Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 13, 2019

Meriahnya raya dikampung..

Selamat hari raya
trobekkk raya dikampung kami..

 malam raya pertama, berbbq lah kita..

 tukang prepare dan tukang bakar kambing dan yang sewaktu dengannya..

 ramai dah tunggu bawak piring dah masa ni..😋

 pepes ayam jer yang enter frame.. sosej ayam dan daging, otak2 kempas semua tak dan amik gamba!

 pepes yang sedap..

 udang dan ayam yang jadi rebutan...

at 10pm, masih begini banyak kasut depan pintu utama... #inikanraya

raya di kampung, meriah sungguh... dan dekat jam 10.30 malam, bunga api pulak depan rumah.. mohon maaf pada jiran2 kalau terganggu dengan letupan bunga api ni...🙏🙏

us, siblings. semuga ikatan ini tak kan renggang tanpa mak dan bapa...abang long akan pastikan kami adik beradik sentiasa ada bersama walau apa pun keadaan..tahun kedua beraya tanpa kedua orang tua. Al-Fatihah buat kedua emak bapa, semuga tenang dan berbahagia dialam sana..

Wednesday, June 12, 2019

Hari raya kami...

Asalamualaikum dan berjumpa kembali di dapo maya kak rose ni..

Alhamdulillah, home sweet home selepas jauh perjalanan hari raya kami... malam hari raya baru lah kami berpeluang balik ke kampung... walaupun tak dapat berkumpul dirumah peninggalan arwah mak bapa, tapi Alhamdulillah adik beradik yang yang lain juga balik dan berkumpul dirumah adik... dan kami ramai2 sewa homestay yang berdekatan. yang penting dapat salam bermaafan dipagi raya yang penuh dengan emosi...  

dan dipagi raya tu jugalah mendapat perkhabaran duka apabila makcik kami iaitu adik arwah mak meninggal dunia..so memang tak sempat nak berposing2 macam biasa lah. selepas solat dan salam raya, jamah sedikit breakfast terus kami semua bergegas ke rumah arwah mak cik untuk ziarah... takziah untuk sepupu2 kami yang baru saja kehilangan arwah bapanya yang juga dijemput Ilahi sembilan hari sebelum emaknya pula menyusul... Al-Fatihah buat mereka berdua... 

pagi raya kedua kami dah bertolak semula balik ke shah alam sbb en asben kena kerja, gantikan pegawai yang bercuti. nasib baik jer jalan balik tu tak lah jem walaupun baaaaanyak kereta dilebuhraya... dua hari dirumah, pagi sabtu kami bertolak pulak untuk beraya dirumah emak en suami... kereta juga banyak, tapi heading north masa ni smooth jugak lah...

 
 sampai di boundary ni dalam pukul tiga petang, dan Alhamdulillah tak ramai orang di immigresen dan juga di komplek kastam tu... mudah lah urusan kemasukan selesai dan terus meneruskan perjalanan ke Narathiwat.. sebelum tu mesti dapatkan dulu talian internet dan juga tukar currency... rm masih sangat murah dengan exchange rate rm1=7.4thb... bila la agaknya rm ni nak naik balik kan...

dua hari beraya disana dan semalam kami balik semula ke shah alam... melalui lebuhraya timur barat Jeli ke Gerik, walaupun masih banyak kereta tapi tak lah jem... tapi bila lepas jer swipe kad tuch n go kat plaza tol Kuala Kangsar terus jer jem... macam parking kat sepanjang lebuh raya pulak.. katanya sebab ade kemalangan di terowong menora... Alhamdulillah lepas tu smooth perjalanan dan kami sampai semula dirumah selepas 11 jam diperjalanan... tu lah baru dikatakan hari raya kan.. berpesta dihighway! dan selamat hari raya buat semua, lepas ni sibuk dengan open house pulak kan...

Wednesday, June 5, 2019

Selamat hari raya

Selamat Hari Raya, 
Maaf Zahir dan Batin

dari http://seripayaku.blogspot.com/

Tuesday, June 4, 2019

Iftar#28 nasi goreng pun boleh lah..

Asalamualaikum dan salam akhir Ramadhan
semakin sampai ke penghujung bulan mulia ini..
semuga kita dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang, Insya Allah.

 dan berbuka semalam kak rose buat nasi goreng jer... ni kes masak nasi petang sebelumnya tu memang tak termakan bila dah ade sate dan juga lasagna. daripada membazir en asben request buat nasi goreng jer. lagi lah mudah kerja tukang masak ni... tak perlu nak sediakan lauk2 segala kan. semua sayur taruk dalam tu, dan taruk udang banyak2... laju kak rose makan walau dah pukul sepuluh malam..

 udang beso2 kak rose masuk dalam nasi goreng, dan udang kecik2 ni kak rose goreng crispy guna tepung bistari yang pedas tu tapi kak rose campur dengan sedikit tepung gandum, jadi tak la pedas sangat... baru kak rose boleh dengan happynya. makan dengan nasik goreng tu, rangup krup krap.. suka buat camni kalau beli udang kertas ni, tapi yang tak bestnya masa nak siang tu. memang bercinta!

 ha... stok buah dah penuh fridge... anggur merah, murcott orange, tembikai, jambu batu dan mangga... tu lah kalau en asben yang pilih untuk beli buah.. macam nak bukak kedai dibuatnya. tapi kak rose suka jer kalau ade stok buah yang banyak...

 since ada banyak udang, en asben nak makan cucur udang dengan sayuran ni... bubuh udang  yang dicincang kasar kasar dalam cucur ni...cicah pulak dengan home made cili sos memang sangat ngam lah.. tapi masa bukak puasa tu kak rose cuma makan 2 biji jer sebab buat pun gedabak2 saiznya.. kenyang perut dengan buah dan air teh o kurang manis tu... Alhamdulillah dengan rezeki Allah dibulan mulia ini.

Monday, June 3, 2019

Iftar#27 satay kajang lagi..

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 29

semakin hari semakin Ramadhan akan meninggalkan kita semua dan welcome Syawal.. kawan2 dah siap ker buat persediaan menyambutnya? ada yang dah bertolak balik kampung sementelah cuti sekolah pun dah bermula awal lagi kan... semuga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik buat semua... sebelum solat terawih, selalu tuan pengerusi mesjid mengingatkan untuk baca doa perjalanan sebelum memulakannya... yang penting keselamatan diperjalanan dan rumah yang ditinggalkan mesti dalam keadaan selamat. Insya Allah.. kita berusaha dan bertawakal, semuga Allah melindungi kita semua.

 dan menu berbuka kami semalam... hari kedua tanpa nasik dan kali kedua kami berbuka dengan satay kajang ni. senang kerja tukang masak kan..

 another pack of beef lasagna yang kena habiskan... dan bila dah makan yang ni, sate tu mampu makan dua cucuk dan dua ketul nasi impit jer semasa berbuka.. dan tiga cucuk lagi selepas terawih. memang separuh berbaki satay tu... tak per lah, boleh frozenkan, tak lah membazirkan.

 since buah cuma ada anggur merah dan hijau, kita buat desseert yang lain sikit lah.. agar2 santan gula merah untuk ganti buah yang tak sempat nak top up tu..

dan semalam dapat hamper ni... terima kasih pada yang memberi, semuga dimurahkan rezeki dan selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Sunday, June 2, 2019

Iftar#26 biru mata hitamku...

 Asalamualaikum dan salam hari minggu, salam Ramadhan ke 28... dipertemukan kah kita dengan Lailatul Qadar? misi mencari nya masih diteruskan hingga ke akhir ramadhan. Alhamdulillah masih diberikan rezeki kesihatan fizikal dan mental untuk terus menjalani ibadah2 malam2 nya... dan siang hari pulak dengan macam2 commitment yang tak pernah habis kan,, dan satunya ialah nak sediakan juadah untuk berbuka puasa ni... kadang2 tu mmg buntu sangat tak tau nak masak apa... so alternative yang paling mudah... beli jer.  dan beef lasagna ni en asben beli kat tempat kerja..so berbuka lah kami dengan beef lasagna yang sedap sangat2 nih..

 selain beef lasagna, dibelinya jugak shawarma kebab ni....mewah dengan inti daging nya. tapi yang ni kak rose cuma mampu makan lepas balik dari terawih...no nasik lah hari ni.

 satu pacak lasagna tu bagi 2 orang, pun tak terhabis...si anak berbuka kat luar dengan kawan2nya.  en asben beli sampai 2 packs... dan 3 ketul shawarma kebab... sambung makan lepas terawih lah.

buah yang tak boleh tinggal untuk nak makan, besar sangat buah mangga tu.. hampir a kg sebiji, memang tak terhabeslah mangga ni. so tebal isinya, manis yak amat dan kak rose makan banyakkkk... patut ler timbang gerak sikit jer walaupun berpuasa hampir sebulan!

Saturday, June 1, 2019

Iftar#25 popia + home made sos

Asalamualaikum dan salam hujung minggu..

 semakin hari berpuasa, semakin tak de idea nak masak apa untuk menu berbuka.. so menu berulang2 lah jadinya dan yang penting apa yang dimasak tu habis dimakan lah.. salah satunya popia cicah home made sos ni, memang pebret kami anak beranak lah.. berulang2 makan pun tak per, tukang masak pun senang hati nak sediakan dan akan sangat happy bila hidangan habis dimakan kan..

 juga buat lagi rendang ayam sedap ni... disebabkan lama memasaknya, sambil buat cookies tu kak rose dah jerang rendang ni... renehkan dengan api kecik hingga sedikit kering kuahnya. pebret sianak lah ni. jarang sekali sahur nak makan nasik, tap kalau ada lauk ni, boleh dia mintak nak makan nasik! Alhamdulillah, berbaloi tukang masak sediakan lauk ni..

 dan buah pun tinggal belen2 jer yang ada dalam stok simpanan... mangga yang beso2 tu ada lagi dua biji, tapi nak jugak makan buah yang lain kan... hari ahad tu balik kampung, so memang tak de masa nak g marketing... makan jer dulu apa yang ada dalam fridge... lapang sikit lah fridge kak rose ni..

dan in between masak2 tu, sempat lagi kak rose buat cookies ni. tat nenas kerang yang sangat ambil masa nak siapkan.. buat tak banyak pun... cuma untuk bawak balik kampung dan untuk buahtangan pada adik kakak sempena hari raya nanti...