Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 25, 2014

Murtabak segera

 salam dan selamat tengahari buat semua....hari ni nak tepek homemade murtabak segera yang kak rose buat petang semalam. lama rasanya tak buat menda ni, so merajinkan diri membuat inti tapi kulit tu guna kulit popia jer. senangkan! terima kasih pada sifu masak2 dialam maya yang sangat kreatif dan kongsikan resepinya..

bila dah buat mestilah cepat jugak nak ngapnya, so guna dua kuali untuk mempercepatkan proses menggoreng... meh kak rose kongsikan resepinya kat sini yang kak rose copy dari minami133@Myr. mekasih ya..

Bahan-bahan

  • 100 g daging cincang (kak rose buh 300gm daging)
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur (kak rose guna 3 biji telo)
 

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.
 
dah siap..... sedap dimakan panas2 bersama bawang cuka ni...

5 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kak rose yg cecah dgn bawang warna merah tu macam mana nak buat.... nak cuba gak buat sendiri ni :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kak rose yg cecah dgn bawang warna merah tu macam mana nak buat.... nak cuba gak buat sendiri ni :)

Bbwana adienia said...

salam kak..

bagusnya idea akak guna kulit popia kan..kreatif dan simple sangat..terbaek la kak..

Kak Rose said...

Yati, bawang + sket cuka, gula, garam n kaler...pandai2 la ejas ya.

Kak Rose said...

Bbwana, memanjangkan resepi dari guru2 masak dialam maya.. derang ni mmg sangat kreatif kan!