Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, July 8, 2020

Dari pisang jadi lah...

 Alhamdulillah, sesikat pisang yang sangat manis pemberian jiran sebelah rumah. maka jadilah menu minum petang dan juga untuk sarapan pagi kak rose ni. terima kasih ina..

 kek pisang gebus gebas moist untuk minum petang... separuh darinya dah kerumah jiran yang sebelah pulak... kongsi kongsi rezeki kan...





untuk sarapan, kak rose buat pancake pulak....cukup untuk makan sorang jer dengan dua biji pisang yang besar dan manis sangat nih. gandingkan dengan buah tembikai dan kwii gold dan susu omega dengan harapan ldl kolesterol tu akan turun lah bacaannya...

dan untuk snacking... ternampak resepi ni kat ig kualihelena, terus lah mencubanya... sangat rangup crispy roti sandwich pisang bakar ni. sedap sangat.

Tuesday, July 7, 2020

Sup bebola ikan

masak yang mudah2 jer...

 ya, masak yang mudah2 jer dan tak perlukan masak nasi dah kalau dapat sup macam  ni... meratah jer hingga kenyang. ni kes duduk rumah sorang2 dan tukang makan semuanya kerja dan lunch dioffice jer.. so tukang masak yang tak berapa rajin ni makan jer apa yang ada dan mudah disediakan... hence jadilah sup bebola ikan ni..

bahan A
bebola ikan
sedikit sawi hijau
kiub ayam maggi

Bahan B
bawang merah - di tumbuk
bawang putih
serbuk lada putih
bawang goreng
hirisan cili padi
asam limau

Cara-cara

potong bebola dan basuhkan
panaskan kuali, tumis bawang merah dan bawang putih yang telah di tumbuk
then masuk bebola ikan masuk air sedikit
then masukkan air secukupnt setelah beberapa ketika
masukkan serbuk perasa, kiub ayam, dan sayuran yang telah di potong kecil2.
then masukkan serbuk lada putih, bawang goreng dan hirisan cili.
hidangkan dengan taburan hirisan daun ketumbar.

Monday, July 6, 2020

Daging goreng kunyit

Asalamualaikum dan salam isnin ynag sejukkkk

terima kasih pada kawan2 yang masih sudi menjengah ke dapur maya kak rose yang macam hidup segan mati tak mahu ni... tak tahu sibukkan apa hingga terbiar saja dapo ni tidak berupdate. masak macam biasa jer, tapi kekadang tu banyak sangat vitamin m tu dan tak ada kerajinan nak amik gambar segala.. siap masak terus jer ngap, tak dan nak berposing2 dah... dan ada juga kesibukkan yang menghalang dari nak mengudate dapo maya ni..macam2 hal berlaku sepanjang ketiadaan entry baru ni sebenarnya... nanti2 lah kalau ada kerajinan kak rose nak jugak tepek kat sini buat kenangan dihari mendatang..ok lah jom tengok resepi daging goreng kunyit yang kak rose masak ni..

Bahan-bahannya;
1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
Sedikit kunyit
Sedikit garam

1 labu bawang besar-dihiris
1 biji cili besar
sedikit kacang panjang
*ada orang letak bawang putih- saya tak suka.

Cara-cara

  1. Gaulkan daging dengan kunyit dan garam.
  2. Masukkan dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
  3. Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging.
  4. Rebus hingga kering airnya (sambil2 tu rasakan dagingnya, kalau belum lembut tambahkan airnya lagi)
  5. Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging.
  6. Bila dah hampir garing, masukkan bawang yang dimayang, kacang panjang serta cili potong.
  7. Siap!!


Thursday, July 2, 2020

Buah kiwi

serupa tapi tak sama...

 a bit masham dan yang satu lagi manissss leting

 ganding kan dengan tembikai merah..

 additional partner... mangga chokanan yang jugak manis leting!

 untuk breakfast. with toast, susu omega n starwberry jam yang jugak manis

lagi untuk sarapan... semuanya manis2 jer except nescafe o kosong tanpa gula tu tiap pagi mesti kena minum, kalau tidak kepala jadi ting tong sepanjang ahri nanti!  tapi nasib baik bila check gula dalam darah bacaanya 4.5mmol/L... Alhamdulillah

Wednesday, July 1, 2020

WW: juice oren

πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜ΆπŸ˜Ά


πŸΉπŸΉπŸ‹πŸŠ

Tuesday, June 30, 2020

Buat lagi, nasi arab kabsah

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan...

 buat lagi nasi arab kabsah ni... Alhamdulillah sedap buat keluarga kecil kami dan juga untuk tamu yang datang.. dan selagi ada lagi stok rempah nasi arab kabsah ni, selagi itu lah akan ada lagi untuk menu ni dimasa akan datang... kalau tukang masak ni rajin dan ade permintaan lah..😜

 sangat mudah masaknya...... masuk semua sekali dalam piok dan set 7 minit hp...

 sementara tu, sediakan sos harrah untuk digandingkan dengan nasi arab ni... sedap weh! tapi kali ni tak buat salad arab yang mudah tu...

dan dah siap... yang ni tapau untuk ibu yang dah nak balik ke serendah pagi tu.. resepi nasi arab kabsah tu ada kak rose kongsikan kat sini ya kalau ada yang nak mencuba nanti...
 
 Alhamdulillah, kongsi kongsi rezeki...

Sunday, June 28, 2020

Serunding halia


 serunding halia yang kak rose buat dengan cerita sedihnya.... Allahuakbar. kami redho dengan ketentuan dan ujian Mu ya Allah..


Bahan-bahan
1 kilogram halia tua (dihiris halus)
1 labu bawang putih (dihiris halus)
1 genggam ikan bilis
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan perasa (jika perlu)

Cara:
1. goreng bawang putih hingga garing, angkat dan ketepikan.
2. goreng halia hingga garing, angkat dan ketepikan dalam bekas lain.
3. goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan.
4. campurkan semua bahan digoreng tadi dengan sedikit garam. Gaul sebati dan siap dimakan.