Bahan
1 ekor ayam saiz sedang dipotong dan di gaul dengan kunyit dan garam
2 sudu besar cili kering yang sudah dikisar * Kak Noor tambah 4 sudu
*7 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
*2 inci halia
*2 batang serai
5 sudu besar kicap manis *Kak Noor kurangkan ke4 sudu sebab tak mau hitam
1 sudu besar sos tiram
2 cawan santan sedang pekat - 1 peket santan debu jadikan 2 cawan * Kak Noor hanya guna 1 cawan
6-7 helai daun kari * tak letak
1/2 cawan kecil asam jawa * Kak Noor letak 2 sudu besar
garam dan gula secukupnya
CARA
1.
Goreng ayam hingga setengah masak. Kisar semua yang bertanda *.
Tumiskan bahan yang dikisar dengan cili kering hingga garing.
2. Dah garing masukan ayam, kacau rata ayam dengan bahan yang ditumis.
3. Kemudian masukkan kicap, gula dan garam. Masukkan air asam jawa, daun kari dan santan.kacau rata.
4. Didihkan sehingga pekat.siap untik dihidangkan.

3 comments:
Sedapnya kak rose .... nak cubalah.. stok ayam ada dalam freeze tu :)
mmg sedap Yatie, tu yg kak rose buat berulang2...
Salam Kak Rose..ni klu ada nasi impit ka...pulut ka..mmg trbaek buat cicah :)
Post a Comment