Asalamualaikum dan salam pagi jumaat yang ceria.... cuaca cerah yang semuga berpanjangan hingga ke petang.... Insya Allah. sebab kat tempat kak rose ni dah beberapa hari matahari macam malu2 nak menjengahkan diri.... mendung dan hujan yang berpanjangan walaupun tak lebat, tapi yang bagusnya dapatlah mengurangkan keadaan yang berjerebu tu. pagi ni nampak cerah kawasan sekeliling.... Alhamdullilah dengan nikmat yang Allah sentiasa berikan... jom serikan hari Jumaat penghulu segala hari ni dengan bacaan surah Al-Khafi.
kuey tiow kungfu yang kak rose buat dua hari lepas pun nak tepek kat sini.... tapi yang tinggal cuma gambar ni jer la ya, yang lain tu al maklum saja lah..... masakan ni memang pebret, kalau g kat kedai2 yang buat masakan thai memang ini lah yang akan kak rose pesan... suka sangat! tapi en asben pulak tak boleh nak telan, katanya... entah lah selera kita lain2 kan....
untuk resepinya leh tengok kat sini.... mekasih Sham yang kongsikannya.
1 comment:
Sama-sama K.Rose.
- salute ngan K.Rose.. buah-buahan mesti ada.
Post a Comment