Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 12, 2016

Kuih bakar lemak manis

 Asalamualaikum kawan2 semua.... back to daily routine untuk sediakan juadah minum petang macam sebelum puasa ari tu... masa puasa terkejar2 nak sediakan juadah berbuka dan tiap malam ada makan nasik pulak... walaupun masa tak puasa memang jarang sangat makan nasik untuk dinner, tapi bila puasa kena gak makan... takut esok tak larat nak posa pulak kan...sekarang masa untuk berehat, no nasik nasik la... kita sediakan kuih bakar lemak manis ni untuk minum petang semalam... jom cekidout resepinya..


Bahan-bahan ( Loyang 8x8 inc. )
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 3 cawan santan - (200ml sntan KARA + air)
  • 3 sb susu manis
  • garam secukup rasa
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning
  • bijan - utk tabur (opt)

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan2 di dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.
  2. Masak adunan hingga pekat.
  3. Tuang ke dalam loyang yang di sapu majerin,ratakan adunan dan tabur bijan jika suka dan bakar selama 40 min atau sehingga kelihatan garing.

1 comment:

Norhayati Mohd Isa said...

Sedapnya kak rose..
Kuning tu yg naik serinya :)