Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 6, 2014

Kuih tepung talam

 kuih tepung talam kak rose yang memang fail!!!! apa pun yang namanya kuih talam memang tak menjadi bila kak rose buat... dah ikut semua step tu pun masih lagi fail....bukan yang ni jer, tapi dah berkali2 hingga kan masa buat talam tokyo tu kali ketiga baru menjadi.... yang ni rasanya dah tak nak kot nak cuba lagi... tunggu sampai hilang phobia dulu!

comot kemomot bila potong, memang tak puas hati tengok rupanya....nasib baik jer rasanya kena dengan tekak, jadi adelah terubat sket hati yang sakit ni...jeles sungguh tengok kuih talam sifu2 masak yang menjadi dengan cantiknya...halus mulus bila potong...mintaklah ajarkan kak rose yang keras tangan ni!. resepi kak rose amik dari sini, mekasih ya.

Bahan-bahan : (Loyang 7inci)
Lapisan bawah :-
  • 1/2 cwn gula merah
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 21/2 cwn air 
      (semua bahan diatas dimasak, tapis dan dibiar sejuk)
  • 1 cwn tpg gandum
  • 3 sb tpg ubi
  • 1/2 sk air kapur
Cara-cara :

- Panaskan pengukus hingga air mendidih
- Satukan semua bahan, kacau adunan dan tapis
- Sapu sedikit minyak pd loyang dan tuang adunan
- Kukus selama 20 min dgn api yg sederhana kecil
- Setelah masak cakar permukaan adunan dgn garfu agar lapisan atas melekat

Lapisan atas :-
  • 11/2 cwn santan pekat
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1/2 sk garam
Cara-cara :

- Satukan semua bahan, kacau adunan dan tapis
- Masakkan adunan sehingga naik wap saja
- Tuang atas adunan bawah yg tlh dicakarkan dgn garfu dan kukus 20 minit
- Setelah masak biarkan betul2 sejuk baru boleh potong
- Potong guna pisau plastik/spatula

5 comments:

Gee® said...

Sedapnyaaa.... yummeh!

Kak Rose said...

sedapnya.... terliur tengok Gee punya tayangan amal, terus mencuba...tp tengok le rupa kejadiannya.

kesian kak rose kan?

Sweet red cherry said...

salam kak..

sedap kuih ni..tapi kalau saya makan bahagian yang bawah dulu..haha..

cheq da said...

Boleh cuba nih...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Rose..yg penting rasa yg sedap tu kak.rupa lain citer..hikhik