Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, July 15, 2016

Murtabak segera yg sempoi

murtabak segera yang sempoi dan dah banyak kali buat guna resepi ni... dan yang paling bestnya sbb mudah nak sediakan, guna jer kulit popia yang dah ready made tu, isikan dengan inti dan goreng hingga masak... dah pun ready untuk dihidang buat keluarga... mudahkan... inti pun ikut suka nak letak apa, asalkan sedap ikut tekak sendiri... yg ni kak rose isikan dengan lebihan inti karipap dan ditambahkan dengan batang celery yg didadu

Bahan-bahan

  • 100 g daging cincang (kak rose buh 300gm daging)
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur (kak rose guna 3 biji telo)
  • 1 batang celery yg didadu

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

2 comments:

adda syuhada said...

sedap tue akak...

Norhayati Mohd Isa said...

Ohhh guna kulit popia ye kakrose..
Nak cuba lah tak payah nak menebarkan :)

p/s kakrose nak tanyalah dulu Busu ada Sinus kan pastu buat rawatan DEMC Hospitalkan.. jumpa doktor apa ye.. macam mana keadaan busu sekarang..