Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 10, 2013

Kuih bakar durian

 buat kuih bakar ni untuk minum petang semalam....durian yang kak rose bawak dari kampung, durian kampung yang sangat best, kopek amik isi, masuk dalam tipuware n balut plastik banyak2...so tak terbau lah dalam keta....memang boleh pening kepala kalau dalam keta ade bau durian kan... sampai berhari2 tak boleh hilang...so dapatlah buat kuih bakar dengan durian kampung ni...resepinya kak rose cnp dari blog CMG, mekasih ya mat....pernah buat jugak dulu guna resepi yang sama kat sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gm isi durian, kalau dpt pilih yang bau "cengit" (kuat baunya)*
250 ml air*(*dikisar halus)
600 ml santan kelapa segar (guna yang kotak pun ok)
1 cawan gula pasir
1 3/4 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
1/4 camca teh penuh garam halus
Pewarna kuning makanan secukupnya (1/4 camca teh)
2 camca besar minyak sapi, dicairkan
Bijan secukupnya untuk ditabur

*** adunan ni a bit too sweet pada kak rose, mungkin sbb durian tu mmg manis sangat, so len kali kena kurangkan sukatan gula. terpulang lah pada kemanisan memasing2 ya...


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran 8 inci X 8 inci X 3 inci dengan mentega dan alas dengan aluminium foil, lebihkan sedikit supaya mudah untuk kita mengelurakan kueh bila masak nanti..Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 di atas kecuali durian yang dikisar, minyak sapi dan bijan. Kacau rata dan tapis, masukkan durian yang dikisar tadi dan minyak sapi cair. Kacau rata dan tuang dalam bekas yang telah siap sedia. Tabur bijan rata2.
  3. Bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak dan permukaan kueh kelihatan garing. Mat selalunya akan akan tukar api oven pada fungsi "grill" dan bakar 5 minit untuk mendapatkan permukaan yang sedikit garing.
  4. Bila masak, keluarkan kueh dari oven, biar 5 minit, kemudian keluarkan kueh dari tin dan biar betul2 sejuk sebelum dipotong...

8 comments:

Amie said...

Hmmm... mesti harum ruang dapur dengan semerbak bau durian ni...!

fazianbatrisyia said...

sedapnya. lama dah nak buat tapi tak terbuat2. bila durian byk malas pulak...

Kak Rose said...

Betul tu Amie...pas tu suap pun lajuuuu je!

Kak Rose said...

fazian, ni pun bila dah x larat nak makan gitu jer...ade lagi nnti nak buat kuah durian pulak....kalau rajin ler.

Nieda ramly said...

lawa bingka duriann kak rose

kayumaniskorner563 said...

mesti harum 1 umah kan, kak ruby suka apa2 resepi pun yg ada durian...

Kak Rose said...

Nieda, mekasih...tp kadang2 ade je yg x menjadinya!

Kak Rose said...

kak ruby, ni sementara ada banyak durian...x larat nak abeskan buat la bingka ni. sedap mmg harum satu rumah masa membakarnya!