Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 28, 2021

Simple yet soooo sedap.

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram
Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula.
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi.SIAP!

 

Monday, December 27, 2021

Cucur badak

Bahan-bahan:-

  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji

bahan2 untuk inti:-

  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 tangkai cili kering
  • sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa
  • 1 sudu gula
  • garam secukupnya

Cara-Cara:-

  1. Rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
    lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
  2. Ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti.
  3. Lepas tu bulat2 kan kasi cantik, letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.

Cara Membuat Inti:-

  1. Cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
  2. Campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh. (kak rose sapu minyak pada tapak tangan supaya x lekat)

banyak jugak dapatnya unruk kami berdua jer... so yang dalam tipuware tu kak rose goreng separuh masak dan frozenkan... untuk masa2 malas macam selalunya lah...
 

Sunday, December 26, 2021

My fresh fruits bowl

mangga, betik, anggur hijau dan buah pear

tak pernah menjemukan saya...
 

Friday, December 24, 2021

Mayonnaise pancake

Bahan2:-

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon ( tak letak pun x pe)
2 sudu besar mayonis
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.
hujan2 ni asik nak makan jer kan... so kalau rajin boleh lah sediakan pancake ni buat minum petang. satu adunan ni kak rose ngan2 dapat 4 biji pancake comel ni, cukup untuk kami berdua... makan dengan madu, butter dn strawberry jam.. Alhamdulillah...
 

Monday, December 20, 2021

Ayam panggang rosemary

kak rose kongsikan kat sini resepinya... tapi cuma ayam semata yang kak rose buat ni.. kalau dah tak rajin tapi nak jugak buat kan... so dengan apa yang ada jer la. dan daun rosemay kering tu pun tak tumbuk, cuma gaulkan sekali dengan rempah perapan tu. Alhamdulillah sedap kata tukang makan. resepi ni untuk seekor ayam, tapi kak rose buat untuk 2 keping whole leg ni jer, maklumlah kami berdua jer kan... so pepandai lah nak adjust resepi tu ya..


 1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)

5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega

Cara penyediaan

1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.

2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.

3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.

4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.

5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk  perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.

6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.

7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.

8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.

 

Wednesday, December 15, 2021

Tuesday, December 14, 2021

Tak pernah tak suka...

sapa suka makan buah macam kak rose bolehlah kita geng...setiap minggu mesti nak stock up buah, tak kisah lah asik buah yang sama pun tak mengapa. semuanya kak rose suka jer..kak rose lebuh suka beli buah di pasar malam sebab banyak pilihan dan kita boleh pilih bermacam2 buah yang ada... tapi kalau dah ke pasaraya memang tak pergi lah pasar malam tu kan.. so beli jer lah dimana tukang bawak pergi tu, asalkan ada buah untuk stock seminggu tukang makan ni dah sangat happy, giteww.
pisang pilihan adalah pisang berangan.. suka sangat!
jambu air madu dan lemon... tapi jambu air ni dah macam harga kayangan pulaknya... sekilo sehingga rm20 henggit, tu pun cuma tujuh atau lapan biji jer... tapi nak makan dan tak pandai nak menanam, so kena beli jugak la kan...
yellow kiwi zespri ni pun harga kayangan jugak lah kiranya untuk kak rose rakyat marhaen ni...nasib baik lah manis dan sangat sedap pada kak rose lah...

navel oranges, manis n juicy..
jambu kayangan and grapes dan navel oranges
sentiasa sedap...
dua2 ni buah kayangan lah pada kak rose..
mangga yang kadang2 ada berlambak, kekadang tu payah pulak nak carinya..
jambu lohan, masa ni kehabisan asam pakchu916 tu... rasa tak ngam lah...
next day tu kena cari gak lah... yeayyyy... jambu lohan dengan asam pakchu916 ni memang ngam sangat... ada yang suka makan jambu gaul dengan asam macam kak rose tak?