Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 12, 2012

Tak toleh kiri kanan dah!

salam dan selamat petang semua.... dah menjelang petang baru dapat menjengah dapo sendirik..... masak pun dah lewat sbb g bank memenuhi tanggungjawap sebagai mama dan anak jugak.... bank in duit belanja anak dan bulanan untul mak n mil jugak.... kalau g dah lewat balik pun lewat jugak la kan.... dan masak pun lewat ----> makan pun lewat gak. bapa kali lewat daaaaa..... bila dah lapo, ngadap nasik dengan lauk kampung ni dah x toleh kiri kanan.... masak lomak cili api pucuk paku dengan udang kering... kuah kasi pekat2.... hishhhhh!!! bertambah2 nasik dipinggan dan berebut2 lah lemak nak menempek dibadan! nampak na pelahap kan?

dan gandingkan dengan ikan terubuk masin yang baru mengail semalam tu..... fresh n x masin sangat. walllllaaaahhh!!!!!.... sedapnya. terima kasih pada kawan2 yang bagi suggestion camner nak masak ikan terubuk masin ni... dan yg ni kak rose goreng pas tu taburkan cili potong dan bawang yg digoreng. mmg dah x toleh kiri kanan dah!

Wednesday, January 11, 2012

Karipap roti... lagi!

sejak dapat idea dari Ros SinaranMenu cara membuat karipap gunakan roti ni, rajinlah kak rose nak buatnya untuk minum petang.... karipap orang malas macam kak rose! yalah x payah nak uli tepung bagai nak sediakan kulit karipap... gunakan je roti. senang kan? meh tengok camner nak buat karipap ni.... inti ikut suka la ya....

cara membuat karipap:

1. gelek roti hingga nipis dan potong bentuk bulat menggunakan cawan/mangkuk
2. letak sesudu inti dan cantum kedua bahagian tepi dan picit sekeliling tepinya. lepas tu gunakan garf kecil untuk menekan tepi karipap.
3. susun karipap atas dulang dan sapu telor hingga rata (pastikan tidak banyak telor meleleh dibawah karipap sbb takut melekat pada dulang.
4. bakar karipap roti dengan kepanasan 180C selama lebih kurang 15 minits atau hingga perang.

Note: karipap boleh dikeluarkan dari oven setelah 10 minit dibakar. balikkan dan sapu telor pada bahagian yg belum disapu telor tadi dan masukkan semula kedalam oven.

cara kak rose yg derhaka: sebelah bawah karipap kak rose sapu butter dan sebelah atas sapu dengan kuning telor . so x yah tebalikkan

inti karipap kak rose copy dari CMG yang gunakan daging berger untuk puff kingkong nya.... best! mekasih ya mat!

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 biji kentang saiz sederhana, kupas, dadu kecil dan rebus hingga empuk, toskan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping daging burger ayam jenama Ramly (kak rose buh 2 keping...yg daging punya...)
1/2 camca besar cili kisar
1/2 camca besar tomato puree
1 camca besar rempah kari daging (jenama Baba's)
1/3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun sup, hiris halus (kak rose x de la pulak!)
2 camca besar kacang pis (guna yg dalam tin, toskan airnya) (kak rose guna mixed vege)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan putih hingga harum masukkan cili kisar, rempah kari dan tomato pure, tumis hingga garing.
  2. Masukkan daging burger (hancurkan), kacau dan tambah air.
  3. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  4. Tambah kentang dan kacang pis, masak hingga kering.
  5. Rasa dan matikan api.
  6. Gaul dengan daun sup. Sejukkan.

Ikan Kuching

jauh perjalanan parcel ni......

jeng.... jeng... jeng.... tengok isinya ------> 2 ekor ikan terubuk masin! terima kasih pada kawan yang tolong bawakan dari jauh ni... nak masak apa ya?

Tuesday, January 10, 2012

Nak buat cam gambar tu jugak.....

salam dan selamat tengahari semua.... lunch ari ni dengan tempura jer.... kalau kes malas nak masak tapi nak makan, kenalah jugak merajinkan diri. kodek2 dalam fridge apa yg boleh disantap untuk mengisi perut.... stok tempura ni mmg selalu ada dalam fridge tinggal nak goreng jer.... rebus jagung dan belen air rebusan tu untuk celurkan brokoli dan carrot tu...... potongkan timun jepun, dah siap.... tomato cherry je yg ada dalam stok, so x letak la.

serving suggesion, 4 keping jer.
tapi dengan segala neka dalam pinggan tu pun masih x kenyang. camner ni?

dan sebelum ngap tu nak jugak hias cantik2 dalam pinggan kan.... sebelum goreng tu mmg dah terpandang kat plastik bungkusan tempura ni.... dan beranganlah nak jadi macam master chef yg jauh panggang dari api.... x salah kan berangan.... dan angan2 tu kalaulah ada semua bahan pasti boleh jadi yg macam dalam gambar plastik bungkusan tu.... tp..... berangan je la.... dengan sayur apa yang ada dalam simpanan, terjadilah apa yg dalam pinggan lunch kak rose ari ni....tp bila makan macam ada yg terkureng..... sos cili je mmg x cukup, so tambah cicah dengan mayonis. lagi umphhhh!!!!.... tp x dan nak amik gambo lah sbb dah ngap separuh jalan!

plastik bungkusan tempura marina ni lah yg jadi inspirasi.... walaupun bahan x cukup.... letak je mana yang ada!

Monday, January 9, 2012

Talam roti lapis coklat

salam semua.... ni kes x leh nampak kengkawan buat tayangan amal yang sangat menggoda..... semuanya nak makan.... pagi tadi nampak puding ni kat rumah Izah, rasa nak amik seketui je kat skrin tu...... biarpun bahan x menepati resepi asal, kak rose nak jugak mencubanya.... x de roti putih, kak rose gantikan dengan wholemeal bread... x jadilah talam ni putih melepak macam yg sifu2 tu buat.... tp rasa tetap ummmpph gitu. mekasih pada yg kongsikan resepi ni ya.....

resepinya kak rose cnp dari dapur Izah... terima kasih juga pada tuan resepi asal iaitu kak wan yang sudi kongsikan resepi talam ni...

TALAM ROTI LAPIS COKLAT
resepi : kak Wan
sumber: kak Yatie, kak Anim @ kak Ayu

Bahan-Bahan
4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
(kak rose guna wholemeal bread)
50 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 gm tepung sagu/tpng ubi
1 sudu teh coklat emulco

Acuan Lompang (10-12 biji)

Cara-cara :

Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak

Sunday, January 8, 2012

Ayam masak bali

salam dan selamat berhujung minggu semuanya.... masak apalah agaknya kengkawan2 untuk hidangan keluarga hari ni? semalam seharian kak rose gantung piok belanga, tengahari tu g kenduri jiran setaman dan malam lak g ronda2 dan makan kat luar je.... senang cerita kan...

so hari ni kak rose buat ayam masak bali ni untuk lunch. rasanya lama dah x wat dan mengulangtayang resepi yang sedap ni kan. resepi copy dari rumah Nor secubitgaram dan penah jugak kak rose tepek kat sini..... untuk yang ingin mencuba, meh kak rose kongsikan lagi kat sini.

AYAM MASAK BALI Oh Malaysia
resipi/sumber: Amir Said Oh Malaysia

Bahan-bahan
Ayam ~ k.nor guna 1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit ~ k.nor guna 1in kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat ~ k.nor letak 1 sudu besar
Cili kering ~ k.nor letak 2 sb cili mesin
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula

Cara-cara
Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

* * Kaedah K.Nor:
Setelah ayam digoreng 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
Pastu tumis semua bahan2 perapan hingga kering dan masukkan sedikit air dan masak lagi hingga pecah minyak.
Pastu boleh la diteruskan kaedah berikutnya spt dlm resipi.

*** kak rose ikut cara Nor yg lebih mudah ni....

Friday, January 6, 2012

Alhamdullilah, rezeki

Asalamualaikum dan salam sejahtera di hari Jumaat yang mulia ini.... dan dipagi hari ni kak rose dimurahkan rezeki dengan dapat voucher ni. balik dari brisk walk tu nampaklah sampul surat terselit kat post box diluar pagar.... nasib baik je hari x hujan.... kalau tidak sudah pasti x dapat nak menyoping dengan voucher ni....

terima kasih pada tempat keja en somi yang bermurah hati memberikan voucher ni.... jom g soping.....