Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 7, 2018

Iftar#21 sagu santan gula melaka

 menu berbuka yang sentiasa mendapat tempat tiap kali bulan puasa... apa lagi cuaca yang panas berbahang seperti sekarang ni, sagu ni sangat lah sedapnya dinikmati sejuk2 masa berbuka tu... dan semalam baru lah berkesempatan buat untuk puasa kali ini... buat awal2 dan sejukkan dalam fridge, nyaman seh!

 goreng jugak potato wedges ready made store bought ni... tak sempat nak cicah dah habisss!

 buah yang masih ada dalam stok... perabes dulu mana yang masih berbaki sebelum g dusun lagi.

 untuk lauk pulak kak rose masak lomak ciliapi ikan tenggiri dengan kacang bende..

 sayur sempoi taugeh, tauhu dan daun kucai... lama dah tukang makan nak kan sayur cenggini, tapi baru semalam dapat buatnya... nasib baik dapat beli taugeh yang fresh walaupun hari dah petang...

udang yang masih banyak stocknya... dan yang paling mudah dan akan sentiasa habis, goreng celup tepung jer. ratah pun sodappp.

Wednesday, June 6, 2018

Iftar#20 Udang goreng kunyit daun kari

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 21

 menu berbuka kami anak beranak petang semalam... untuk lauk kak rose masak yang simple2 jer, tukang masak ni dah buntu nak sediakan menunya... so seadanya je.. tapi menu yang simple camni lah yang lagi sedap untuk dinikmati... since stok udang yang banyak, so asik udang jer la yang ade dalam menu. kali ni kak rose buat udang goreng kunyit daun kari... sedap harum bau kari masa menggorengnya...simple dan sedap. mengancam jiwaraga yang tengah berpuasa! terima kasih maz yang kongsikan resepinya.  kalau ade yang nak mencuba boleh g kat link yang kak rose kongsikan kat sini ya.. http://ilhamdapur.blogspot.com/2011/03/udang-goreng-kunyit-daun-kari.html

 sayur pebret kak rose... dah lewat malam pun laju jer makan sayur petola masak lemak ni. sayang kalau tak terhabis, sudahnya kak rose meratah je. berlumba2 lemak tumpang menepak!

 tiga ketui untuk kami tiga beranak... kak rose memang suka beli ayam yang parts macam ni... selalunya bahagian peha, whole leg dan bahagian thigh... bahagian ni isi dia lembut lah pada kak rose compare tu bahagian isi yang pejal tu... tapi untuk fillet, beli jugak yang boneless brest tu. senang nak masak kan...

 buat jugak popia ni request dari tukang makan... lama dah mintak buatnya, tapi since bahan tak de so kali ni barulah berjaya memenuhi permintaannya... happy tukang masak bila tukang makan laju jer menyuapnya...
bila en asben beli segala jenis pear, tukang sediakan pun hari2 kena potong pear lah..

Tuesday, June 5, 2018

Iftar#19 homemade murtabak

 Asalamualikum dan salam ramadhan ke 20

 
 menu berbuka kami petang semalam.... kononya berselang seli antara manis dan masin, tukang masak ni ikut jer apa yang derang nak makan.. asalkan semua bahan ade kat dapo, boleh jer nak buatkan... murtabak ni kak rose guna inti sekeping daging kisar ramli tu dan masa nak goreng tu kak rose tambahkan dengan datang celery dan bawang holland yang dipotong dadu dalam adunan telor.  kulitnya guna jer kulit popia, mudahkan nak buatnya... resepi ada boleh tengok kat sini sebagai panduan kalau ada yang nak mencuba..http://seripayaku.blogspot.com/2012/07/murtabak-segera.html

 dah ready dengan bawang cuka... very rich dengan daging kisar dan telor..

 buah fragrance pear dan seedless black grape...

 nasi goreng daging, buat awal2, bila nak makan kena panaskan balik. barulah ngam kan.

another dessert untuk sejukkan tekak yang kering dek puasa.... sumi jelly yang nyamannn.

Monday, June 4, 2018

Iftar#18 mangga yg istimewa..

Asalamualaikum dan salam 19 Ramadhan
Syawal semakin menghampiri, 
semuga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjalani ibadah dibulan Rahmat ini..

 buah yang istimewa untuk berbuka petang semalam... specially flown in dari Narathiwat, Thailand. trima kasih pada MIL yang kirimkan buah mangga yang besar dan manis ni... sepiring penuh ni baru separuh biji... cukup untuk kami anak beranak. separuh lagi untuk dinikmati kemudian nanti... dan ade sebiji yang muda untuk nak buat kerabu pun ada MIL kirimkan...

 serba oren pulak menu berbuka petang semalam... pengat keledek oren untuk manisannya pulak.. semalam pertama kali pergi param, sebenarnya balik dari epot jemput en asben, terus singgah lah.. kalau2 nak beli juadah berbuka... tapi sepanjang lorong jualan tu memang tak de  yang berkenan dihari... daripada tak beli langsung, kak rose beli lah kuih koci pulut hitam, 4 biji jer pun satu pack tu... sudahnya cuma dua biji jer yang termakan...agaknya memang tak leh nak membeli kat param kot???

 untuk lauk kak rose buat ayam masak asam pedas yang tak pedas ni... daun kesum pun tak de, cuma tambahkan dengan tomato jer...

sayur sawi goreng bodo2 ni yang paling sedap buat kak rose.  makan sampai habisss walaupun dah pukul 10 lebih... aduhaiiiii!

Sunday, June 3, 2018

Iftar#17 meat balls bodo2...

Asalamualaikum dan salam  18 ramadhan..

 
 masih berseorangan dirumah, so menu berbuka pun suka suki asal dapat diterima tekak sendiri lah... dan yang pasti tak rajin nak masak nasi.. so buat jer apa yang ada dalam fridge.... jadi lah meatball a la ikea bodo2 ni... tapi sebab kak rose makan dah jauh malam, so fries dan meat balls pun dah sejuk lah. cumanya kuah sos tu jer yang panaskan balik. tak rajin pulak nak reheat bebola daging tu. tapi yang pasti marina meat balls ni tetap lembut walaupun dah sejuk.

 walaupun sorang2, tapi teringin lak nak makan serimuka durian ni... balik dari kampung ari tu bawak balik durian yang dah kopek, satu bekas beso, fozenkan... tunggu lepas raya kot baru dapat menikmatinya...

menu berbuka sorang2 petang semalam... petang ni kumpul balik lah kami anak beranak, en asben fly balik petang ni... dapatlah berbuka sama2 petang ni, Insya Allah... menaip sambil dengar lagu raya... sembah salam ayah dan bonda...😭😭 tahun pertama kami beraya tanpa keduanya. Alfatihah...

Saturday, June 2, 2018

Iftar#16 home alone...

Asalamualaikum dan salam Nuzul Quran

 menu berbuka kak rose petang semalam... bila tinggal sorang kat rumah, memang tak rajin lah nak menyediakan juadah berbuka... so kiranya hari leftover je la gamaknya... nasi pun baki yang petang semalamnya, goreng bodo2, taruk udang, celery, red capsicum dan carrot. semua dammm dalam tu dan nasik goreng pun ready. potongkan timun jepun dan fresh tomato untuk saladnya... dan ada leftover satay, pun taruk jer lah. boleh makan sekali walaupun tanpa kuah kacangnya... dah siap awal2 sebelum berbuka, just reheat lepas balik terawh baru la ngadap nasik goreng sedap ni... Alhamdulillah kenyang dengan rezekiNya..

dan yang ni juadah untuk berbuka... bubur kacang durian leftover jugak... kawan2 ada yang tak makan leftover macam ni? kak rose ni jenis tak kisah, mana2 yang tak terhabiskan dan boleh simpan, kak rose frozenkan... so just handy masa2 malas macam ni kan.. nescafe o panans2, buah dan potato wedges tu bukan lah pulak yang leftover jugak ya...😜😜. stok buah dan fast food memang ade banyak dalam fridge... semalam pergi Chekers, tengok harga tempura dan wedges tu dah jauh lebih murah tanpa GST. tapi sbb stok masih ade 3 packet lagi, so tak de lah nak beli lagi kan... tak mo lah jadi tamak... harap2 harga tu kekal cam tu, boleh jimat 4 hengget/pack untuk marina tempura tu. dan hari ni sempena Nuzul Quran, mesjid buat majlis berbuka puasa... kalau rajin nak join lah..

Friday, June 1, 2018

Iftar#15 onde onde keledek sedappp

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 16
salam jumaat 1 June dan happy 0 GST

 kali kedua buat kuih ni dalam bulan puasa ni.  tapi hari tu buat buah melaka dan kali ni dan tukar nama jadi onde onde pulak.. tapi yang ni pastinya lebih sedap dan lembut jer... sebab ade keledek dalam adunan tepung tu. dan kaler ori dari keledek tu yang cantik. kalau kawan2 nak cuba, kak rose kongsikan resepinya kat sini...

Bahan-Bahan
2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek
2 cawan tpg pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
pewarna kuning (kak rose x letak, kaler ori dari keledek tu jer)
1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2

Cara-cara
Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan cula melaka ditengah2nyer tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi. 

 ade jugak potato wedges... store bought yang dah ready. dari freezer terus ke fryer and the wedges are ready. makan cicah dengan cili sos. sedap.  senang kerja tukang masak kan..

 buah semalam.... fragrance pear dan sour plum yang manissss

 tak de idea dah nak masak lauk apa... dada ayam goreng bersambal campur dengan kentang goreng dan bawang besar banyak2...

masak lemak ciliapi telo itik yang togel jer, tak de additional dayang2 pengiringnya.