Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, October 18, 2025

Kuih puteri ayu

 Bahan-bahan A:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur (gred B)
  • 1 ½ cawan gula halus
  • 1 ½ cawan santan (1 kotak santan kara + ½ cawan air)
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk perisa pandan
  • 2 sk pewarna hijau

Info: Kuantiti 1 kotak santan kara sama dengan 1 cawan air. Jika tak cukup 1 cawan, boleh tambah air.

Bahan-bahan B:

  • 1 biji kelapa (warna putih sahaja)
  • 1 sk garam
  • 1 sudu besar tepung ubi




Cara-cara:

1. Mula-mula satukan telur, ovallete, perisa pandan, gula halus dan pewarna hijau. Pukul kesemuanya menggunakan mixer sehingga sebati.

2. Pastikan adunan cair. 

3. Kemudian masukkan pula baking powder dan tepung yang telah diayak. Pukul lagi sampai sebati.

 4. Adunan ini memang likat. Bila pukul sebati, terus matikan mixer.

 5. Masukkan pula santan dan pukul sebati.

 6. Pastikan adunan licin dan tidak terlampau pekat.

 7. Kaup dan letakkan dalam pipping bag

 8. Untuk bahagian kelapa, masukkan garam dan tepung ubi. Kacau sebati 

9. Kalau tak cukup masin, boleh tambah garam. 

10. Sapu acuan dengan minyak. Letakkan kelapa dalam 3/4 sudu besar. Boleh kurangkan mengikut citarasa 

11. Ambil acuan kosong dan tekan kelapa tadi supaya menjadi padat. Tekan juga menggunakan jari supaya kelapa lebih padat.

 12. Hasilnya apabila sudah siap ditekan dengan acuan dan jari.



13. Kemudian letakkan adunan hijau tadi mengikut paras acuan atau kurangkan sikit.

 14. Kukus selama 10 minit.

 15. Apabila kuih sudah masak dan naik gebu, keluarkan dari pengukus dan biarkan suam sebelum keluarkan dari acuan

sedap dinikmati bersama teh o pada petang2 cenggini...


 

No comments: