Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, October 8, 2012

Asam pedas ikan kembung

lauk lunch semalam. kesiankan ikan kembung dah keras kejung dalam freezer maka buatlah masak asam pedas ni... dah siapkan bahan suma sekali tengok asam jawa tinggal seciput sangat jer... nakkan  rasa lebih masam, kak rose tumbukkan kasar2 tomato...tu yg jadi merah semacam je asam pedas kak rose ni... x pe kan asal sedap ditekak sendiri sudah bagus kan... resepinya kak rose cnp dari sini... mekasih share ya.

Ingredients

5 Ikan Kembung
10 shallots*
2 garlic*
1/2 inch ginger*
1/2 inch belacan* (kak rose gantikan dengan kiub ikan bilis)
1/2 tsp black pepper*
1/2 inch fresh tumeric*
2 stalks lemongrass - smashed
50 sen daun kesum
1 stalk bunga kantan (I don't have it .. hukhuk) (kak rose pun x dak!)
3/4 cup tamarind + 1 bowl water to make tamarind juice
1/2 cup cili paste ( i use 3/4 cup) (kak rose guna 3 tbs + 2 biji cili api potong2)
Oil for cooking
Salt, palm sugar to taste

Steps

1)  Blend ingredients marked *
2)  Heat up oil, fry (*) and add lemon grass  till fragrant
3)  Add chilli paste, continue to fry, add ikan kembung
4)  Add tamarind juice, salt and palm sugar
5)  Add daun kesum, bunga kantan, let it boil before serving.

Sunday, October 7, 2012

Ayam blackpepper


salam hari minggu yang malas2... bermalas2an pun perut nak kena isi jugak kan, so masaklah apa je yang ada stok dalam fridge. buat jer yang mudah dan cepat dingap n yang paling penting kenyang perut kan.  x dapat nak g pasar sbb pepagi lagi encik somi dah g belaja moto, nak gantikan lesen L yang dah lebih 4 bulan tergantung tuh! kodek2 fridge jadilah ayam blackpepper ni..

menu ni pernah tepek kat sini dan resepi asalnya dari Nor Secubit garam tp dia guna udang... kak rose memandai jer tuka guna ayam.... tp tetap sedap makan dengan nasik panas2. ratah gitu jer pun sedap jugak! Nor kak rose kongsikan resepinya kat sini sekali lagi ya..

Bahan-bahan
350gm udang ~ saiz sederhana (kak rose gantikan ngan ayam fillet)
brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional (kak rose ade yg ijo jer n + cherry tomatoes)

Cara
Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat. (kak rose buh sikit garam)Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan ayam.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti ayam menjadi overcook.
K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn ayam dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap.
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.

Saturday, October 6, 2012

Kerana CTS....

selamat berhujung minggu semua... dan hujung minggu cenggini pastinya ada saja program bersama keluarga kan... kak rose pulak ada satu temujanji yang sangat istimewa pagi tadi... bermula dengan masaalah cts kak rose telah membawa kepada pertemuan ini.... terima kasih sangat2 pada Nur Hayati dan anak2 kerana sudi berjumpa dengan kak rose. really appreciate, apa lagi dengan pemberian cream auralife tu. sangat bertuah rasanya, dari alam maya terus boleh bertemu bersua muka dan dapat  cream percuma lagi.... tq sangat2.

  berposing dengan cream pemberian dari  Yati  di mekdonal seksyen 3

madu khaula dari Iran yang sangat manis... good for health n beauty. thanks for ur suggestion, Yati

balik dari gebang2 di mekdonal tu terus singgah kat pkns, cari madu ni jugak debu tayammum ni, untuk persediaan bila dah operate nnti... sbb x leh kena air selama 2 minggu.... doktor tu siap pesan " cebok tangan kiri" katanya.... memanglah cebok tangan kiri jawap kak rose. saja jer dia buat kak rose nak tergelak walau dalam ketakutan! adoyai Dato Dr. Anuar... mmg kelako!


memang seharian kat luar hari ni.... keluar dari pkns tu pegi pulak ke Metro Driving School kat kg. Melayu Subang, sbb incik somi nak g amik lesen moto beso....dah 4+ bulan masih gantung lesen L, x leh jadi la kan.  sambil2 tu tengok orang belajar bawak moto beso kat situ... alahai!!! ada sorang dak pompuan so kecik cenonet nak bawak moto beso... kak rose tengok moto tu 4, 5 kali beso daripada dia! ishhhh!!! kak rose yg nengok jadi takut, tp dia rilek jer! on the way balik tu singgah kat kedai nasik ayam wak corner ni.


membumbung penuh nasik goreng ayam.... dan rasa pun ok la kat tekak kami. makan x hengat! sampai x termakan goreng pisang yg bli kat kedai sebelah. kenyang ya amat!

dan abc yang sempoi.....

Friday, October 5, 2012

Bingka kelapa pandan... lagi

Salam jumaat yang mulia semuanya. wat lagi bingka  nih... simple n sedap pada kak rose ler, tu yang buat berulang2 dan nak jugak tepek kat sini.... tp kali ni terhangus lak! hangus pun tp ttp sedap tau... garing diluar lembut je kat dalam dia... meh kak rose tepek lagi sekali resepinya kat sini. mekasih pada Kak Wan, tuan punya resepi asal nya.

Bahan-bahan
  • 200gm kelapa parut putih
  • 80gm gula pasir
  • 150gm tepung pulut
  • 1 biji telur A - di pukul ringan
  • 4 sudu besar air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka

Cara-cara:
  1. Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
  2. Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
  3. Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.

Thursday, October 4, 2012

Lempeng pekak di pagi hari...

salam pagi khamis semuanya.... sambil brisk walk pepagi td sambil pk2 nak bekpes dengan apa agaknya.... nak jugak tuko2... asik2 toast n butter+jem. dan yang paling senang nak menyediakan, lempeng pekak ni. entah kenapa namanya lempeng pekak pun x tau kenapa. asalkan tuan yg buat n nak makan x pekak sudahla kan... lempeng pekak cicah dengan sambal tumis mmg best sangat pada tekak jawa kak rose ni... bekpes sambil melayan hati yg takut2 menunggu 16th Oct tuh... tp habis je 3 keping tu! takut ape ke nama cam tu? entahlah!

resepi asal dari CMG. mat, kak rose cnp resepinya ya. mekasih share resepi n nama lempeng ni. he he he

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh baking powder (optional)
1 1/4 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa
Sambal tumis sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali sambal tumis, kacau rata dengan whisk, atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Biar 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser sedikit minyak masak, mat cuma sapu permukaan pan tu dengan paper towel bersih yang dicelup dalam sedikit minyak. Bila panas, tuang 1 senduk bancuhan lempeng, ratakan.
  3. Bila bahagian tepi nya kelihatan mengecut dan renggang dari pan, berhati2 terbalikan dan masak hingga perang keemasan, pada kedua2 bahagian. Alih dalam pinggan dan lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis....

Wednesday, October 3, 2012

Bubur candil + cha cha

 lama rasanya x buat bubur/pengat ni.... kalau bulan posa tu mesti ada saja bubur untuk iftar kan.... tp hari ni ada sket rajin. sebenarnya nak makan pun ya jugak. jadilah buat bubur ni untuk juadah minum petang kami hari ni... nampak resepi bubur candil cha cha ni kat rumah Ummi kuantan yang sedang menunaikan rukun islam keempat ditanah suci Mekah. Ummi kak rose mintak izin nak cnp resepi tu kat sini pulak ya..

Bahan Untuk Candil :-
  • 1 1/3 cawan tepung pulut
  • sedikit garam dan gula
  • air secukupnya
  • beberapa titis pewarna merah, hijau dan kuning
Cara Membuat Candil:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air dan pewarna ke dalam mangkuk.
  2. Satukan bahan kering dan masukkan air sedikit dan gaul biar jadi doh dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Bahagikan doh kepada 3 dan letakkan pewarna setiap satu bahagian.
  4. Ambil secubit warna kuning + merah dan gentel membujur sikit. Letakkan di dalam bekas/pinggan. (Cantumkan candil mengikut warna2 kegemaran jadi 2 warna pada setiap biji. - samada hijau + merah, hijau + kuning dan kuning + merah). Buat hingga siap dan ketepikan dulu. (kak rose omit yg ni... x rajin sebenarnya!)
Bahan Bubur Chaca :-
  • 1/3 cawan bubur chaca kering - direbus dengan air hingga lembut. Angkat dan toskan.
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 3/4 gula pasir / secukup rasa
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • secubit garam
Cara Memasak:-
  1. Masukkan santan cair dan gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masak biar mendidih.
  2. Bila telah mendidih, masukkan candil warna-warni tadi dan masak dengan api sederhana perlahan hingga candil timbul (seperti kuih buah melaka).
  3. Masukkan chaca yang telah direbus tadi, kacau sebentar dan masukkan pula santan pekat.
  4. Masukkan secubit (1/4 sudu teh) garam. Kacau2 santan sebentar sahaja hingga nampak naik wap (jangan sampai santan pecah minyak). Tutup api dan kacau2 sebentar.
# (Petua - jangan terus tinggalkan bubur tadi setelah ditutup api, kacau2 lagi seminit dua agar santan tidak berkepala jika dibiarkan.)

WW.... eeee takutnya!

harap Oct 16th tu lambat la lagi nak sampai....