Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 29, 2020

Nasi arab kabsah ayam

Alhamdulillah, home made nasi arab didapo seripayaku..

 lamaaaaa sangat teringin nak masak nasi arab ni, tapi asik tak kesampaian jer... bila sebut jer nak makan nasi arab terus lah ke Rawsha di seksyen tujuh atau pun g Hadrawmat di Glenmarie tu.. lagi mudah kan, duduk jer nasi pun terhidang.. tak perlu nak bersilat didapo bagai... tapi bila bahan pun dah beli, dan dek pkp punya lah susah nak dapat daun ketumbar, berusaha jugak dapatkan tak kan nak biar kejung dalan fridge kan... so meh la buat nasi arab kabsah ni... resepi kak rose amik dari fb disini..

 salad arab simple yet sooo sedap... cili tu boleh lah kurangkan kalau tak tahan pedas macam kak rose ni kan... so kak rose cuma guna sebiji jer cili api yang pedas tu... pandai2 lah nak adjust, ikut  kepedasan memasing kan..

Salad Arab
3 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang timun (dipotong dadu)
1 biji bawang besar
4 biji cili padi hiris
2 biji cili hidup hiris
Daun ketumbar
1 sudu kecil garam dan sedikit serbuk lada hitam
lemon sebiji
2 sudu gula
1 sudu yogurt plain (kak rose omit yang ini)

Campurkan semua bahan dan gaul rata


 sos harrah pun sangat sedap dan memang ngam ditekak kami.. yang ni pun ikut lah kepedasan memasing ya... dan kak rose blend guna pengisar yang kering tu, so tak memang tak guna air. harum bau daun ketumbar tu bila dah blend...jom tengok resepinya..

Sos Harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
1sudu tomato paste
daun ketumbar
garam
gula

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan


 nasi arab kabsah ayam...

Bahan-Bahan:

1kg beras Basmati(rendam 30minit)
Ayam 1 ekor dipotong 12 bahagian.
3 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
3-4 biji cili hijau (cili hijau tak de, so guna cili merah, tak cantika lah pulak!)
Minyak Zaitun untuk menumis.
3 sudu besar rempah kabsah (kak rose guna ready made rempah)

(kalau nak buat from scratch resepi ada kat bawah ya)
1 biji buah tomato dipotong dadu

Cara Masak:

Tumis bawang dan cili hijau yang telah dimayang sampai wangi. 
Masukkan rempah kabsah.
Selepas garing masukkan ayam dan masak sampai kering airnya. masukkan air dan beras diikuti dengan garam. Boleh juga ditambah setengah cawan susu cair.Selepas nasi masak,letakkan sedikit minyak sapi.


** cara kak rose: perap ayam dengan rempah kabsah dan biarkan dalam sejam, pas tu rebus sekejap. keluarkan ayam dan air rebusan jangan dibuang, guna untuk masak nasi pulak.. lepas tu ikut cara sepeti diatas. tak de tambah susu, nasik dah masak elok.

sedap dinikmati panas2.. pinggan kak rose yang tak tahan pedas... sos harrah dan salad pun amik sikit jer, tapi sudahnya berulang2 menambah! dan kalau rajin nak buat rempah kabsah ni, meh kak rose kongsikan resepinya..


Bahan utk rempah kabsa*

1 sdu makan bunga cengkih
1 sdu makan lada hitam
1 sdu makan jintan manis*
1 sdu makan jintan putih*
2 sdu makan ketumbar biji*
1 sdu makan buah pelaga*
1 sdu makan serbuk kunyit

Cara:
1. Goreng semua bahan bertanda * tanpa myk sehingga naik bau.

Bila dah naik bau kisar sehingga hancur.
Satukan dgn serbuk cili dan serbuk kunyit.
Kacau rata.Simpan didalam bekas yang kedap udara.
Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. 

Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

3 comments:

Norlaili A Wahab said...

Sedapla pulak nasi kabsah musim raya pkp ni kan. Boleh cuba buat lepas habis puasa 6 ni

Unknown said...

Lada hitam ni kisar ke...

Zura said...

Kalau tukar ayam kepada kambing..sama ke cara nya