Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, July 4, 2016

Mocha crunchy

 Mocha crunchy yang sangat wangi dan rangup... masa membakar tu memang tergoda jiwa dan raga, keharuman semerbak hingga keluar rumah... bau harum mocha dan nescafe 3 in 1 tu memang semerbak sangat... dan dengan bahan2 yang berbagai, menambahkan kesedapan cookies ini. tak rugi mencubanya. terima kasih pada Noorma yang sudi kongsikan resepinya... sedap.

 coffee chips, cornflakes n gajus
 
 Bahan2
300gm mentega
300 gm tepung gandum
150gm gula kastor
120gm cornflakes - diramas
100gm coffee chips
50 gm hazelnuts dicincang kasar (kak rose guna gajus)
2st mocha essence
1 pek nescafe 3 in 1
1st emplex


Cara2
pukul butter, mocha essence, nescafe 3 in 1 dan gula. pukul sebentar, sekadar sebatikan semua bahan2 tu
masukkan semua bahan2 lain... gaul sebati
dengan menggunakan sudu kecil (sbb adunan ni lembik sket) sudukan adunan ke atas loyang yg berglis
bakar pasa suhu 180'c selama 35-40 minit
siap 

2 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Dah byk kuih raya kak rose ye..
Kalau dekat dah minta sebalang 😆😆

Mazlan Othman said...

Tentu sedap tu.
Takut belum raya dh habis.