Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, July 21, 2016

Mee hailam yang sedapppp



 itulah nama menu yang diberikan oleh tuan punya resepi.... dan memang begitulah jugak rasanya, memang sedappppp walaupun mee yang kak rose buat ni tak de sotong dan sayur sawi, tapi ianya tetap sedap sangat. tak de sawi kak rose gantikan dengan kubis panjang sbb sayur tu jer yang ada dalam fridge waktu tu.... kira ok la tu kan, yang penting gandingan segala isi dalam tu yang membuatkan mee  ni sangat instimewa walaupun ni lah pertama kali kak rose buat mee hailam.. terima kasih Azie Kitchen yang kongsikan resepi ni... mohon izin nak cnp ya.


Mee Hailam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
300 gm udang sederhana besar
300 gm daging/isi ayam (tak letak)
3 ekor sotong saiz besar
1 peket fish ball

Bahan sos:
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan

Sayur sayuran:
Sedikit sayur sawi
1 batang carrot
2 biji tomato

Bahan kisar:
2 sudu besar cili 
4 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 

1 paket mee kuning
4 cawan air
3 biji telur
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dg air
Garam 
Daun sup
Cili merah
 
Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis cili dan bawang kisar sampai pecah minyak dan kemudian masukkan ketulan isi ayam sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh lah dimasukkan air. Masukkan karot dan batang sawi, masak sampai kuah hampir mendidih. 
Masukkan semua sos cili, sos tiram, minyak bijan, kicap manis dan cair, sos ikan dan kacau rata.
Masukkan udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing. 
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan biar sekejap sampai telur masak sebelum dimasukkan sayur sawi, buah tomato dan kacau. Apabila telur mengeras, saya keluarkan dari kuali untuk mengelakkan ianya menjadi hancur.
Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk menjadikan kuah pekat. Kacau rata dan kalau kurang masin baru la ditambah garam.
Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur.
Bila nak hidang boleh la diletakkan telur yang dikeluarkan tadi, ditabur daun sup, cili merah dan juga bawang goreng.

Nota:
Boleh dicelur mee dan tuang kuah apabila hendak dihidangkan untuk mengelakkan kuah menjadi terlalu kering dan mee terlalu kembang.

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sah! memang sedap menggoda betul
Siap ada dua piring tu satu utk kakak ni nak dtg beraya hihi...

Kak Rose said...

Kakzakie, boleh jer buat lagi... udang tengah banyak stok ni..

Mazlan Othman said...

Boleh suggest utk baraan ni.

Kak Rose said...

Mazlan, boleh saja... tapi kena asing kuah kot, takut nnti mee kembang semangkuk sementara tunggu baraan sampai... hihi