Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, May 27, 2017

Ramadhan Kareem 1438

Ramadhan Kareem 1438 dan selamat berpuasa....


Perkongsian dari FB dan blog Cahaya Hidupku, terima kasih ya....

CARA SAMBUT RAMADAN*
Dari ustazah Norhafizah di IKIM.
● *Bila Ramadhan tiba sambutlah dgn sujud syukur...tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita utk terus beribadah dibulan yg mulia ini*
● Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah *"Ramadhan Kareem*" dan org yg mendengar menjawab  *"Allahu Akram"*
Maksudnya *"Ramadhan Mulia"* dan jawapannya *" Allah lebih Mulia"*
● Sambutlah Ramadhan ini dgn *wajah yg berseri-seri* tanda kegembiraan yg tidak terhingga dan berazam utk mendekatkan diri kpd Allah dgn selalu berbicara dgn Allah walau dlm hati.
Contohnya...Ya Allah aku berpuasa ya Allah ... terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.
● Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dgn bersih dan cantik kerana terlalu byk rahmat yg Allah hendak berikan di bulan yg mulia ini.
● Moga Ramadhan ini lebih baik dr Ramadhan yg telah lalu...hiasilah diri dgn *AMALAN* dan *TAQWA*
*Ramadhan Kareem utk sahabat semua*
*Maaf Zahir Batin*

Friday, May 26, 2017

Solat sunat taubat

 Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari...
perkongsian dari wall Fb, kak rose abadikan kat sini untuk panduan..
terutama untuk diri sendiri yang jauh dari sempurna....
semuga taubat kita diterima....
Ya Allah aku mohon RahmatMu
aku mohon keredhaanMu
aku mohon keampunanMu






Thursday, May 25, 2017

Melayan tekak....

 Sebelum menjelang bulan puasa ni, macam2 teringin nak makan.... macam lah bila bulan puasa nanti tak dapat nak makan ni semua kan??? jahat betul tekak ni. apa pun kita layankan jer la... bukan susah mana pun nak membuatnya, asalkan semua bahan ada kat dapo, jadi lah chicken chop ni seadanya... ni pun dah cukup sedap buat kami sekeluarga. tak perlu nak keluar rumah dan spent duit n masa kat luar... jimat kan!

 bahan2 untuk salut ayam... memula salut dengan tepung ubi, pas tu celup dalam telor dan akhir sekali salutkan dengan breadcrums tu... kalau nak tebal salutan tu boleh ulang sekali lagi pada ayam tu. tapi kak rose buat sekali jer...

 ha.... dah siap bersalut pun.... biarkan sekejap, ready untuk digoreng dah..

black pepper sauce boleh disediakan awal2... dah siap goreng ayam tinggal nak mengadap jer ni... kak rose tak rajin nak buat coleslaw, jadinya cukuplah dengan salad bodo2 dan fries untuk digandingkan dengan chicken chop ni.... Alhamdulillah dengan rezekiNya.

Wednesday, May 24, 2017

Sapa suka sayur cam ni?

 saja jer nak tanya... sapa suka sayur cam ni? sebenarnya ni la sayur nak kosongkan fridge... itu sikit ini sikit, campur suka suki semua masuk dalam tu... jadilah sayur yang sedap, kaler kaler lagi... sedikit kubis, celery, carrot, capsicum, kacang peas dan udang yang dah lama kejung dalam freezer... jadilah untuk juadah kami tiga beranak, tapi mamanya jugak yang makan banyak!

so, pada yang kurang idea nak masak sayur apa untuk hidangan tengahari ni, boleh lah cuba macam kak rose... sayur nak kosongkan fridge nama diberi... hihi. baru lah boleh beli stok yang baru untuk persediaan puasa nanti kan....

Ada yg suka kumpul ni?





sapa suka collect menda ni kita geng!

Tuesday, May 23, 2017

Brokoli bawang putih

 uishhhh... lama rasanya tak buat sayur brokoli bawang putih ni.. so bila ada terbeli brokoli, moh ler kita buat sayur febret dan mudah nak sediakan ni. sedap lah tu, meratah gitu jer pun sedap... buat kak rose ler tu... semangkuk ni sekejap jer habis meratah. jom check resepi mudahnya...

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:

1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan. (brokoli akan kekal hijau cam kat atas tu)
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang. 

Monday, May 22, 2017

Serunding kelapa berdaging

 Bila beli daging kisar sampai 4 packet, maka macam2 lah yang boleh dibuat kan... dan antara yang sempat kak rose buat serunding ni lah... ada jugak buat inti karipap... boleh buat karipap frozen untuk persediaan bulan puasa nanti... tapi inti saja yang dah siap, karipap nya entah bila nak buatnya...
jom kak rose kongsikan resepi serunding yang kak rose amik dari blog CMG ni..

Bahan-Bahannya :-)
2 cawan kelapa parut putih , pilih kelapa sedikit muda
200 g daging kisar
2 helai daun limau purut
2 camca besar cili kisar
3/4 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm lengkuas*
1/2 cm halia*
3 batang serai, dihiris*(*dikisar bersama 1 cawan pati santan tadi)

Cara membuatnya :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar bersama cili kisar hingga terbit minyak dan wangi. Tambah sedikit garam dan gula (gula kena lebih sikit anggaran 2 camca besar). Kacau rata dan masukkan daging kisar, tambah sedikit air jika perlu.
  2. Kacau rata daging dan masak hingga lembut. Tambah kelapa parut dan gaul rata. Kecilkan api dan masak hingga serunding kering tapi masih lembap. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan masak sebentar lagi.
  3. Angkat dan boleh dihidangkan bersama ketupat atau apa2 saja yang diingini....