Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 3, 2014

Brokoli goreng bersos tiram

 lama dah x masak sayur ni.... kalau masak tapi x de sapa nak makan memanglah menjadikan diri sangat tidak rajin untuk memasak... tp bila anak balik bercuti ni, kenala masak jugak kan, tapi sayur ni mmg dia tak amik la...dia punya ayah yang request nak makan ni. so buat untuk lunch semalam... resepi dari blog Sue Joshua, mekasih ya dan mintak izin nak kongsikan kat sini pulak...

BAHAN-BAHANNYA:
  • Brokoli - dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 4 s/b sos tiram
  • 1/2 s/t serbuk lada sulah
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air
  • Garam, perasa dan sedikit gula
 
 CARA-CARANYA:
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan sos tiram dan sedikit air, kacau rata kemudian masukkan pula brokoli, kacau sekejap kemudian masukkan serbuk lada sulah, garam, perasa dan gula, kacau lagi hingga brokoli masak, bolehlah ditutup apinya.
 simple jer masaknya kan....

 
 mmakan pulak dengan nasi ayam butter n ayam madu ni.... yang ni versi bakar, garing diluar tp masih juicy didalam....

 kuah kicap, sambal cili merah, ulaman timun, tomato n salad juga ayam madu to go along with the nasi ayam... wehhhhh!!! berbaloi bersilat didapo bila ade yang makan...

ade ker orang makan nasi ayam dengan sayur brokoli? x kisahla kan. sayur is good for ur skin kata ayahnya... dan anak pun terpaksa je makan!

5 comments:

Gee® said...

Bestnya meratah brocolli...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah hidangan yg healthy sgt kak rose... mcm sedap jer brokoli tu ;)

Kak Rose said...

Gee, memang meratah jer...x payah lauk lain dah!

Kak Rose said...

Yatie, healthy n buat tukang masak jadi fatty jugak! he he he

Haniezafri Othman said...

nasi ayam tu sedapnya..minta resepi boleh..heheh