Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 23, 2014

Nasi goreng daging

 Resepi asal dari AlongRoz, mekasih ya....

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - hana buh daging cincang jer
  • Segenggam mix vege (kak rose buh kubis n carrot jer)
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah
Cara-cara
  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

Jeruk kedondong

 salam dan selamat pagi semua..... aci tak pepagi tayang jeruk kedondong ni?. ade yang terliur ker dengan jeruk ni. amik buah ni masa balik kampung ari tu. pokok kat kampung ni mmg x pernah putus berbuah, tapi x de sapa lah nak endahkan dia... terbiar gitu jer masak dan gugur bertaburan kat tanah.  so daripada terbiar jer baiklah jadikan sesuatu yang boleh di ngap. kak rose ni pasal nak ngap tu rajin jer tp nak memulakan proses menjeruk ni mmg lah sangat tak rajin gitu!

 ni lah buahnya.... dua gugus jer pun amik dari pokok tu....banyak lagi bergayutan kat pokok, monyet yang banyak datang tu macam tak teringin nak makan buah masam ni. so kena lah rajinkan diri memperoses... kak rose ikut resepi dari Anim Agro Technology...mudah n sedap la pulokkkk

Cara-cara

1. Kupas, basuh dan tuskan buah kedondong -

2. Rendam dalam air garam semalaman.
3. Bilas buah kedondong dan tuskan.
4. Masak air - masukkan gula pasir, gula kabung dan garam halus.
5. Kemudian sekali masukkan cili padi (Jika mahu).
6. Bila air gula dah sejuk, tuangkan ke dalam bekas buah kedondong. biasanya saya masak air gula ni 3 jam sebelum langkah ke 2 supaya bila kita dah siap toskan buah maka air gula dah cukup sejuk
7. Simpan dalam peti sejuk - seelok-eloknya biarkan 2 hari baru dinikmati. 
 

semalaman dalam air garam...

dan selepas semalaman dalam air gula pulak....dah ready untuk dingap. masih rapuh n crunchy.

Wednesday, January 22, 2014

WW: pisang

 dari kampung

sampai di rumah.....cekodok pisang gumuks gumuks!

Thursday, January 16, 2014

Kerepek setahun sekali

ni projek yang kak rose buat semalam.... kerepek arrowhead memang setahun sekali jer buatnya... ya la buah ubi ni pun setahun sekali jer adenya bila menjelang chinese new year. berlambak2 pasaraya jual ubi ni, harga pun vary... ade yang murah ade gak yang jual mahal. pilih jer la kedai mana yang berkenan dihati....yg ni kak rose bli kat tesco masa offer at rm2.88/kg....bli dua kg jer pun, tu pun dah jenuh nak menyagat, maklum je la dengan keras tangan ni...

proses bermula.... buangkan kulit, tp jangan lupa tinggalkan batang dia untuk memudahkan kita memegang masa menyagat nanti... jangan sampai tersagat jari2 tu udah le... kang ade gak yang jadi dracula sempena chinese new year nanti..hehe

proses menyagat....tercampak2 ubi takutkan jari yang tersagat! tajam ya Rabbi. kalau x de penyagat cam ni, guna skin peeler pun boleh cam yang Nor Azmihah guna tu...kreatif kan si Nor ni

dan ini lah hasilnya... dua kg ubi arrowhead, dapatlah 3 bekas cenonet ni. puas lah dapat makan yang buat sendiri. kalau nak bli yang dah siap ni mmg mahal sangat, agaknya sbb cara membuatnya yang renyah dan memakan masa... cuma yang nak makan tapi kudukut cam kak ros ni kot yang gigih nak buat sendiri... berjimat kan.... nak resepi eh? kak rose kongsikan resepi dari aswalissa ni ya.

Bahan-bahan
  • 1 kg Ubi Arrowhead
  • Garam / Whitepepper / Blackpepper (sebagai perasa jika suka)

Cara-cara

  1. Bersihkan ubi arrowhead dengan membuang kulit ari nya sahaja. Basuh dan toskan.(kak rose buang semua kulit tinggalkan batang jer)
  2. Sagat nipis ubi tersebut dan goreng dalam minyak seperti menggoreng kerepek ubi. Sesudah perang, angkat dan toskan minyak.
  3. Jika suka boleh tambahkan garam atau serbuk blackpepper / lada sulah sebagai perasa. Saya suka makan kosong aje. Rasanya ranggup dan lemak.
**** cara kak rose: bila dah garing, curahkan sedikit air garam kedalam gorengan, biarkan sekejap dan angkat.... sedap ada rasa masin2 sket pada snek tu nnti!

Wednesday, January 15, 2014

Cucur ikan bilis air panas

 tadi nampak cucur ni kat blog kakpb, x pernah pulak kak rose buat cucur guna air panas melegak ni... dan buat orang yg memang pebret dengan segala cucur aka cekodok, ni adalah suatu yang baru buat kak rose dan semestinya lah ingin mencuba.... nampak macam gebu n kembung jer walaupun tanpa baking powder segala.... meh tengok resepinya... tp maaf ya kakpb sbb  kak rose dah tukar udang jadi ikan bilis.. itu jer yg ada dalam stok....

3 cawan tepung gandum* 
udang segar di cincang*  (kak rose buh ikan bilis jer)
1 biji bawang besar potong2 kecil*  
1 biji lada merah(dihiris)*  
daun sup/bawang (hiris)* 
1/2 btg carrot (kakpb tambah sendiri)
  • garam secukup rasa* 
  • 2 1/2 cwn air panas mendidih  dan minyak untuk menggoreng
 1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
 2. Bulatkan lubang ditengah adunan
.3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat. adunan akan menjadi berat dan kental
 4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera..
 5. Panaskan minyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..

dan dipetang yang hujan ni, menikmati cekodok cicah sambal kicap jawa adalah suatu yg heaven. jemput minum semua...

WW: rm15.50

kangkung murah, tp x de lak masa tu.. gerai tepi jalan nilai 3

Tuesday, January 14, 2014

Tang yuan

 simple dessert yang kak rose buat semalam....butir2 pulut n air gula. dah siap untk dingap. mudahkan? x muak dan boleh makan berulang kali... nak resepi mudah ni, kak rose kongsikan kat sini ya..

Ingredients:

Syrup
1/3 cup sugar
1.5 cups water
2-3 pandan leaves/screwpine leaves
(kak rose tambah few slices halia dalam sirap ni as per cook's suggestion)
Rice Dumplings
2 cups glutinous rice (sticky rice) flour
1 Tbsp fine sugar
7 oz water
food coloring ( 2-3 different colors ) (kak rose guna 4 colors)

Method:

  1. To prepare syrup, boil water in a pot. Add the screwpine pleaves and let it boil on medium fire for 5 minutes. Add sugar and let it boil for 5 minutes. Lower fire and let it simmer to another 15 miuntes. Sugar can be added to taste if you like. Set aside.
  2. In a big bowl, mix glutinous flour with sugar.
  3. Add water and knead to form a paste. Continue to knead until it form a soft dough and no longer sticks to your hands.
  4. Divide into 3-4 portion and add 2-3 drops of food coloring to the each portion of dough.
  5. Divide into small balls and lightly shape into balls using both palms.
  6. Set aside a few hours or overnight as this will make the dough a bit harder and easier to handle. (kak rose x simpan pun, pas bancuh tu terus jer bulat2kan)
  7. Boil another pot of water, drop the dumplings into the boiling water. As soon as it floats to the transfer it to the syrup water.
  8. Serve. (kak rose sejukkan dalam fridge dulu baru serve... best makan sejuk2...)
Cook’s Note :
You can add a few slices ginger to the syrup water if you like. Or you can replace the fine sugar with palm sugar or brown sugar using same method.