salam hujung minggu dan xong xi fa chai buat chinese friends yang menyambutnya. hujung minggu yang panjang tapi kak rose n keluarga tak dapek nak gi mana2 sbb encik asben ade projek dipejabatnya... so kami pun terperok jugakla anak beranak....nak buat camner kan....
so ini kisah rentetan dari kenaikan cukai pintu dewan bandaraya yang
rasanya macam beyond reach buat orang susah cam kak rose ni...dah la
rumah pun sekakngkang kera tapi kenaikan cukai sehingga 120%. so bila
dbkl jemput untuk dengar penerangan, kak rose pun gigihkan diri untuk
menghadirinya. dan setelah berdebat, Alhamdullilah pihak dbkl akan
meneliti balik nilai tahunan yang telah diberikan... mungkin akan diberi
sedikit pengurangan setanding dengan keadaan dan keluasan harta yang
dimiliki.. dan ini akan cuma dapat diketahui mejelang April 2014 nanti..
sementara tu kena jelaskan jugak assessment ikut kadar yang sedia ada.
perjumpaan diadakan ditingkat 8 bangunan dewan bandaraya....dan kak rose sampai kat situ 10 minit lagi kul 2 dan berbaris depan kaunter sbb semua pelawat kena amik pas untuk masuk... so ramai lah pelawat berbaris lah depan kaunter tu.... tapi kenapalah secutity yang jaga kaunter tu kata...."masih berehat, nanti pukul 2 baru stat keja balik" dengan mata ke skrin komputer dan ganggang talipun ditangan! as if macam tak ada lepawat kat situ! tunggu sajalah cam bodoh jer!!!!! last2 cuma tunjuk surat bantahan tu n terus dibenarkan naik....kesian kita pembayar cukai ni kan!
didalam bilik mesyuarat....kak rose bersama penduduk setaman yang mostly kaum cina, memang bertekak dengan en Omar yang mempengerusikan meeting ni...dia bagi pihak dbkl mmg nak pertahankan rate yang telah ditetapkan tapi kita sebagai pengguna pun ada hak jugak nak pertikaikan....setelah diasak sangat2, end up, dia berlembut sket.... dengar pembayar cukai punya rungutan dan berjanji akan disemak balik kadar nilai tahunan yang dah ditetapkan tu berdasarkan keluasan harta...kita bukan tak nak bayar, selama ni pun tak pernah tertunggak. kalau tak bayar tentu dah kena seal rumah tu kan, tapi biarlah reasonable dengan kenaikkan tu....hope he will keep his promise and walk the talk....tunggulah jawapannya April nanti.
1 comment:
Betul tu kak rose kena ikut keluasan tanah.. tak bolehlah main pulak camtu je... cukai cukai bermacam jenis cukai yg ditanggung oleh rakyat :(
Post a Comment