Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 13, 2011

Chocolate rice banana muffin

salam dan selamat malam..... hah dah malam baru nak post this entry.... x de mood sesangat nak mengupdate kan rumah ni.... perasaan marah pasal sewa rumah masih mengantui hingga malam hari..... ade ke dah le 3 bulan x bayar sewa rumah, tepon pun x nak jawap... apa lagi sms, email pun hampeh x balas.... bila kebetulan ari ni tepon dia jawap, bila kak rose tanya pasal sewa dia jawap x nak sewa dah..... fine, kalau x nak sewa just bagi tau sbb dalam perjanjian pun ada sebut.... ni tidak... bulan pertama katanya nak bayar 2 bulan sekali gus, bulan ketiga esok bayar tapi tinggal janji saja...... dengan tiga bulan sewa x bayar dia boleh tanya..."berapa banyak kak rose nak? gila apa ke dia ni.... sebulan pun x terbayar boleh dia tanya cam tu..... I just want what is due to me, itu jer.....pas tu dia letak tepon pulak bila kak rose mintak kunci rumah tu.... apa lagi kak rose terus kunci mangga pintu rumah tu dengan segala barang dia ada dalam tu.... kijam ke kak rose buat cam ni? sapa pulak nak kemaskan campak barang2 dia tu nnti?

pas tu kak rose g office dia....nak masuk siap ada bio-matrik scanner, camera cctv atas kepala lagi..... tp staff hampeh! ting tong ting tong lah tunggu diluar.... x dibukaknya pintu, tepon pun dah x jawap..... boleh ke kita nak berdiam diri saja kalau dah cam ni? kenapalah ada manusia cenggini dalam donia ni kan....cukupkah bebel... x larat nak pikiak dah!

marah marah pun ada hati nak makan muffin pisang ni.... buatle satu adunan... resepi asal guna chocolate chip tapi dah kak rose gantikan dengan chocolate rice pulak....resepi dari taste.com.au....


Ingredients (serves 12)
  • 60g butter
  • 2 cups self-raising flour (kak rose buh 1 3/4 cup jer)
  • 1/2 cup caster sugar
  • 1/2 cup milk
  • 2 eggs
  • 2 ripe bananas, mashed
  • 1 cup (200g) Nestle Dark Choc Bits

Method

  1. Preheat oven to 200°C. Line a medium muffin tray (12 sections) with paper cases. Melt butter in a small saucepan or heat-proof bowl in the microwave. Set aside to cool slightly.

  2. Sift flour into a mixing bowl. Stir in sugar. Make a well in the centre of dry ingredients.

  3. Using a whisk, lightly beat milk, eggs and butter in a jug. Add to dry ingredients, along with mashed banana. Using a wooden spoon, gently mix ingredients until just combined. Stir in choc bits. Don't beat the mixture or the muffins will be tough.

  4. Spoon the mixture evenly into the muffin cases. Bake for 20 minutes or until firm on top when lightly touched (get an adult to help with this). Leave in the tray for 3 minutes. Transfer the muffins to a rack to cool.

Wednesday, January 12, 2011

Fried brinjal with chili shrimps

wat ni untuk lauk lunch tadi makan ngan ayam kukus tuh.... panas2 mmg sedap... tp kak rose goreng tanpa minyak tu yang jadi pucat jer.... tek le jadi golden kalernya... yg penting x berminyak gitu....cuma kak rose titik kan beberapa titik minyak zaitun, sedikit garam dan gaul rata sebelum goreng tu. mmg sedap.... simple yet so delicious.....

resepinya amik kat rumah AlongRoz lagi.... macih ya dan kak rose nak sharekan kat sini...

Bahan2:

2-3 terung panjang (kak rose guna 1 jer tp mmg pannnnjang)
2 biji cili merah*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 tsb udang kering* (*dikisar)
garam

Cara:

1 Gorengkan terung dalam minyak yg sedikit hingga kekuningan.
Angkat dan letak dalam serving plate
2 Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga wangi
curahkan atas terung yang telah digoreng tadi.
3 siap.

makan dengan nasik panas2 dan ayam kukus sos nenas tadi..... best!

Ayam kukus sos nenas

lauk ulangan..... pernah buat dulu dan sedap, bila sedap tentu saja ada lagi dan lagi dan lagi.... tapi kali ni kak rose x kukus sbb nak cepat.... masak dalam pressure cooker cepat sikit waktu masaknya tp kena berhati2 sbb kak rose punya pc n ayam nyaris hangus! kuah pun jadi macam kecekelatan gitu.... sebenarnya bukan sebab kicap cair tp kuah yg hampir hangus tadi.... tu lah kalau memandai mengubah cara memasak..... CMG, mintak ampun ya sbb memandai, tp untuk memudahkan x salahkan?...... apa pun memang sedap dengan sos nenas yg sedikit masam n manis tu.....

resepi asal dari rumah CMG dan hana jugak atau dulu dah kak rose letak sini.... terima kasih pada sifu masak2 berdua tu kerana resepi yang sedap nih...

Bahan-bahan
  • 4 keping bahagian peha ayam - (kak rose buat 2 whole leg je)
  • 1 batang serai, hiris halus dan cincang*
  • 1/2 biji bawang besar, didadu halus*
  • 4 biji cili padi, cincang halus*
  • 1 1/2 halia, diparut*
  • 3 ulas bawang putih, diparut*
  • 2 pelepah daun bawang, hiris halus* - hana tk blend
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan isi nenas, didadu kecil
  • 1/2 biji cili merah, dadu halus
  • 1/2 biji bawang besar dadu
  • 3 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • 1/3 camca teh gula
  • 1 camca teh kicap cair
  • 1/3 camca teh tepung jagung, bancuh dengan sedikit air, kacau rata
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan (kak rose x de - x letak)
Cara-cara
  1. Ayam dibersihkan, buang kulit dan lemak2nya. Perap dengan jus asam jawa dan garam selama 10 minit, cuci kembali toskan hingga kering. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan bertanda (*), kacau rata dan tambah garam secukup rasa (yang ni agak2 lah yea, mat guna "garam gunung"). Kemudian satu bahan tadi dengan ayam dan gaul rata. Perap 1 - 2 jam dalam peti sejuk. Nak sedap perap semalaman...
  3. Siapkan kukusan. Masukkan ayam tadi bersama bahan2 perap dalam bekas tahan panas dan kukus selama 25 minit. Bila siap, alihkan ayam tadi dalam bekas lain. Tapis jus yang terhasil tadi dan tuang dalam kuali. Masukkan nenas, bawang besar dadu, gula dan kicap cair. Kacau rata.
  4. Masak dengan api perlahan hingga nenas lembut. Tambah bancuhan tepung jagung tadi, kacau rata hingga pekat dan masukkan jus limau kasturi. Masukkan cili merah, kacau dan matikan api. Rasa dan jika ok, boleh tuang atas ayam kukus tadi, tuang rata2. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan segera.
cara kak rose: lepas perap ayam tu masak dengan pressure cooker dengan menambah sedikit air, bila berdesir kecilkan api dan reneh dalam 10 minit... pas tu ikut langkah seterusnya....

Tuesday, January 11, 2011

Nasi goreng daging

dinner yang simple.... sebenarnya malas nak masak lauk2 tu yang semuannya sekali taruk.... segala sayuran dan daging semua.... terimakasih pada AlongRoz yang mencipta resepi buat orang2 malas macam kak rose ni....eh! cam ni kira resepi orang malas ke? rasanya x kot sbb penyediaan nya renyah jugak.... nak potong daging tu kecik2 maklumlah x de daging cincang yg readymade tuh.... kira rajinlah tu kan....

resepinya kak rose penah tepek dulu kat sini, tp x pe sekali lagi kak rose cnp dan letak sini untuk sapa2 yang nak cuba buat nasi goreng yang mabeles ni....

Bahan-bahan
  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - hana buh daging cincang jer
  • Segenggam mix vege (kak rose buh kubis n carrot jer)
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah
Cara-cara
  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

makan dengan keropok ikan dan salad sempoi - celeri+timun jepun+cherry tomato dengan sos tomato n mayonis....hmmm, malam ni lemak keja keras nak menepek dibadan.... adoyaiiii!

Rojak buah

ini lah kerja SAHM (pinjam ayat LG) asik nak makan jer kan.... bila g bw nampak kat rumah orang semuanya sedap... mula ke dapur godek2 n makan. mula tu tengok rojak tauhu kat dapur hana tp sbb x de tauhu kak rose gantikan dengan buah jer semua..... tp cuma letak nenas, sengkuang dan timun jer.... mangga muda dan kedondong ada tp x suka masam.. so x letak. x kan nak letak oren n anggur bagai kan?

ni lah rojak buah seadanya.... janji dapat lepas kemaruk nak makan tu kira ok la kan.... kuah tu readymade kawan bagi punya..... sedap! edit gambo sambil ngap.... masa taip ni dah abes dah sepiring.... kuah n bahan ada banyak lagi.... sapa nak angkat kibod ya!

Lepat ubi

salam dipagi hari semuanya.... ari ni pepagi lagi nak tepek lepat ubi yang baru kak rose buat ni.... punyala teringin nak makan terus lepas subuh tadi menggodek kuih ni.....eh memula tu kejut cik google dulu soh carikan resepi.. ya la kalau main belasah je kang x jadi buat rugi je kan... nasib baik cik google tu rajin bangun pepagi carikan resepi yang simple je.... apa lagi terus buat le... resepinya kak rose cnp dari noreen-homecooking.... terimakasih ya....

dah dapat lah kak rose melepaskan kerinduan nak makan lepat ni.... teringat kalau kat kg dulu2 ada je kuih ni. kalau ada anak kat rumah lagi katanya mama ni macam orang zaman jepun, suka makan ubi... tu la anak zaman sekarang kan....

Bahan-bahan:
Sumber: Bro Rozzan

600gm ubi kayu parut
120gm kelapa parut putih
2 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh garam
daun pisang secukupnya

Bahan2 air gula:
100gm gula melaka
220ml air
100gm gula pasir

cara:
  • masak semua bahan air gula sehingga gula larut
  • angkat dan biarkan sejuk
  • letakkan ubi parut ke dalam kain maskulin dan perahkan kanjinya ke dalam mangkuk
  • biarkan sekejap
  • selepas itu campurkan ubi parut dengan kanjinya tadi dan gaulkan dengan air gula, santan, kelapa parut dan garam sehingga sebati
  • ambil sekeping daun pisang yang telah dipotong kecil
  • letakkan 2-3 sudu makan adunan ubi parut tadi dan lipatkan kiri dan kanan
  • lakukan sehingga habis dan kukuskan selama 30 min atau sehingga masak

sarapan pagi ni.... 2 ketul sekali ngap dengan susu nestle omega.... boleh kenyang sampai petang! caya ke ni? (lupakan oat buat ari ni...)

Sunday, January 9, 2011

Ayam panggang serai

salam hari minggu semua.... ayam panggang serai menu x plan.... yalah mul atu nak pekena soto kat pasar tani..... tp hampeh x de paking terus ke sek 16 pekena roti boom n nescafe.... (ari ni lupa segala kolesterol tu) pas tu terus g carefour nak cari barang dapur sikit... terasa takut lak nak membeli sekarang ni.... semuanya naik harga...dalam Star ari ni ... Likely hike in food prices, tp perut nak kena isi jugak kan.... agaknya kena cut-off makan kat luar kot, tp kalau malas nak masak camner ek?

ari ni dah beli ayam maka buatlah ayam panggan serai ni, perap pun sekejap je sbb balik pun dah tengahari. tp memang tabik springlah kat hana sebab sedap sangat... nduk kak rose cnp resepinya yang ko campak2 tu tp bila kak rose nak buat berulang kali ke dapur n pc nak tengok resepi.... pepepun macihya....

RESEPI AYAM PANGGANG SERAI
Source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • lemon
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kentang, carrot, bawang besar - potong empat
  • (kak rose guna baby carrot, terlebih masaklah wpun letak masa dah 3/4 masa memanggang!, tu le len kali ikut resepi tu.... carrot ya, bukan babynyer!)
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

soooo moist n juicy....

makan dengan mixed baby tomato, zucchini n celery salad dan fries.... sedap!