Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 26, 2016

Kerabu mangga kerisik a la siam


panjangnya nama kerabu mangga kak rose ni... siap ala siam lagi tu, tapi memang mangga ni kak rose bawak nun jauh dari siam... buat pun tak sampai setengah biji sbb buah mangga ni sangatlah besar... hampir 700 grams each buah tu. so yang ni kak rose buat kurang dari setengah biji jer pun tak terabes kami berdua makan. memang besar sungguh, susah nak pegang masa nak menyagatnya!

resepi kerabu ni kak rose copy dari dapur cmg, sedap sbb buah mangga nuda ni memang tak masam... tu yang kak rose suka la....



BAHAN-BAHANNYA :-)

3 biji mangga epal, yang mengkal, diparut atau hiris memanjang (kak rose buat <1 biji="" br="" jer=""> 4 biji bawang merah, hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
Sedikit daun ketumbar, hiris halus (tak letak) (kak rose pun x dak!) 
5 biji cili padi, hiris halus (mat guna 4 merah dan 4 hijau) (kak rose guna 2 biji jer)
2 camca besar udang kering, rendam dlm air panas sekejap, tos dan tumbuk halus
1 camca besar gula pasir
1 camca besar perahan jus limau nipis (mat guna limau kasturi)
2 camca besar sos cili Thai (mat guna sos chili thai "LIFE")
4 camca besar kerisek (mat guna 2 camca besar sahaja)
Sedikit garam, jika perlu (mat guna sos ikan)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam mangkuk besar, campurkan mangga dengan semua bahan-bahan yang dihiris dan dimayang tadi. Gaul rata.
  2. Masukkan gula, udang kering, jus limau nipis, sos cili Thai, garam dan akhir sekali kerisek.
  3. Gaul rata semua bahan hingga sebati dan seimbangkan rasa ikut tekak memasing. Hidangkan dengan nasi putih. Selamat Mencuba...!