Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, October 19, 2023

Sup makaroni


Resepi Macaroni Sup
Bahan-bahan :
300gm Macaroni direbus lembut
Isi ayam – dihiris nipis
Fish cake atau fish ball
3-4 ulas Bawang merah dihiris nipis
3 Bawang putih diketuk
Sedikit Halia dihiris nipis
Sup bunjut
1 batang celery
1 sudu besar lada sulah
2 kiub ayam
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan isi ayam dan goreng sebentar. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan masukkan juga bunjut sup, celery dan kiub ayam. Rebus sehingga isi ayam lembut. Akhir sekali masukkan lada sulah, udang dan fish ball. Masak sehingga udang dan fish ball masak. Hidangkan bersama macaroni, tabur daun sup bersama sambal cili kicap


 

Friday, October 13, 2023

Ayam goreng kunyit


BAHAN-BAHANNYA :-)
 
500 gram dada ayam atau mana bahagian ayam yang anda suka
1/2 camca teh garam*
2 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*ditumbuk halus)
4 tangkai kacang panjang
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 ulas, bawang putih, hiris
1 biji cili hijau, potong kasar
1 biji cili merah, potong kasar
Sos ikan secukup rasa
1/2 camca teh gula (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dada ayam dihiris memanjang, cuci dan toskan (che mat guna dada ayam tanpa tulang). Gaul dengan bahan2 bertanda (*), dan perap 30 minit, simpan dalam peti sejuk. Kacang panjang dikerat pendek, cuci dan toskan. Ketepikan/
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Tumis bawang putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap tadi. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga isi ayam berubah warna.
  3. Masukkan bawang besar, cili hijau, cili merah dan kacang panjang. Kacau rata dan masak hingga semua lembut. Masukkan gula, jika suka dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Kacau rata dan masak sekejap. Boleh matikan api, hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

 

Thursday, October 12, 2023

Bubur nasi a la mcd


Bahan-bahan

  • 1  cwn beras 
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah/cili kicap
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan 
  • isi ayam yang dah disiat2
  • kacan tanah goreng 
  • ikan bilis goreng
  • bawang goreng


  • Cara-cara

  • Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  • Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  • Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  • Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.

 

Sunday, October 8, 2023

Ikan siakap tiga rasa

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram
 

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula.
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi.SIAP!

 

Saturday, October 7, 2023

Brokoli bawang putih

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam
Cara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.
 

Friday, October 6, 2023

Cekodok pisang


Bahan-bahannya:

8 biji pisang emas dilenyek

3/4 cwn tepung gandum

3 sdb gula pasir

1/2 sdt soda bikarbonat

secubit garam

Cara-caranya:

1. Satukan kesemua bahan dan gaul sebati.

2. Perap adunan itu tadi selama 30 minit sebelum menggoreng. Tujuan ia diperap terlebih dahulu supaya cekodok pisang akan menjadi ranggup di luar dan lembut di dalamnya. Itulah rahsianya.

3. Basahkan hujung jari dengan sedikit air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas.

4. Goreng dengan api sederhan sehingga masak dan siap dihidangkan

 

Thursday, October 5, 2023

Macam macam ada...

macam macam ada untuk sarapan kami berdua... kekadang rajin tu lupakan sekejap roti lah..jom nikmati mee hoon goreng berulam timun jepun dan buah rock melon yang sangat manis ni..
pepagi merajinkan diri goreng pisang pulak. pisang ni kak rose bawak dari kampung. masa bawak tu masih hijau lagi, lepas dua hari dah stat menguning dan kenalah buat something yang sedap ditekak kan.. pisang lilin adik kata, sedap digoreng dan sangat mani rasanya.
yang ni cuma panaskan roti boom frozen dan cicah kuah kari ayam leftover.
kembali as usual, toast, pisang berangan dan seedless red grapes
heavy breakfast... nasi goreng ulam timun jepun, home made potato wedges dan jambu batu gaul dengan asam pakchu 916
tukang makan nak jugak toast ni walaupun ada lempeng cicah dengan sambal tumis. so buat je lah kan...