Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, August 17, 2016

Angel hair goreng pedas

 spaghetti goreng pedas yang tak berapa pedas... saja jer buh nama cam tu sbb nampak merah macam lah pedas sangat kan... uishhh!!! tipah tertipu gamaknya... kak rose ni kan tak tahan pedas, jadi nampak kaler merah tu kira pedas dah la...resepi pun main belasah jer, bila dah lapo dan nak cepat je dapat ngap, apa saja yang ada kasi masuk dalam itu goreng spaghetti la... actually kak rose ikut resepi angel hair goreng tomyam tp disebabkan pes tomyam nan hado, so gantikan dengan cili sos jer.. asalkan kenyang perut je...

Bahan-bahannya :-)
 
200 gram spaghetti angel hari, rebus hingga lembut, gaul dengan minyak zaitun
1 genggam, udang kecik, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tomyam (kak rose gantikan dengan cili sos)
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
8 biji cili padi, cincang halus (guna 2 biji jer... pun dah pedas!)
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan ( lupa nak tabur daa....)
Hirisan cili padi untuk hiasan
Sedikit brokoli yg dicelur
Minyak zaitun untuk menumis

Cara :-)

  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu dan tomato lembut. Masukkan cili padi cincang dan sos cili, kacau rata dan masak hingga rempah garing.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Bila udang berubah warna, masukkan spaghetti, gaul rata dan tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. masukkan jugak brokoli yg telah dicelur tadi. Gaul hingga mesra. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili padi. Perah jus limau kasturi sebelum dimakan, jika suka....

The task n the reward

brisk walk semalam....



and the rewards...toast, susu omega n kiwi fruit

Tuesday, August 16, 2016

Muffin jagung simple

 pernah try muffin jagung? no bad, sedap gak dengan kejadian yang cantik dimata... baki jagung cream manis dari buat apam balik ada banyak lagi dan mulanya terfikir nak buat kuih bakar jagung tapi sangat lah malas pulak nak perah santan bagai... cari2 resepi terjumpa dengan resepi muffin jagung simple ni kat sini... tung tang tung tang within half an hour dah siap boleh ngap. so ni lah kejadiannya.... mekasih kongsikan resepinya ya dan kak rose mohon nak cnp kat sini pulak...


 kak rose buat separuh adunan dan dapat 6 biji beso gedabak muffin ni...tapi jagung tu guna 1 cawan dan gula 1/2 cawan, kurangkan dalam satu sudu makan... sedang elok manisnya untuk tekak kak rose yang bukan sweet tooth ni.tapi kalau suka yang manis, ikut jer sukatan tu ya.
 
Bahan A

2 cwn tepung gandum
1 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t garam

Ayak bahan A

Bahan B

1 cwn jagung krim dlm tin
1 cwn minyak masak
1 cawan gula pasir 
1 biji telur (pukul skit guna garfu) (saya guna 2 biji saiz C)
Sedikit perwarna kuning (saya tak letak)
Sedikit esen jagung (saya tak letak sbb takde)

Cara-caranya

Panaskan oven 180°c
Campurkan bahan B ke dalam bahan A.
Gaul rata dengan spatula. Jangan gaul lama nanti muffin jadi kering dan keras. Masukkan dlm papercup dan bakar selama 20-25 minit atau bakar sehingga masak.
Selamat mencuba.

Monday, August 15, 2016

Ikan bilis goreng cili bawang

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin yang ceria... pagi ni kak rose nak kongsikan menu simple tapi sangatttt lah sedapnya buat kak rose.... rasanya ada kawan2 pun yang suka dengan lauk simple cam ni...sebenarnya kak rose ni sangat allergic to ikan bilis, tapi bila ternampak lauk simple ni, gatal tu tolak tepi dulu... yang penting dapat makan dengan bertambah2 nasik... dan akhirnya seperti yang dijangka, kegatalan yang tak terkata... dan ubat allergic sebagai penyelamat. selagi tak makan ubat tu memang macam kera kena belacan kot.... grrrrrr

 resepi simple kak rose kopi dari ita, mekasih ya..

1 bawang besar di hiris
1 batang cili merah ~ di hiris
1 batang cili hijau ~ dihiris
1 mangkuk ikan bilis yang telah di goreng

** kak rose suka cili dan bawang banyak2... so bubuh extra


Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang hingga harum
Masukkan lada merah dan lada hijau dan masak hingga layur
Tutup api dan biarkan suam
gaulkan bersama ikan bilis yang telah di goreng tadi
Sedia di hidangkan bersama menu yang lain


dan yang lebih istimewa, cili merah dan hijau fresh dari kebun sekangkang kera depan pintu kak rose... nak buat lagi nanti tunggu next batch cili pulak....

Sunday, August 14, 2016

Cucur kentang air panas

 cucur ubi air panas yang lembut gebus untuk minum petang... cucur apa pun memang pebret kak rose, selain sedap dinikmati panas2 bersama secawan teh, yang pastinya ianya mudah disediakan... orang tak rajin cam kak rose ni memang nak yang mudah dan cepat disediakan jer... tak perlu berlama2 bersauna kat dapo kan... yang penting tukang rasa pun tak de nak komplen... hahaha.. resepinya mudahnya.... tapi kejadian cucur kak rose tak bulat2 pulak... camner tu?

Cucur Kentang air panas

Bahan2:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas mendidih/menggelegak
2 biji kentang (potong dadu) tak perlu rebus
Serbuk kunyit
Kiub ikan bilis
Kucai (tak letak)
Bawang besar (potong dadu)


Cara:

Gaul rata tepung, serbuk kunyit dan kiub ikan bilis.
Kemudian bubuh bawang besar & kucai & kentang.
Gaul rata. Kemudian tuang air panas mendidih/menggelegak.
Gaul guna senduk kayu.
Tunggu adunan suam sikit dan gaul rata.
Adunan memang akan jadi likat, jgn risau.
Jemput adunan guna tangan ja.. sama mcm kita nak wat cokodok pisang tu.
Goreng. In sha allah bulat2 jadinya dan lembut. Selamat mencuba.

Saturday, August 13, 2016

Sirap buah kabung

 Slurppppp!!!! sedapnya sirap buah kabung atau buah kolang kaling ni... kenapa nama kolang kaling tu ya, yang kak rose tahu cuma buah kabung jer... mulanya tak berapa suka nak makan buah ni... tapi bila sekali rasa, asikkkk nak lagi pulak. dan bila buat sirap cam ni lagi lak.... dari tak mo minum air sejuk berais, hilang segala takutkan batuk tu datang balik.... sedap punya la pasal kan.. tapi beringat jugak, asalkan jangan selalu sangat minum air sejuk sudah le!

 nampak resepi sirap ni kat blog Rosaliza, tapi kak rose nak mudah jer buatnya, cuma masak air gula dan buh sirap, pas tu masukkan buah kabung tu, jadi buah tu tak de la sempat nak merah dah kena ngap dengan lajunya!... tapi kalau nak yang ikut resepi macam Rosaliza tu meh kak rose kongsikan resepinya kat sini ya... mintak izin ya,  mekasih.

BAHAN BAHAN
  • Buah kolang kaling (buah kabung)
  • 1 liter air
  • 300 g gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • Perisa sirap ros secukupnya


Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
CARA MEMBUATNYA
  1. Buah kolang kaling dibersihkan terlebih dahulu
  2. Masak air bersama2 gula dan daun pandan sehingga larut kesemua gula
  3. Masukkan perisa sirap ros secukupnya dan biarkan air gula agak pekat diikuti dengan buah kolang kaling tadi dan biarkan ia mendidih sebentar

Friday, August 12, 2016

Puding roti dan epal

 kes tak mo membazir la ni... roti dah nak tamat riwayat dan kesian kan apple yang  duk betapa dalam fridge... meh la transformkan keduanya jadi juadah minum petang yang mabeles.. resepi dari Ros SinaranMenu, tapi biasalah kak rose ni kalau menderhakan resepi... bukannya memandai tapi ikut bahan apa yang ada dalam fridge kita la kan... kekacang yang ada, gajus dan badam, so taruk jer la gantikan walnut tu...

 resepinya..... mekasih ya Ros...

Bahan-bahannya * 4 keping roti * 4 biji telur * 3/4 cawan susu segar * 1/2 cawan gula perang (boleh kurangkan sikit jika tak suka manis) * 2 biji epal hijau dipotong dadu * 50 gram kacang pecan/walnut dicincang kasar (kak rose x de, gantikan ngan badam n gajus) * secubit garam * sedikit butter * serbuk kayu manis

Cara-caranya
1- Pukul telur bersama susu,gula garam dan vanilla hingga gula hancur dan ketepikan.
2- Sapu butter pada ramekins hingga rata.Letakkan sekeping roti didalamnya
3- Tabur potongan apel dan pecan/walnut keatas roti tadi dan curahkan separuh dari campuran telur (pastikan bancuhan telur dikacau sebelum dicurahkan keatas roti).
4- Letakkan sekeping lagi roti menutupi lapisan pertama dan taburkan potongan epal dan pecan bagi lapisan kedua.Curahkan bahan sos sehingga hampir penuh.Taburkan serbuk kayu manis keatasnya.
5- Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar puding selama lebih kurang 45 minit.(Boleh gunakan foil untuk menutup permukaan puding seteah separuh masa memasak jika takut pecan/walnut hangus.)
6- Gunakan lidi penyucuk untuk menyucuk bahagian tengah puding bagi memastikan puding masak sepenuhnya.
7- Biarkan puding sejuk sebentar.Puding boleh dipotong setelah agak suam bagi memastikan air dari epal tidak meleleh keluar.
Nota:Pudding ini juga boleh dikeluarkan secara sebiji dari acuannya setelah betul-betul sejuk .

 
nikmati hangat2 bersama dengan secawan nescafe o tanpa gula... heaven!