Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 4, 2014

Chocolate chips muffin

 muffin yang dah tinggal sejarah ni pun nak jugak tepek kat sini kan... muffin yang sangat kaya dengan rasa cokelat n chipsnya....makan masa hangat2 tu, chips nya tengah cair mmg best sangat! pekena sebiji beso ni mmg dah kenyang, sebab mmg kak rose guna cups yang besar dan satu adunan dapat lah 12 biji muffin cokelat yang beso gebus ni....dan separuh goes to my jiran untuk tolong perabeskan....

resepi yang sama kak rose guna untuk buat muffin ni... simple n sedap. mekasih nor secubit garam, kak rose kongsikan kat sini lagi ya...

COKLAT CHIP MUFFIN
  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula
  • 150gm coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  1. gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
  2. gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
  3. letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka. bakar selama 20min.

7 comments:

Gee® said...

Kak Rose, bak nak 2 biji muffin gumuks tu... sedap jer nmpk

cahayahidupku.blogspot.my said...

Macam mudah jer kak rose... tak payah guna mixer ke kak rose.. teringin juga membuatnya :)

Kak Rose said...

Gee... abes la sudah.....

Kak Rose said...

Yatie, guna mixer semulajadi jer...gaul setakat sebati jer, mudahkan!

cheq da said...

Mcm sedap jea kak rose..
Nti boleh cuba..

eira96syak said...

gune berapa suhu yer???

eira96syak said...
This comment has been removed by the author.