Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, July 7, 2014

Seripayaku famous for wrong reason!


gamabr pinjam cik google...kebun kelapa sawit

Asalamualaikum dan selamat pagi.... pagi kak rose x de nak kongsikan juadah berbuka kerana bila balik kampung memang la tak ade masa nak mengamik gambar bagaikan... pulak tu ramai adik beradik yang balik masa tu, masing2 dengan juadah mereka dan yang dimasak dikampung lagi.... meriah sungguh masa berbuka dikampung dengan keluarga tersayang.  tapi apa yang membuatkan Seripayaku ini menjadi gempar pada hari Jumaat lepas....

masa kak rose balik malam jumaat tu, sampai dikampung dalam waktu orang ramai baru keluar dari mesjid selepas solat terawikh, tapi yang peliknya ada pulak kereta polis ne no ne no....diantara banyak2 kereta tu... tapi masa tu x mengesyaki apa2 pun, mungkin polis buat rondaan semasa orang g terawih kot agaknya.... dan bila sampai disatu simpang jalan tu lagi lah ramai orang kampung berkumpul kat tepi jalan tu.... maklumlah jalan kampung kan sempit, so pelan2 mintak laluan dan rupanya disimpang itulah penemuan mayat rentung pada petangnya...Ya Allah Ya Rabbi, siapalah yang sanggup buat kerja macam tu dibulan puasa ni kan.... menurut cerita kawan2 mak kat kampung, agaknya kerja pembakaran dilakukan semasa orang ramai solat Jumaat tengahari tu dan masa orang kampung jumpa tempat tu masih berasap dan ade kesan tayar yang terbakar... dua hari kak rose kat kampung, ade jer polis sb yang berulang alik kat jalan tu, ada yang singgah kat rumah bertanyakan kereta yang lalu atau nampak mencurigakan.... tp kita kan x duduk kampung, so mmg tak dapat nak bantu lah. apa pun semuga kes ini dapat diselesaikan segera dan penjenayah dapat ditangkap dan diadili.... murahnya nilai nyawa sekarang ni kan, kemana hilangnya perikemanusiaan, sudah tidak ingatkah akan ada hari pembalasan buat penjenayah macam ni?

ni keratan akhbar yang kak rose copy dari myMetro...

Mayat rentung di kebun

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Batu Pahat : Penduduk Kampung Seri Paya Ayer Hitam disini, gempar apabila menemui mayat dalam keadaan rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar di sekitar kebun di kampung itu, lewat petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mayat yang belum dikenal pasti jantina dan identiti itu ditemui penduduk kampung yang baru pulang dari kebun.

Difahamkan mayat itu dibakar bersama tayar kerana terdapat kesan tayar yang hangus ditemui di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisoner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

  MAYAT yang belum dikenal pasti ditemuui rentung dekat kawasan kebun di Kampung Seri Ayer Hitam, Batu Pahat, petang tadi.

"Setakat ini kita masih menyiasat kes terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana bunuh," katanya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

oh!!!!! Seripayaku famous for wrong reason.....

Saturday, July 5, 2014

Ikan tenggiri masak lomak cili api

 bulan puasa ni asik masak jer kan....mmg tak rajin la nak pergi mengukur jalan kat bazaar ramadhan tu, walaupun kat shah alam ni serata tempat ade param, tapi mmg x de la nak g setakat ini. pengalaman membeli masa dulu banyak mengajar agar rajin masak sendiri.... nampak sedap tapi bila nak makan masa berbuka tu suma lauk dah basi! end up goreng telo jer lauk ari tu.  itu yang buat kena rajin masak masa bulan puasa ni, lagi pun tentu sekali kebersihan terjaga dan boleh adjust ikut tekak kita kan.... so semalam buat gulai ikan, kerabu tauge n daun selom, ikan masin dan untuk anak mesti ade ayam goreng. makan nasi dah dekat pukul 11 malam pun masih boleh bertambah2... pukulan gulai lomak + ikan masin gelama. sedap!

kak rose suka masak gulai lomak style nisemilan yang simple tapi kurangkan pedazzzz terangkat tu! rasa lain lak kalau gulai cam ni ade buh bawang segala.... memasing punya cita rasa la kan. meh kak rose kongsikan resepi gulai ni.... resepi asal dari sini. mekasih kongsi resepi ya.

Bahan2

  • 4 potong ikan Tenggiri
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 inci kunyit
  • 10-15 biji cili padi ( tambah or kurang ikut kepedasan memasing) (kak rose buh 5 biji jer!)
  • Santan secukupnya
  • 7-10 biji belimbing buluh (kak rose guna bendi)
  • Selai daun kunyit ( kalo xde stok kat umah xyah bubuh pun tak pe..)
  • 1 biji tomato - utk hiasan bg cantik...
  • Garam gula dan perasa secukup rasa
  1. Ikan basuh dan tos 
  2. Kunyit dan cili ditumbuh hingga lumat.
  3. Masukkan dalam santan yg telah di letak dalam periuk
  4. Serai tu titik je pastu masukkan dalam santan
  5. Hidupkan api dah start la masak...kena rajin kacau supaya santan tak pecah
  6. Agak2 santan dah panas masukkan ikan, daun kunyit, garam gula dan perasa secukupnya
  7. kacau perlahan sehingga ikan dah masak.
  8. Teruskan kacau santan/kuah untuk seketika w/pun api dah dimatikan.

Friday, July 4, 2014

Bubur som som munger munger

 Asalamualaikum dan salam hari Jumaat penghulu hari.  pagi2 hari kak rose nak buat tayangan amal manisan juadah bukak puasa semalam..bubur som som pandan kegemaran. mana tau nanti ade kawan2 yang teringin nak buat jugak kan.....tiap kali puasa menu ni mesti ade dalam list, tapi kak rose suka kuah sirap gula tu jangan manis sangat.... so boleh la makan dengan rasa tak bersalah sangat! alasan ape kah?

 selalu kalau buat manisan ni x de la rajinnya nak guna acuan munger2 bagai.... tapi bila tengok kat blog ita masam manis tu berposing tersangatlah cantiknya, keras tangan kak rose ni pun nak jugak buat macam tu.... x kisah la kalau x cantik macam ita punya, asalkan puas hati dah jadi! meh tengok resepinya...

BUBUR SOM-SOM
by : Kak Fida
Rujukan : My Resepi

100 g tepung beras
100 g tepung jagung
1,600 ml santan - 500 ml KARA+ air
100 ml air pandan atau 100 ml air + pandan pes
1 sk garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau - opt

 yang ni pun sama jugak, ikut gaya ita, gigih mencari alat untuk membuang mempulur apple tu semata2 nak kan bentuk ni....


SIRAP GULA MELAKA 
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
Satukan kesemua bahan-bahan untuk som-som dalam periuk dan gaul rata.
Masak hingga pekat dan kilat, hingga adunan meletup-letup.
Tutup api.
Sediakan loyang atau acuan.
Oleskan dengan sedikit minyak
Tuangkan som-som dalam acuan atau loyang
Sejukan hingga keras
Siap di hidangkan dengan sirap gula Melaka

Thursday, July 3, 2014

Iftar 4, Ayam paprik dan kawan2nya..

 Asalamualaikum dan selamat berpuasa kepada kawan2 semua... cepat betul masa berlalu kan, hari ni dah hari kelima kita berpuasa, Insya Allah. dan ukang masak yang tak berapa nak pandai masak ni kena lah pikir awal apa nak masak... jangan nanti kelam kabut bila masa dah dekat nak berbuka tp hidangan tak siap. naya jugak kalau jadi cam ni kan!

 untuk juadah petang semalam kak rose buat ayam masak paprik guna resepi ni tapi tang sayur2 tu dengan apa yang ada dalam stok jer, kacang buncis, carrot, tomato n celery. Alhamdullilah menepati citarasa kami sekeluarga....

 brokoli ni celur jer... permintaan en. asben yang nak makan cam ni. menu sihat, konon nya.

 ayam goreng untuk sianak.... haishhhhh!!!! hari2 nak ayam goreng!

 untuk berbuka, keropok leko terengganu mari.... kirim kat kawan, tapi pelik jugak keropok ni beso2 lak... compare dengan yang selalu bli tu, kurus2 n panjang2 gitu. dan yang ni rasa pun tak berapa umphhh. adekah keropok leko ni yang dah down grade punya? entah la... tak menepati tekak jawa kak rose ni!

nasib baik ade popia ni...senang bila ade stok popia frozen.  yg ni kak rose bakar dalam oben, so kira another menu sihat untuk iftar... x la semuanya berminyak minyak. selesai sudah iftar ke 4, mula la pk nak masak apa pulak untuk ahri ni.... dilema tukang masak!

Wednesday, July 2, 2014

Iftar ke 3... meriahnya!

 manis n crunchy tapi lecehnya nak buang kulit tu...
so kopek banyak2 dulu baru ngap. nasib baik la mama ni rajin!

 Assalamualaikum dan selamat pagi... pagi2 hari kak rose nak tepek juadah iftar petang semalam.... meriah sungguh sbb masing2 nak lain lain, so tukang masak ni pun kenalah sediakan apa yang derang nak makan. nasib baik lah kuih2 tu mmg dah siapkan awal2 n frozenkan, jadi tinggal nak gorengkan jer. cuma nak kena sediakan sayur n ikan tu, tu pun lambat sbb makan pun lepas balik dari tarawih. makan nasik lambat dan pas tu kedebommmmm zzzz.... maka bagai bersungguh2 lah menternak lemak, walaupun pas tu pukul 4.30 pagi dah bangun balik.... cuma nak sediakan toast n nescafe jer pun!

 karipap frozen yang kak rose dah buat awal2.... nampak cam banyak jer dalam pinggan tu, tapi sebenarnya cenonet jer saiz karipap ni.

 request dari anak yang nak makan popia goreng cicah dengan cili sos yang mama buat sendiri... lima ketul ni dia sorang jer yang belasah. tukang masak pun happy bila hidangan habis... berbaloi bersilat didapo kan.

 air pulak, mama n sianak memang minum teh o suam2 dan ayah pulak mesti nak nescafe. memang tak sediakan air sejuk untuk berbuka, takut nanti tak menahan nak ke toilet masa dimesjid nanti!

 ikan bawal 3 rasa yang sempoi... goreng awal2 dan curah kuah tu masa nak makan... ya lah makan nasik pun dah lewat, curah kuah panas2 barulah ngam kan...

sayur togeh+kacang buncis+carrot+udang... kena jugak makan nasik sbb masa sahur kami cuma amik toast n nescafe n air masak bergelas gelas! ari ni nak masak apa ek? kena siapkan awal2 sbb petang ade kuliah kat mesjid lak.

WW: Ramadan

tazkirah Ramadan, muga kita beroleh keberkatan Nya. Aminn

Tuesday, July 1, 2014

Gulai udang + kacang panjang

 Salam hari ketiga Ramadhan... cepat jer masa berlalu dan hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa, Insya Allah. sebagai tukang masak, pepagi mesti dah fikir nak prepare apa juadah untuk hidangan keluarga petang nanti kan... kalau siapkan awal2, tidak lah kelam kabut nanti.... apa lagi petang nanti ada kuliah dimesjid, jadi bila balik dah lewat takut kalut pulak baru nak pikir nak masak apa kan.... baik la siapkan awal2, balik dari kuliah boleh terus bersilat kat dapo!

 gulai udang dengan kacang panjang ni kak rose masak untuk hidangan petang semalam... masak sikit pun tak habes untuk kami tiga beranak... ya lah makan nasik pun dah lewat, balik dari solat terawih baru jamah nasik... perut dah kenyang dengan air teh o dan home made murtabak juadah berbuka petang semalam. puasa ni perut jadi kecik kot.... sekeping mini murtabak pun dah kenyang...

home made murtabak juadah berbuka petang semalam.... makan gitu jer pun dah sedap, boleh lupakan terus pencicah bawang cuka yang merah tu!

 penambah selera, ikan masin en. asben yang beli.... kak rose lebih suka ikan gelama yang belah2 tu... tapi yg ni sedap gak, apa lagi digandingkan dengan gulai udang tu... tapi yang x bestnya masa goreng tu, seluruh alam rumah ni berbau ikan masin!

ayam goreng untuk sibujang.... ari2 nak ayam goreng la pulak. so stok ayam kenalah banyak.