Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 17, 2014

Ayam masak palembang...lagiiiii

buat lagi dan tepek lagi..... mekasih semua yang kongsikan resepinya ya....

Bahan
 
1 ekor  ayam saiz sedang  dipotong  dan di gaul dengan kunyit  dan garam 
2 sudu besar  cili kering yang sudah dikisar * Kak Noor tambah 4 sudu
*7 ulas  bawang merah 
*5 ulas  bawang putih 
*2 inci halia 
*2 batang serai 
5 sudu besar  kicap manis *Kak Noor kurangkan ke4 sudu sebab tak mau hitam
1 sudu besar sos tiram 
2 cawan santan sedang pekat - 1 peket santan debu jadikan 2 cawan * Kak Noor hanya guna 1 cawan
6-7 helai daun kari  * tak letak
1/2 cawan kecil asam jawa * Kak Noor letak 2 sudu besar
garam  dan gula secukupnya



CARA 
1. Goreng ayam hingga setengah masak. Kisar semua yang bertanda *. Tumiskan bahan yang dikisar  dengan cili kering hingga garing. 
2. Dah garing masukan ayam, kacau rata ayam dengan bahan yang ditumis.
3. Kemudian  masukkan kicap, gula dan garam. Masukkan air asam jawa, daun kari dan santan.kacau rata.
4. Didihkan sehingga pekat.siap untik dihidangkan.

3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya kak rose .... nak cubalah.. stok ayam ada dalam freeze tu :)

Kak Rose said...

mmg sedap Yatie, tu yg kak rose buat berulang2...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Kak Rose..ni klu ada nasi impit ka...pulut ka..mmg trbaek buat cicah :)