Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, October 1, 2016

Cucur badak tembam

 Cucur badak tembam yang gumuks2 kejadiannya... senang keja tukang dapo bila buat kerja cepat siap... baut beso2, sekejap jer dah boleh goreng dan dapatlah menukmatinya dengan segera... kalau dah memang orang tak rajin cam tu la kan... semuanya nak cepat dan mudah jer... buat cucur badak ni pun sebab inti nya dah ready... lebihan serunding kelapa daging yang digandingkan dengan pulut kukus semalam tu.. isi inti banyak2 dan jadilah cucur badak setembam badak ni!

kak rose kongsikan resepi kulit badak jer la ya....

Bahan-bahan:-
  • 500 gm ubi keledek
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
 Cara-Cara:-

  1. Rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
    lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
  2. Ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti.
  3. Lepas tu bulat2 kan kasi cantik, letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.

No comments: