus ya
4. Kemudian masukkan air asam jawa, daun kesum/bunga kantan dan garam secukup rasa
5. Kemudian baru masukkn ikan, biarkan sehingga mendidih seterusnya pastikan ikan masak. Rasa sekali lg, x cukup garam tmbh lg baru tutup api dapur .

Tips :
1. Cili kering panjang berkerinting paling sedap buat masak.
2. Ikan cuci dulu dgn air asam jawa (kurangkan hanyir dia)
3. Nak lagi power tmbh serbuk lada hitam
4. Menumis dgn minyak yg byk lg cpt msk, tp lps tu bleh le di buang minyaknya ketika sudah msk.

close-up sikit.... banyaknya pelakun tambahan dalam asam pedas ni sampai tenggelam lead nya!

nak gak tepek hasil mengukur jalan pagi ni.... the steps, the distance n the calories that burned! lupa lak snap timingnya..... 1 hr n 26 mts.... punyalah penat berjalan, cuma banyak tu je kalori yg terbuang? x patutkan.... dan ditambah pulak dengan asam pedas ni, makin bertambah2 le kalori dalam badan....tp kan hari ni macam something wrong with the steps count, sebab dah sejam kak rose berjalan tu baru 6k step je.... satu pusing taman tu sllu kak rose buat ialah 350++ step tp ari ni dia rekod cuma 240 je. mana aci kan! aik? salah placing ke? entahlah.... tu yang terus balik rumah dan sambung atas treadmill... x laju pun jalan atas tu .... 5.8km/hr... kura2 lagi lajukan? hai kura2 nak lawan jalan dengan kak rose x?kalau menang ada hadiah kangkung secekak tau! huh! bepoloh2 den, ponek ya amat!

Sunday, March 20, 2011

Ayam goreng berlada n kacang buncis

lauk simple untuk dinner td.... resepi asal guna daging tp kak rose telah menderhakannya dengan menggantikan daging dengan ayam dan tambah pulak dengan kacang buncis.... lauk dan sayur dalam satu gitu.... sah kerja orang malas... tp memang sedap dan kak rose ratah gitu jer tanpa nasik. tp kak rose kurangkan cili tu jd x lah pedas sangat.... nak resepinya leh tengok sini cuma ganti ngan ayam .... terima kasih pada penyumbang resepi yg mabeles nih!

buh kacang buncis banyak2 n makan gitu je tanpa nasik.

Apple n celery salad

salam dan selamat tengahari semua.... ari ni lambat sikit masak sbb td baru balik dari pasar tani kat stadium tu... punyalah ramai orang dengan tahap kepanasan yg membakar, air sebotol kejap je licin.... bukan nak bli apa sangat pun, cuma cari kerepek2 untuk buah tangan nak bawa ke KK nnti.. yg lainnya tu mengukur jalan lah... cuci mata je dan bli sayur sikit.... bli ikan jenahak 2 keping je dah rm17.60. bli labu jugak... nak masak apa ya?

so tengahari ni buat salad ni untuk ratah2 dulu... yg paling senang kan cuma potong2 dan gaul, dah siap... nak tengok resepinya yg kak rose amik dari buku Salads - A Prima Mini Recipe Book atau leh tengok kat sini.... kak rose penah tepek dulu. k, kak rose paste lagi sekali kat sini...


Ingredients
80 gm red apple (cut into cubes)
80 gm green apple (cut into cubes)
50 gm celery (chopped finely) - kak rose potong cube gak
30 gm walnut (chopped finely) - kak rose ganti dengan chestnut)
100 ml mayonnaise
1/2 tsp salt
strawberry n mint leaves for presentation (ilek, x dak ganti ngan tomato cherry n daun celery je)
(kak rose rendamkan apple tu dlm aie garam kejap (supaya apple x cepat turn brown) n omit the garam dah)

preparation
mix well the apples, celery with mayonnaise and walnut.
add some salt and mix it again
put salad on plate and decorate with strawberry and mint leaves
serve cold.

mmmm.... sedap dan x cukup satu serving ni, tambah lagi semangkuk! abeslah diet kak rose.... adeiiiiii.

Saturday, March 19, 2011

Kek gula hangus puan halimah

selamat malam dan selamt berhujung minggu…. petang tadi kak rose buat kek sarang semut ni dengan harapan yang sangat besar agar menjadi dengan elok..... kira puas ati jugak la dengan kejadiannya walaupun lubang 2 yang terbentuk tu kecik2 je…. yg penting ada lubang2 tu kan…. masa nak buat tadi memang sangat risau takut x menjadi…. tp Alhamdullilah, pd kak rose ni kira dah jadi lah buat orang keras tangan macam kak rose ni….. bak kata CMG kiranya kalau ada lebah masuk masih ada jalan keluar walaupun sempit!

apa pun ni percubaan pertama dan ada jugalah lubang sarang tu kan…. yg penting rasa dia la kan…resepinya kak rose copy dari blog resepi pilihan Diana, siap ada cara step by stlagi.....terima kasih ya dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini pulak….

KEK GULA HANGUS PUAN HALIMAH
Sumber: Kak halimah

Bahan untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

Bahan untuk kek
4 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susuu pekat - Mixer hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanilla.
Last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.

nampak kan lubang2 yg kecik2 dan sikit je kejadiannya....

Jus belimbing buluh

belimbing buluh versi kuning , selalu nampak yg hijau kan...

Asalamualaikum dan selamat petang…. belimbing buluh ni kak rose amik kat tepi taman yang yang kak rose duk briskwalk pepagi hari tu….. selalu tu x de lak teringin nak amik, tapi kan buah dia tersangatlah lebat bergayutan dipokok tu. bila semalam hujan lebat dengan angin dan guruh yang kuat so pagi ni tengok bertaburan jatuh kat tanah…. sayangnya. mula tu nak amik tp x tau tuannya… last2 tawakal je cakap dengan pokok tu kak rose nak amik, mintak izin dengan tuan tanah ya…. (macamlah pokok tu tau nak sampaikan kan) but at least kak rose mintak izin kan…. tp amik pun segugus ni jer… x tau nak wat apa? teringat lak masak lemak cili api daging salai dengan belimbing buluh ni….ishhhh kecur air liur…. nntilak kalau dah leh makan nasik rasa nak buat jugak….

jus belimbing buluh dengan asam boi with no sugar added!

so lepas bekpes tadi soh cik google carikan apa yang boleh dibuat dengan belimbing buluh ni…. ternampak lah jus belimbing buluh dengan asam boi kat sini… tp Lin punya belimbing buluh yang hijau...... kebetulan asam boi ada banyak lagi…. teruslah kak rose blend segugus tu jadikan secawan jus dan buh 3 biji asam boi…. no sugar added! biarkan sebentar biar asam bersatu dengan jus tu….. memula tu x brani nak try, takut masam sangat…. cuba minum sikit, mmmm …manis lak jadinya…. sedap lak tu... harap2 x sakit perut...

dan ni steps kak rose jalan pusing keliling taman tu pagi ni.... tp ari ni ada takut sikit sbb sangat sunyi x de orang lain dan ada seorang tu tido lak kat pergola kat tepi taman tu.... walaupun taman tu dikelilingi kawasan perumahan tp sangat sunyi keadaannya bila pagi... agaknya semua penghuni masih nenyak melayan mimpi kot..... maklumlah weekend! seram jugak dibuatnya!