baut pulut ni asalnya nak makan dengan serunding udang kering tp bila bukak fridge teringat ade pulak durian yang dah kejung beku dalam freezer tu... so terus lah tukar menu untuk pulut ni...boleh cam tu? x kisah la kan, yang penting dah abes pun pulut n kuahnya sekali....sedap tak hengat!.... resepi kak rose amik dari sini tp kak rose guna gula putih sepenuhnya.... so pucat je la kaler kuah ni.
Bahan-bahan:
Beras pulut(secukupnya) ~ rendam 3 jam atau lebih
Isi durian atau lempuk durian secukupnya
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 helai daun pandan
Gula dan garam.
Cara penyediaan:
1.
Toskan beras pulut yang telah direndam dan kemudian kukus sehingga
masak (Pulut ini saya kukus kosong tanpa letak santan dan garam). (kak rose kukus ngan santan cair + garam sket)
2. Untuk kuah/santan :~ Masak santan bersama air, daun pandan, gula dan sedikit garam.
3. Kacau diatas api yang perlahan sehingga mendidih.
4.
Masukkan isi durian/lempuk, kacau rata. Kalau manisnya sudah menepati
citarasa, bolehlah diangkat (boleh juga kalau nak letak isi durian
kemudian, masak kuah sahaja. Tapi saya suka masakkan sekali durian dgn
kuahnya).
sedapnya hingga menjilat sudu.... bila pulut dah abes, hirup jer kuah durian yg kaw ni. best!
2 comments:
Kalau Sham biasanya guna gula Melaka.
Salam kak Rose..sedapnya pulut kuah durian tu...skrg mmg musim durian,ramai org menjual kat tepi2 jln.
Post a Comment