Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, September 4, 2015

Kari kepala ikan

Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari... sebelum membaca surah Al-Khafi, amik masa dulu menghadap komputer nak menghapdate rumah maya yang sering terbiar this lately... masak2 dan mood amik gambar pun dah hanyut kelaut dalam agaknya sejak pemergian bapa tersayang.... anyway, it's time to move on, apa pun life must go on kan... cuma jangan lupa kiriman doa sepanjang masa buatnya... Al-Fatihah.

so nak tepek kari ikan yang kak rose masak ni... ikut panduan resepi dari Yatie, tapi kak rose guna ikan tenggiri dan masak pun tak lah sampai seekor.... jadi pandai2 la nak ejas resepi ni kan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ikan merah (kak rose guna ikan tenggiri)
  • 2 biji terung ungu
  • 1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
  • 1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
  • 1 keping asam gelugor
  • 3 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1/4 cawan pati santan
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
  • 4 biji bawang merah kecil, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 1/3 camca teh jintan halus
  • 1/3 camca teh jintan kasar
  • 1/3 camca teh biji sawi
  • 1/3 camca teh halba
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dipotong kepada beberapa bahagian, cuci dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 15 minit, cuci bersih dan toskan. Terung dikerat 2 setiap 1, kemudian belah 2 setiap keratan. Dan belah 2 tapi tak putus untuk setiap kerata. Rendam. Satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga rempah wangi dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1200 ml), kacau dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan kepala ikan, masak sekejap dan boleh masukkan terung (toskan) dan cili hijau dan merah. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

1 comment:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Dah lama tak meng kari ni kak rose..
cucur air liur tengok kari kak rose ni..