Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, May 21, 2017

Jom makan buah

Asalamamualaikum dan salam hari minggu
hari ni kita makan buah jer ya...
 
 
 green n red apple+serbuk asam pak chu 916 (eh! macam emas lak kan?)

 
 mangga putik yang lemak rangup, tak masam pun+asam kulit limau

golden pear+asam kulit limau... sedap!

Saturday, May 20, 2017

Kuih ku kaler maler

 ternampak kat blog MTQ Creations kuih ku yang cantik kalerful ni terus lah teringin nak mencubanya... dan yang penting tanga mtq camner nak bentukkan kuih ku tu jadi cantik dan sekata jer bentuknya... rahsianya ialah benda yang diguna untuk membentuk agar jadi macam berjalur tu... dan dengan gigihnya g chekers beli buah yang ada pembalut polisterin warna merah tu... tapi biasalah, keras tangan kak rose ni memang tak berseni... itulah kejadian bentuk kuih ku yang kak rose buat... tq mtq, ajar kak rose nak buat kuih ni....

 dah bancuh tepung pulut tu, buat bulat2 kecik2 -+20gm sebiji...

 inti pulak -+10gm sebiji..

Sediakan inti dahulu..
2 caw/400gm kacang hijau (di rendam hingga kembang)
2 caw air
2 caw gula (a bit too sweet for me, len kali kena kurangkan ni...)
1 caw kelapa parut putih
Cara...
Toskan kacang.Masukkan kacang dlm rice cooker dan masukkan 2 caw air
Masak mcm masak nasi..bila dah kering masukkan kelapa dan gula dan di kacau rata
Biar "keep warm" hingga kering
Dah sejuk ambil inti seberat 10 gram dan bulatkan.. buat sampai habis..simpan dlm peti sejuk sementara nak siapkan doh pula
Bahan Doh..
500 gm tepung pulut
1 caw santan
2 sb gula
1sk garam
air secukupnya
Cara..
Ayak tepung pulut kedalam mangkok
Satukan santan..garam dan gula serta kacau hingga gula larut.
Tuangkan santan kedalam tepung..gaul rata sambil masukkan air sediki2 hingga jadi doh yg lembut
Ambil doh seberat 20gm ..bulat2kan,Buat sampai habis

Friday, May 19, 2017

Jom ulangkaji

Asalamualaikum dan salam jumaat..
perkongsian dari FB, kak rose share kat sini pulak buat peringatan terutamanya untuk diri sendiri yg selalu lupa.
Aku mohon keampunanMU, aku mohon rahmatMu, aku mohon keredhaanMu, ya Allah.

 
dan berilah hisabku ditangan kanan, Ya Allah.

Thursday, May 18, 2017

Sambal tumis ikan bilis

sambal tumis ikan bilis yang tak payah goreng macam ni memang kegemaran en. asben... since dia suka nak makan, maka tukang masak pun rajin lah nak membuatnya... tapi tukang masak ni memang allergic sangat to ikan bilis, jadinya buat pun sikit jer, cukuplah untuk dua kali hidang... maklumlah sorang jer yang nak makan... kak rose punya sambal tak de ikan bilis tapi tambah bawang besar banyak2 dan kurang pedas... barulah boleh menikmatinya dengan aman! jom cekitout resepi sambal tumis ni..

Bahan-bahan
 
1 cawan ikan bilis
10 biji cili kering, dikisar - ikut la kepedasan memasing ya...
2 ulas bawang putih, tumbuk
1/2 cawan air
2 sdb air asam jawa
1 biji bawang besar, potong bulat
1 kiub pati ikan bilis
2 sdb gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat

Tumis bahan blender hingga garing. Masukkan air asam jawa dan kiub pati ikan bilis.
Kacau hingga wangi.
Masukkan gula, garam, bawang besar. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan ikan bilis dan setengah cawan air dan masak sehingga mendidih dan pekat.
Boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak.

Wednesday, May 17, 2017

Tuesday, May 16, 2017

Kuih sagu kukus

 lama teringin nak makan kuih sagu kukus ni... ari tu buat tapi makan dengan santan macam sagu gula melaka tu... kali ni makan gaul dengan kelapa pulak... orang panggil kuih bronok, tapi pada kak rose ianya adalah kuih sagu... cuma masak nya kali ni ditambah dengan mengukusnya... tambah cantik kejadiannya, tanpa ada biji putih sagu yang kelihatan..

 jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Mamakastam@Myr... mudah dan murah belanja kuih ni. boleh buat untuk bukak puasa nanti..

Bahan-bahan

  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air - (kak rose guna 2 3/4 cawan air jer)
  • 3/4 gelas gula pasir - (a bit too sweet for me, len kali kena kurangkan sket)
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose
 Cara-cara

  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 " (kak rose guna acuan kecik2 comel ni)
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.
makan sejuk2 dan gaul dengan kelapa parut putih memang nyaman sehhhh

Monday, May 15, 2017

Nasi goreng daging

 Asalamualaikum dan salam buat semua...hari cuti dan hari bekerja sama jer buat kita yang sahm ni kan...  dapo kena sentiasa beroperasi... apa kata masak yang simple2 jer macam kak rose ni. tapi jangan selalu ikut cam kak rose yang sangat tak rajin nak memasak ni ya, sesekali tu boleh lah kan... nasi goreng daging ni kiranya balance jugak sbb dah ade segala lauk dan sayur mayur dalam tu.... makan pulak dengan kopok leko jugak kopok kering dari nganu tu, memang ngam sangat. jom buat nasi goreng daging ni...

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - kak rose buh daging kisar jer
  • Segenggam mix vege  (kak rose letak carrot capsicum hijau n kubis )
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah

Cara-cara

  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.