Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, April 9, 2021

Semuga kami kuat!

Ya Allah, jadikan kami penyabar dan bersabar dengan ujian MU
 

Ketika Allah menguji kita dengan kesulitan-kesulitan, maka yakinilah sesungguhnya Allah sedang memberi kemudahan dan nikmat untuk kita.
.
Janganlah engkau tangisi dan putus asa menghadapi kesulitan. Hadapilah ia dengan senyuman. Katakan dengan redha' dan ikhlas kepada kesulitan yang melilitmu.
.
Ketika langkah kaki terasa sulit,
Ketika beban dibahu terasa berat,
Ketika tangan tak mampu meraih mimpi,
Ketika hidupmu bahkan terasa memilu.
.
Yakinkan hatimu dengan firman-NYA, bahwa Allah tidak akan menguji diluar batas kemampuan kita.
.
Bangkitlah..
.
Kita pasti boleh melewati badai kehidupan ini. Bangkitlah, perjalanan kita masih panjang untuk sampai dijannah-NYA.
.
Bangkitlah dan terus melangkah.
.
Yakinlah Allah sentiasa ada bersama hambaNYA yang tidak pernah berputus asa.
.
Dan yakinlah Allah sentiasa ada bersama hambaNYA yang bersabar. Jangan bersedih. Kerana Allah selalu ada bersama kita.
.
Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah.
.
Allah pasti akan mengantikan yang lebih baik apa yang telah hilang.
.
Ingatlah bahwa dengan mengeluh hanya akan menambah derita, bukan menghilangkan musibah.
.
Bersabarlah dan yakin semuanya akan kembali kepadaNYA, maka itu lebih besar pahalanya bagi orang orang yang sabar.
.
Jika kita redha terhadap musibah, pasti allah akan memberikan nikmat yang tidak terduga disetiap musibah yang kita hadapi dengan sabar. Sesungguhnya setiap kepahitan pasti akan manisnya.
.
JANGAN BERSEDIH..
.
Kita belajar bahwa tidak ada kejadian yang perlu disesali dan ditangisi, kerana semua rancangan-NYA pasti akan indah pada waktunya.
.
Ketika "Kaki" sudah tak kuat berdiri... "BERLUTUTLAH".
.
Ketika "Tangan" sudah tak kuat menggenggam... "TADAHLAH".
.
Ketika "Kepala" sudah tak kuat ditegakkan... "MENUNDUKLAH".
.
Ketika "Hati" sudah tak kuat menahan kesedihan... "MENANGISLAH".
.
Ketika "Hidup" sudah tak mampu untuk dihadapi... "BERDOALAH".
 

Wednesday, April 7, 2021

Simple lunch

simple tapi sangat mengenyangkan... telor, tempura n salad topped dengan mayonis dan sos cili dan taburkan sedikit chili flakes. dah siapppp...
digandingkan dengan buah tembikai dan pure sunkist orange juice... Alhamdulillah kenyang.
 

Tuesday, April 6, 2021

Sunday, April 4, 2021

Saya suka makan buah...











sapa suka makan buah macam kak rose ni boleh lah kita geng...semua buah pun boleh asalkan sedap dan  tak mashammm...
 

Saturday, April 3, 2021

Sirap nenas

nenas yang kak rose bawak balik dari kampung hujung minggu lepas... punya lah lama tak boleh balik kampung sebab tak boleh rentas negeri kan... tapi kali ni nekad pergi ke balai polis mintak surat keizinan untuk rentas negeri sebab memang ade keperluan yang kena attend... bukan suka2 nak balik kampung for nothing kan.. setelah bersoal jawap dan tunjuk buktu keperluan tu baru lah dapat izin tu.. lalu kat lebuh raya pun lenggang jer, tak banyak kereta lah.. so boleh lah zasssss... kebenaran untuk 3 hari jer, so balik lah dah semula ke sarang  di shah alam... bertapa lah hingga boleh balik lagi nanti kan..
dan bila balik kampung tu mesti ada jer yang nak bawak balik sini kan... jom lah buat sirap nenas ni... dan ada jugak beli ikan kurau masin, nanti nak buat masak lemak ciliapi nenas dengan ikan masin lah.. kecur pulak ailio dah ni... hihi..


 Sebiji nenas
1 liter air
100 gm gula
50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
1. Potong nenas dalam bentuk kiub
2. Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.
3. Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.
4. Nak best lagi boleh tambah nata de coco

Friday, April 2, 2021

Rendang ayam

rendang ayam in de making... tugas mak mak sangat lah ni... bila hujung minggu anak2 balik rumah mama, maka sibuk lah nak buatkan lauk untuk bekalan bawak balik nanti.. tak tau lah perasaan mak makn ni, mesti ada jer yang nak ditapaukan, selalunya lauk lah untuk difrozenkan.. bila balik kerja nanti just defrost dan panaskan semula dan masak nasik jer kan... mak mak ni sangat nak memudahkan urusan anak2 kan.. so kali ni buat rendang ayam ni, kka rose guna semuanya bahagian peha... itu part yang nak suka nak makan.
dah siap tapau untuk anak bawak balik, pack kecik2 untuk memudahkan nak frozen n reheat nanti

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (saiz besar)
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk kecil ais asam jawa (kak rose guna asam keping)
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis:
    • 2 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 5 biji buah pelaga
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 1 biji bawang besar
    • 8 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 3 ketul kunyit hidup
    • 2 inci lengkuas
    • 2 batang serai

dan tinggal sikit untuk mama menambah lemak, makan dengan pulut kukus ni

  1. Cara-cara untuk rendang:
    1. Bersihkan ayam dan toskan.
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
    3. Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.
    4. Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
    5. Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    6. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

 

Thursday, April 1, 2021

Makan makan kami...

Makan2 sempena meraikan kawan yang akan berpindah ke rumah barunya di Bangi. sebenarnya kami cuma berempat jer untuk makan2  kali ni, kiranya a bit a private affair lah sebab dah buat dengan kawan2 yang sama2 untuk mengucapkan salam perpisahan tak lama dulu kat sebuah restoran ... buat pun dalam keadaan norma baharu ni memang tak berapa nak ngam lah kan... tak boleh nak ramai2 dah huha sangatkan 😃
so kali ni akk rose buat kat rumah dan kami cuma berempat... dapatlah bersembang lama2 dan berhu ha  dengan kawan tu lama sikit kan.. tapi sayang leka makan dan membawang, sampai lupa satu gamba pun tak de snap.. sorry lah Zam... siap import tukang masak dari jauh tu, terima kasih ibu pah yang tolong masak ikan siakap steam, tauhu lembut masak sos tiram dan pucuk ubi masak lemak cili api...
yang ni tuan tanah yang masak lah... atas permintaan siibu yang nak makan peria dengan udang pebret ni katanya
dan buah2 dari tuan tanah jugak...jambu air, buah tembilai, mangga susu dan rock melon yang sangat manis.
yang ni pun tuan tanah lah yang sediakan kerabu mangga muda a la thai... sedap meratah ni.
pucuk ubi masak lemak cili api dengan udang kering yang pekat leamk kaw kaw..
 untuk emapt orang jer, tapi macam hidangan untuk sepenuh meja kan... iyu lah tandanya kami makan sangat baaaaaaanyak... dudil dimeja makan dari lepas zohor hingga menjelang asar, pas tu sambung pulak dengan cekodok ikan bilis untuk minum petangnya... makan hangat dengan teh o hingga lupa nak amik gambo cekodok air tangan ibu...