Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, December 1, 2013

Bebola ubi kayu goreng

meh layan bebola ubi kayu goreng dipetang2 yang mendung ni... makan hangat2 bersama teh o panas2 memang sangat ngam... dapat pulak cicah dengan sambal kicap jawa tu...mmg heaven sangat buat jawa cam kak rose ni. kalau tak suka cicah sambal kicap, makan cam tu je pun dah sedap...lemak2 manis dengan gula n kelapa dalam tu. kak rose kongsikan resepinya yang di cnp dari blog CMG. mekasih ya Mat..

Bahan-Bahannya :-)
Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
Sedikit gula halus
Bancuhan tepung untuk menggoreng (mat guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit pewarna kuning, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti menggoreng pisang)
Sambal kicap

Cara membuatnya :-)
  1. Ubi kayu dikerat2, kupas kulit, cuci dan belah2, rebus bersama sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas. Campur sedikit gula (anggaran 1 camca teh) dan juga kelapa parut putih. Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata. (Kalau tak nak goreng dengan tepung, boleh alih ke dalam loyang, tekan2 hingga padat, potong dan hidangkan).
  2. Kemudian buatkan bentuk bebola (mat gunakan scoop ice cream untuk mendapatkan bentuk sekata). Buat hingga siap. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Hidangkan bersama sambal kicap untuk minum petang atau pun sarapan pagi....

4 comments:

Sumber said...

hmmm, enaknya makanan ini, hehe :)

Torviewtoronto said...

this looks wonderful

DYatie said...

Colleague saya panggil ni ubi ketuk. Hehe.

Gee® said...

Dah lama tak makan bebola ubi ni... musim hujan mmg sesuai benar layan ubi kan Kak Rose....