Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 20, 2021

Ayam panggang rosemary

kak rose kongsikan kat sini resepinya... tapi cuma ayam semata yang kak rose buat ni.. kalau dah tak rajin tapi nak jugak buat kan... so dengan apa yang ada jer la. dan daun rosemay kering tu pun tak tumbuk, cuma gaulkan sekali dengan rempah perapan tu. Alhamdulillah sedap kata tukang makan. resepi ni untuk seekor ayam, tapi kak rose buat untuk 2 keping whole leg ni jer, maklumlah kami berdua jer kan... so pepandai lah nak adjust resepi tu ya..


 1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)

5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega

Cara penyediaan

1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.

2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.

3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.

4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.

5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk  perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.

6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.

7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.

8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.