Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H

Salam Maulidur Rasul buat semua.... Keperibadian terpuji perjuangan dihayati.

Monday, January 13, 2014

Puff tuna kelopak

 puff tuna untuk minum petang semalam.... so tinggal gambo je la ya. kali ni ade sikit kerajinan nak membuat puff yang berkelopak bagai! sebenarnya nak menguji kekerasan tangan ni, kalau tengok yang tuan punya resepi ni iaitu sifu masak2 CMG mmg sangat cantik menggoda, tu yang menyebabkan tersangatlah ingin nak mencubanya.. dan siap ade step by step camner nak buat kelopak tu..mekasih mat. .tapi bisalah tangan keras kak rose ni....

BAHAN INTI TUNA :-)
1 tin tuna, tos dan hancurkan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 biji bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar mentega
Secubit gula




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.


BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping)
Kuning telur, disapu
Sedikit lada hitam, tumbuk halus
Sos pilihan (optional)


UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :-

 Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar.
 Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar.
Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi.
Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi.
Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar.
Alih ke dalam loyang.
Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap.
Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar.
Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan.
Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemeran, jika suka...

Sunday, January 12, 2014

Kalaulah sungguh kaler camni....

 pinjam gambar dari page king jason. tq

salam hari minggu semua... pagi2 ni rasa ceria sbb ternampak gambar filem bujang lapok in colour kat page king jason... kalau lah betul2 ade yang kaler punya, agakya lagilah pecah perut tengok kan...tengok muka 3 pendekar bujang lapok ni pun dah boleh gelak.... manisnya erni pakai baju kurung pink tolong bacakan surat tiga bujang lapok ni.... alif mim nun wau = sarkis. x pernah jemu dengan filem2 Allahyarham P Ramlee ni. Al-Fatihah buat aruah P Ramlle n Sudin

Saturday, January 11, 2014

Nasi ayam butter lagi....

 lunch kami tengahari tadi.... buat nasi ayam butter pun macam emergency jer, maklumlah tak plan nak masak pun. sbb sllunya bila hujung minggu jer mmg gantung piok n cari dapo kat merata2.... dasar pemalaskan! tapi bila lama sangat x masak nasi, nak jugak panaskan dapo tu,  dah nak tenghari baru kuorkan ayam yang keras kejong dalam freezer tu...nak cepat thaw terus jer masuk dalam microwave n rebus... dan in one and half hour, readylah nasi ayam butter emergency ni...kak rose kongsikan resepinya kat sini untuk sapa2 yang nak cuba....mekasih hana.

Bahan-bahan
UTK NASI

  • 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk (kak rose x letak)
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong (kak rose guna 2 keping whole leg)
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.


UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.

  • Ayam rebusan tadi
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.

UTK SOS MERAH

  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
  • (kak rose tambah 2 biji cili api - kasi pedas kaw2 punya)
blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api. (kak rose x masak pun, terus cam tu jer pun dah sedap!)

UTK SOS HITAM@KICAP
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )
Campurkan semua. ketepikan. Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.

 beras thai yang kak rose guna... jauh perjalanan sekampit beras ni....

and the dessert, kuih tepung pelita baki semalam punya yang bawak g majlis bacaan surah al-khafi

Thursday, January 9, 2014

Pulut kuah durian

 baut pulut ni asalnya nak makan dengan serunding udang kering tp bila bukak fridge teringat ade pulak durian yang dah kejung beku dalam freezer tu... so terus lah tukar menu untuk pulut ni...boleh cam tu? x kisah la kan, yang penting dah abes pun pulut n kuahnya sekali....sedap tak hengat!.... resepi kak rose amik dari sini tp kak rose guna gula putih sepenuhnya.... so pucat je la kaler kuah ni.

Bahan-bahan:
Beras pulut(secukupnya) ~ rendam 3 jam atau lebih
Isi durian atau lempuk durian secukupnya
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 helai daun pandan
Gula dan garam.

Cara penyediaan:
1. Toskan beras pulut yang telah direndam dan kemudian kukus sehingga masak (Pulut ini saya kukus kosong tanpa letak santan dan garam). (kak rose kukus ngan santan cair + garam sket)
2. Untuk kuah/santan :~ Masak santan bersama air, daun pandan, gula dan sedikit garam.
3. Kacau diatas api yang perlahan sehingga mendidih.
4. Masukkan isi durian/lempuk, kacau rata. Kalau manisnya sudah menepati citarasa, bolehlah diangkat (boleh juga kalau nak letak isi durian kemudian, masak kuah sahaja. Tapi saya suka masakkan sekali durian dgn kuahnya).

sedapnya hingga menjilat sudu.... bila pulut dah abes, hirup jer kuah durian yg kaw ni. best!

Wednesday, January 8, 2014

WW: drinks

 mountain dew written in jawi.... restoran nasi arab DIMA bukit beruang, melaka


Tuesday, January 7, 2014

Lempeng pisang kelapa

lepas lempeng pekak sekarang buat lempeng yang x berapa pekak pulok... tapi tak tau la lempeng ni ade telinga ke idak, yang pasti dalamnya ada pisang n kelapa muda.... lemak2 manis gitu.  baki pisang yang buat cekodok tu dah ranum sangat, sayang kalau terbiar cam tu jer kan... godek2 resepi jumpa resepi lempeng pisang ni kat blog yatie.... minum petang sambil makan lempeng ni tak sedar 2 keping dah licin....lapo punya pasal, apa pun sedap jer kan!

meh kak rose kongsikan resepinya kat sini pulak. mekasih ya Yatie.

Bahan-Bahan

  • 4 biji pisang montel (kak rose guna 8 biji pisang emas)
  • 1/4 cwn gula pasir
  • secubit garam
  • 1 1/2 cwn kelapa parut-putihnya je
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn air
  • sedikit minyak
Cara- Caranya
  1. Lenyek pisang bersama gula dan sedikit garam. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan tambahkan air.Gaul sebati.
  3. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak di permukaan kuali.
  4. Masukkan 3 sudu besar adunan lempeng, dan ratakan.
  5. Biarkan sedikit pucat, dan bila kelihatan garing di sekelilingnya...bolehlah terbalikkan lempeng tadi.
  6. Bila dah garing dan masak, bolehlah angkat dan hidangkan.