Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 27, 2018

Bubur nasi untuk Emma

 Ujian Allah datang tanpa kita jangka. Allahuakbar.... sakit itu penghapus dosa, dan yang merasa saja akan tahu macammana sakitnya... kita yang sihat ni cuba sedaya upaya untuk memberikan moral support untuk serba sedikit agar sisakit tidak terlalu depress...kawan yang kak rose anggap macam adik sendiri, telah ditimpa dugaan yang terlalu berat buatnya... sebulan selepas kematian suami, dia pulak disahkan menghidap kanser bawah lidah (floor mouth)... dan dengan kesakitan dan melalui beberapa ujian sehinggalah disahkan penyakitnya, kak rose lah jadi penemannya... luluh rasa hati bila dapat tahu tentang penyakitnya... dan hampir setiap hari kak rose pergi melawat dan menemankannya dikatil hospital... buat bubur ni berkali2 dengan harapan dia dapat makan walaupun sedikit...

selepas di diagnosed tentang penyakitnya, memang dia down sangat... dah la tak boleh nak makan, nak telan air liur pun sakit... so kak rose mintak kat doc yang rawat tu supaya diberikan drip, instead of dipaksa minum dan makan bubur yang memang emma dah tak boleh nak buat! at last doc bagi juga drip, sedikit terisi lah perut yang lapar dan asik nak muntah jer kesan dari ubat tu..

 berkali buat bubur nasi ni dengan harapan emma boleh menjamahnya... walaupun sedikit. yang ni masa awal2 admitted kat sdmc, dan masih boleh nak menyuap walaupun sedikit... tapi semakin hari semakin tak boleh langsung nak menelan... sakit sangat. dalam masa sebulan almost 21kg hilang berat badan emma... memang sedih sangat . setiap kali nak masuk melawat kebilik dia, kak rose akan berhenti depan pintu lama2, mohon doa banyak2 supaya diberikan kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata didepan emma. selalu pesan emma kena kuat untuk lawan penyakitnya... beberapa hari lepas 1st chemotherapy, emma terpaksa menjalani satu lagi satu operation untuk dipasangkan tiub diperut untuk masukkan susu... hanya itu saja cara untuk emma mendapatkan tenaga... makan dan minum ikut mulut memang tak boleh langsung. sakit dan lidah seakan tak dapat berfungsi, katanya.

peneman emma walau kemana... masa ni mintak keluar kejap dari sepital untuk uruskan cukai pendapatan arwah suaminya di LHDN shah alam... dan hari ini, 2nd chemotherapy untuk emma...semuga emma terus kuat demi untuk anak2nya yang baru saja kehilangan kasih sayang ayahnya...

5 comments:

Norlaili A Wahab said...

Allahu....sedih baca entry ni. masih ingat lagi entry pasal tahlil untuk arwah suami emma :( . semoga emma terus tabah

Kak Rose said...

Memang sedih... tapi hidup kena teruskan...dan kak rose sebagai kawan cuba bantu setakat termampu untuk kembalikan semangat dia... sentiasa bagi perangsang untuk dia kuat demi anak2...

dari dapur nasya said...

As salam Kak Rose, Nasya juga telah didiagnosed dgn cancer dan baru sahaja complete chemo dan radioterapi. Nasya amat berharap agar Kak Emma tabah dan kuat menghadapi ujian ini. Anggaplah ianya sebagai ANUGERAH dari ALLAH TAALA.
Doa Nasya semoga Kak Emma akan sembuh sepenuhnya. Aminnnn....

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Nasya. Allahuakbar... kak rose doakan muga Nasya juga dah sihat sepenuhnya selepas chemo dan radioterapi.

hani nor said...

Allahu