proses bermula.... buangkan kulit, tp jangan lupa tinggalkan batang dia untuk memudahkan kita memegang masa menyagat nanti... jangan sampai tersagat jari2 tu udah le... kang ade gak yang jadi dracula sempena chinese new year nanti..hehe
proses menyagat....tercampak2 ubi takutkan jari yang tersagat! tajam ya Rabbi. kalau x de penyagat cam ni, guna skin peeler pun boleh cam yang Nor Azmihah guna tu...kreatif kan si Nor ni
dan ini lah hasilnya... dua kg ubi arrowhead, dapatlah 3 bekas cenonet ni. puas lah dapat makan yang buat sendiri. kalau nak bli yang dah siap ni mmg mahal sangat, agaknya sbb cara membuatnya yang renyah dan memakan masa... cuma yang nak makan tapi kudukut cam kak ros ni kot yang gigih nak buat sendiri... berjimat kan.... nak resepi eh? kak rose kongsikan resepi dari aswalissa ni ya.
Bahan-bahan
- 1 kg Ubi Arrowhead
- Garam / Whitepepper / Blackpepper (sebagai perasa jika suka)
Cara-cara
- Bersihkan ubi arrowhead dengan membuang kulit ari nya sahaja. Basuh dan toskan.(kak rose buang semua kulit tinggalkan batang jer)
- Sagat nipis ubi tersebut dan goreng dalam minyak seperti menggoreng kerepek ubi. Sesudah perang, angkat dan toskan minyak.
- Jika suka boleh tambahkan garam atau serbuk blackpepper / lada sulah sebagai perasa. Saya suka makan kosong aje. Rasanya ranggup dan lemak.
4 comments:
Wah! sana sini ada kerepek arrohead... bak nak sebalang Kak Rose...
Gee... sementara ade ubi ni kena la buat jugak...sedap.
nah, amik ni, balang jer ya!
assalamualaikum...sedapnya...:)
salam kak ros ..sedap tu.. dah cuba buat untuk 3 bijik ..ehh sedap rupanya.. nampaknya kena main beli pulak ni hiii
Post a Comment