Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, May 17, 2020

Iftar #23 tapau jer...

Asalamualaikum dan selamat pagi semua
dan bertabahlah dengan pkp/pkpb hari ke 61 dan seterusnya hingga raya nanti..


 dan menu berbuka semalam ditaja oleh anak2.. tapau nasi arab  dari Rawsha di seksyen 7 tu.. sebenarnya semalam adalah kali pertama outing kak rose selepas 60 hari berkurung dirumah... cuma pergi ke pasaraya giant untuk grocery shopping untuk menu persiapan raya nanti... selama ni en asben jer yang g membeli... so pertama kali kena beratur berjarak, scan QR code dan amik tempeture baru lah boleh masuk... temp semalam 36.5°. masuk dan cepat2 lah beli apa yang dalam list dan yang banyak tak de dalam list pun... dan masa keluar dari situ, barisan pelanggan punya lah panjang sampai keluar bangunan... penangan covid kan, redho jer lah sambil usaha untuk bersama mencegahnya..

 nasi madghot kambing untuk anak berdua yang sangat sukakan kambing.. portion yang sangat mewah, sampai tak terhabeskan.. membawak kesahur pun masih berbaki nasik tu.

 mama dan ayah masih sukakan nasi mandhi ayam... dan portionnya tersangat lah besarnya.. untuk satu portion tu dengan separuh ayam dan beli dua pack untuk kami berdua tu dah jadi seekor ayam lah... memang tak boleh nak abes lah kan..

 en asben memang suka sangat membeli buah dan banyak2 pulak tu...semalam dibelinya sebiji rock melon, sebelah biji buah tembikai yang sangat besar ni dan sesikat besar pisang berangan. dan jugak buah kiwi zespri gold yang harganya sangat mencekik leher tu... tapi nak makan kan..so beli jer lah..

 untuk menu berbuka kak rose buat cucur udang ni... sebenarnya plan nak makan samosa frozen sedap yang selalu beli kat Azzain tu..tapi semalam tak de stok la pulak. dah la nak masuk kedai tu kena beratur, tulis nama n phone no, check temp.. tunggu lagi baru dapat masuk... tapi sekali sampai dalam tu, stock frozen banyak yang tak ada.. freezer banyak ruang yang kosong jer.. akhirnya pop-up resepi cucur udang ni... on de way balik tu terus singgah kedai, cari taugeh n daun kucai ni..

stok udang cuma ada yang kasar2, so kak rose cincang dan masuk dalam tu lah...Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi... resepi cucur boleh tengok kat sini..

No comments: