Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, February 15, 2019

Kuey Teow goreng simple

hmmmm... sedapnya...

 masa berbrisk walking pepagi hari bersama dengan kawan, dia cerita pasal family dia suka sangat dengan kuey teow goreng simple cam ni... since the whole family are vegetarian, so memang agak limited lah bahan yang dia boleh taruk dalam kuey teow goreng dia. dari berlenggang mak limah pepagi tu terus lah g kekedai cari bahan2 nak buat jugak... mana boleh dengar cerita sambil telan ailio jer kan... so jadilah menu kuey teow goreng untuk minum petang aka dinner sekali.. jom check resepinya...

Bahan2:
  • 400g kuey teow-(suhu bilik)-cuci dan toskan
  • 1 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Tauge-letak ikut suka
  • Sedikit daun kucai
  • 3 biji telur
  • Udang secukupnya
  • 3 sudu bsr sos cili
  • 1 sudu bsr sos Tomato
  • 2 sudu bsr sos tiram
  • Kicap pekat+kicap cair secukupnya
  • Garam n perasa (jika perlu)-ikut citarasa
  • lebih kurang 2-3 sudu minyak masak utk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk lumat cili,bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak n tumis bahan ditumbuk tadi sehingga naik bau. masukkan udang dan gorengkan sebentar
  2. Pecahkan 2 biji telur di bahagian tepi(bukan ditengah tumisan) dan masukkan semua jenis sos dan kicap,kacau sebentar dan barulah masukkan kue teow. Kacau goreng sehingga bahan2 sebati bersama (masukkan garam dan perasa jika perlu)-jika kicap digunakan sudah masin,garam tidak diperlukan lg.
  3. Setelah itu masukkan sebiji lagi telur dan kacau sehingga garing. Sebatikan rasa dan masukkan tauge dan daun kucai, kacau sebentar dan tutup api. sedia untuk dihidangkan

8 comments:

Norlaili A Wahab said...

sedapnya kak rose. kuey teow memang favourite kak laili.
buat sendiri tak pandai mesti bergumpal-gumpal, melekat-lekat hahaha.
apa tips dia kak rose tak bagi melekat-lekat?

Norhayati Mohd Isa said...

Sedapnya 😋..
Tunggu habis kuarantin RAI lah baru dpt mkn ni kak rose 😍

JAMIL HASHIM said...

sedapnya di makan panas2

Kak Rose said...

Norlaili, kak rose tak pandai gak, tapi kena kacau cepat2 dalam kuali tu dan buat satu2 portion supaya senang nak kacaunya..ala2 kedai gitu.. hihi

Kak Rose said...

Yatie, sabarlah dan habiskan dulu RAI tu ya. muga cepat sembuh dan boleh menikmati macam2 menu lagi... Insya Allah.

Kak Rose said...

Ya, makan panas2, satu portion tu macam tak cukup jer kan

Norlaili A Wahab said...

Hehehe
Ooo....gituuu 👍👍

lovemachoco said...

permisi min numpang share ya :)
ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo