Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 13, 2012

Brunch?

bekpes pagi ni..... beger ikan n susu omega

sarapan pagi ni.... x de keja cari keja.... bila dah dibagi keja sampai tax teringat nak makan sbb kena cepat siapkan.... ya lah... orang keras tangan macam kak rose ni mmg x reti nak membuat munger2 telor untuk perkahwinan.... nak sangat tolong kawan, so dia bagilah kak rose keja tu tolong2 tu.... akibatnya bekpes pun dah dekat kul 11.... goreng fish cutlets dan buat je macam burger.... tp x dak cheese dan tomato bagai.... mana yg ada je la asalkan kenyang..... harap2 sampai lunch nnti. malas pulak nak masak untuk lunch. ada sapa2 rajin nak tolong kak rose g tapau x?

Monday, March 12, 2012

Senang disediakan, cepat dingap!

salam hari isnin yang mendung.... harap2 kawan2 diluar sana tetap ceria menghadapi awal minggu ni.... rasanya ramai jugak yang bercuti sempena cuti persekolahan anak2.... dan bawa keluarga bercuti2 mesia..... selamat bercuti dan berhati semasa dalam perjalanan.... dan bagi kak rose dah 2 hari berkenduri sana sini, so ari ni bekpes dirumah sorang jer.... dan sediakan menu yg paling mudah dingap! hari tu masa g carrefour ada pulak offer ni.... bli stu first pride tempura chicken nuggets dan dapat free 2 kotak fish fillet ni....

so bekpes pagi ni..... tempura chicken nuggets n fish fillets cicah dengan cili sos bersama secawan nescafe.... Alhamdullilah, kenyang sudah.

Sunday, March 11, 2012

Musim dicuti sekolah....

salam hujung minggu semuanya.... maaf sesangat pada yang datang berkunjung kat blog kak rose ni.... asik dok sajikan dengan pengat keledek yang dah jadi baja tu kan... maklumlah sejak cuti sekolah bermula, maka stat jugak dengan kenduri sana sini yg perlu dihadiri.... walaupun jauh kena juga adakan masa untuk memenuhi undangan kawan2 kan.... tu belum lagi sesat barat mencari lokasi rumah dengan jalan yang sangat jem.... semalam memenuhi undangan kawan di Rawang..... bertolak tengahari dan sampai ke tempat kenduri jam 3.30 petang.... adoyai!!!! ada kemalangan maut diperjalanan kekawasan perumahannya, dengan trailer yg melintang tengah jalan, rasa nak patah balik jer.... tp x guna jugak sbb jalan kedua2 hala tu mmg jem sesangat!

dan hari ni ke Seri Kembangan pulak..... berpandukan pada pelan yg dibagi mmg x dapat nak cari.... dah guna google map pun bila sampai tengah jalan suma pun dah lupa...akibatnya sesat barat dan bile dah masuk town center mulalah terperangkap dalam jem lagi.... terpaksa la tepon tuan rumah untuk guide jalan.... akhirnya sampailah jugak ketempat yg dituju.... tp lewatlah jugak..... duk sekejap dah nak balik pulak sbb dekat rumah ni pun ada undangan kenduri jugak.... nasib baik undangan tu sampai jam 5 petang....jadi sempat lagi la.

nasik lemak sarapan pagi tadi..... gorengkan fish n chicken fillet n sambal ikan bilis, telor mata n timun. makan banyak2 supaya bila terperangkap dalam jem cam semalam x la berlapo kan.....

Thursday, March 8, 2012

Pengat keledek dengan cha cha

bila hari tu ternampak pengat keledek dengan sekoteng kat rumah Ummi, maka tekak yang jahat ni pun terasa lah nak makannya.... gigihlah gi paso mencari keledek n santan.... walaupun kak rose x pernah ada skoteng ni, tp jadilah dengan mana yang ade kan.... so kak rose letaklah cha cha dan sagu mata ikan dalam pengat ni.... sangatlah nikmatnya menghirup kuah yang sangat lemak itew! x cukup dengan satu mangkuk ni....


barulah puas dapat menikmati pengat keledek dengan cha cha n sagu biji dipetang hari yang mendung ni.... ada sapa2 nak join kak rose minum petang dengan pengat ni?

Wednesday, March 7, 2012

Cucur bom manis

buat lagi cucur bom manis ni.... simple n sedap dimakan bersama secawan nescafe o panas dipetang yang mendung ni...rangup diluar dan lembut jer didalamnya.... seakan roti goreng pun ada.... yg pasti cucur yg sedap buat penggemar cucur aka cekodok macam kak rose ni..... meh tengok resepinya....yang kak rose cnp dari rumah izah, mekasih semua yg sudi sharekan resepi cucur bom manis ni...

Bahan :
1 sdt yis
1 cawan tepung gandum
2 sdb gula
3 sdb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Campurkan yis, gula, susu & sedikit air.L arutkan *Ana biar sampai pekat berbuih.
Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng.
Panaskan minyak masak.
Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.
*Izah tambah garam, gaulkan kemudian biar sebentar adunan nampak naik balik, baru goreng.
Hidangkan.

*izah buat double adunan, tapi yis izah letak cume 1 1/2 sk dan air lebih kurang 250ml (50ml bancuh yis+200 bancuh tepung semua).

Tuesday, March 6, 2012

Banana cake

resepi banana cake yg lain sket dari yg biasa buat.... suma dam sekali dalam mangkuk n mixed dah siap adunan.... tp orang buat cantik jer, dapat kat kak rose pasti ada saja cacatnya! mmg keras tangan sungguh kak rose bab kek dalam cup ni.... nak tengok yg cantik comei2 tu kat sini.... terima kasih pada Maz Ilham Dapur kerana share resepi ni... kak rose kopi n paste kat sini lpulak ya....

Bahan-bahan

  • 2 biji pisang ranum saiz besar - maz guna pisang montel - dilecek
  • 160g gula halus
  • 170g tepung naik sendiri
  • 2 biji telur saiz besar (A)
  • 110ml minyak masak - maz guna minyak sunflower
  • 1 sudu kecil ovallate
  • 1/2 sudu kecil garam
  • hirisan badam secukupnya @ coklat rice dan sebagainya
sangat moist n lembut gebus

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C.

2. Ayak tepung bersama garam. Ketepikan

3. Dalam bekas yang sesuai, satukan pisang dan gula. Kacau sebati.

4. Kemudian masukkan telur, minyak masak, ovallete dan tepung.

5. Putar sebati sehingga kembang dan adunan menjadi ringan dengan kelajuan tinggi selama 5-7 minit.

6. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas (jgn penuh, dlm 3/4 saja) kemudian taburkan sedikit hirisan badam, buat sampai habis dan bakar dalam oven selama 18-20 minit atau sehingga perang (bergantung pada oven masing-masing).

Monday, March 5, 2012

Serunding kelapa udang kering

serunding kelapa udang kering ni dah banyak kali kak rose buatnya..... dan ni lah satunya resepi yg selalu kak rose guna dari dapur sifu masak2 CMG yg terra tu... teringin nak makan dengan pulut, tp baru merasa sikit jer dah timbul gegata yg sangat gatal tu..... adoyaiiiiii!!! sudahnya pulut yg dah kak rose golekkan dengan serunding tu jadi lah rezeki jiran sebelah.... tinggal yg 4 ketul tu jer untuk cik abang makan....kak rose makan pulut begitu saja.... nasib baiklah pulut tu dah lemak masin..... makan gitu je pun ok...

resepinya kak rose tepek kat sini dan terima kasih sekali lagi ya Mat...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai, hiris halus*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
4 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut, kacau rata dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.