kuih ketayap yang sedap ni buat petang semalam... bila dok rumah ni asik lapo memanjang, so asik nak kedapo jer.... dan pas tu mike apa yang nak dibuat n dingap.... yang penting bahan2 mesti ada barulah boleh mulakan projek kan... kelapa parut putih mmg kak rose sllu bli untuk stok. bli sekilo n then pack kecik2, bila nak guna stok dah ade kan... so jadilah inti untuk kuih ketayap ni... resepi kulit dari rumah hana dan intinya dari izah, mekasih ya..
Bahan-bahan untuk kulit:
sumber: Hana
*1 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh garam
*2 cawan air
*1 sudu besar air pandan
*sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar
Cara-cara
Blend semua bahan yg bertanda *.
Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
Angkat.Masukkan inti dan gulung.
Siap dihidang.
Bahan untuk inti
sumber:izahdaut
1 biji kelapa parut
setengah ketul gula kabung
3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan
Caranya:
Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur.
Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan
berminyak. Angkat dan sejukkan.
Lanai Kijang
Sunday, May 26, 2013
Saturday, May 25, 2013
Bebola roti goreng
bebola roti goreng versi orang malas....
salam hujung minggu semua... musim cuti sekolah dah bermula dan begitu juga dengan jemputan kenduri dari kawan kawan.... patutnya hari ni ada kenduri yang perlu dihadiri, tp disbbkan kat rumah ni kena power trip semalam, dan called contractor untuk betulkan main switch tu hanya boleh datang hari ini...so kena tunggu sehingga dia siap buat keja, hari dah menjelang lepas tengahari, kenduri pulak jauh nun di hulu langat, so amik keputusan x dapat nak join kengkawan yg nak pergi konvoi kesana... esok pulak ada kenduri kat Melaka pulak... nak konvoi ramai2 ke melaka sambil tu boleh la jenguk anak bujang yang x balik during cuti2 ni.... cuma akan balik bila ada appointment dengan doktor pakar pada awal jun nnti....
walaupun rupa yang x semenggah, tp adalah sangat sedap
buat bebola roti goreng ni selepas terpandang kat blog ABM yang berhias cantik sangat menyelerakan.... sapa2 yang tengok cara dia present mmg dan2 tu la rasa nak makan...lagi2 orang macam kak rose ni yg pantang nampak....sumanak makan. kebetulan ada baki roti dan bahan2 lain, teruslah menyempurnakan hasrat dihati....ni jugak satu cara nak menyelamatkan roti yang dah nak tamat riwayatnya...dan heavennya dapat menikmati bebola ni dengan semug nescafe.... resepinya...
Bahan-bahan
12 keping roti (plain white bread) - potong kecil
2 biji telur - saiz besar
3 biji cili merah - dihiris (x de, kak rose ganti dengan cili flakes)
sedikit daun sup/bawang - dipotong pendek
1 biji bawang besar - kalau dah pakai daun bawang guna 1/2 je
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
1/2 kiub perasa ikan bilis - ABM guna perasa ayam
3 sudu besar mayonis - ABM tambah
2 keping fishcake - dihiris kecil (ABM tambah)
Minyak untuk menggoreng
1. Masukkan roti didalam mangkuk besar dan masukkan telur kedalamnya.
2. Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk menggoreng kedalam mangkuk. Ramas2kan sehingga sebati.
3. Bulat2 kan roti sehingga siap. Jangan terlalu besar pula ye. Agak2 lah saiznya.
4. Goreng dalam minyak penuh sehingga keemasan. Toskan dan siap dihidang.
Friday, May 24, 2013
Nanotron....terbeli jugak!
salam hujung minggu semua.... dah banyak kali jugak kak rose g ke pusat terapi nanotron ni, x nampak lah sangat perubahannya tp mmg badan rasa selesa dan yang penting mmg berat jugak sudah berkurang about 2 kg... bila rasa ada perubahan cenggini barulah kak rose terpikir nak bli sbb malas nak g ke pusat tu hari2 kan... akhirnya buat keputusan bli je la, boleh lah duduk berterapi kat rumah je sambil melayan tenet dan berblog dan berfb (dan main game jugak...yg ni mmg x leh nak tinggal la kan!) x yah nak jalan keluar rumah dimusim panas2 cenggini kan....
kawan pun ramai yang dah bli, tp idok ler kak rose terpengaruh dengan kawan2 tu, mmg nak guna untuk diri sendiri... nnti bulan posa boleh duduk bersauna memalam2 kan....harap x la jadi macam treadmill yang x terusik tu, nanti sia2 jer bayar 6.1k for this set.
encik faizal, staff dari pusat nanotron sedang pasang peralatan nanotron equipment.... harap dapat memberi kelegaan yang optima bila guna peralatan terapi ni... ke x yah nak kena g brisk walk lagi pagi2 hari?
dah siap pasang dan bagi penerangan camner nak guna, apa lagi masa tuk minum2 la kan.... kak rose cuma dapat sediakan apam gula hangus dan nescafe panas untuk derang ni... puan ema n jiha jugak datang sama
the set of nanotron equipment dengan micro computer adjustment apparatus n nanotron acupuncture pen dah ready untuk guna. mmg berpeluh2 sakan kalau duduk atas kosi ni. banyak sangat lemak kot? mudah alih n boleh jugak dilipat untuk jimat ruang... sapa2 nak membuang lemak2 yang berlebihan kat badan boleh la try terapi ni, tp kena ingat ni bukan alat untuk nak kurus sebaliknya adalah untuk penjagaan kesihatan... prevention is better than cure kan.

Wednesday, May 22, 2013
Chocolate chip muffin
salam dan selamat tenghari.... ari ni sesampai dirumah dari buat terapi ada kawan tepon, nak buat chocolate chip muffin yang cam kak rose pernah buat dulu katanya... dah lah kita x pandai, so kak rose soh dia refer kat blog yang ada bermacam2 muffin tu, sapa lagi kalau bukan Izah the muffin lover tu kan... bila dah tengok, kak rose pun teringin nak makan jugak ken... belum pikir pasal nak lunch, terus buat muffin ni dulu...bila dah siap, tepon balik kawan tadi, rupanya dia x buat lagi.... dan kak rose yg x terpikir nak buat dah siap dulu... adoyaiiiii!!!! kemaruk sungguh kan?
resepi muffin ni kak rose amik dari nor secubit garam, mekasih ya nor... dan resepi yg ni jugaklah kawan kak rose tu nak buat... merata tempat resepi ni pergi kan... izinkan kak rose tepek sekali lagi kat sini ya...
COKLAT CHIP MUFFIN

- 250gm tepung
- 2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 2 sudu besar serbuk koko
- 175gm gula
- 150gm coklat cip
- 250ml susu segar
- 90ml minyak
- 1 biji telur A
- 1 sudu teh esen vanilla
- gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
- gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
- letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka. bakar selama 20min.
Tuesday, May 21, 2013
Karipap inti daging
dah lama x mengkaripap.... sejak kes cts ari tu mmg tangan x kuat nak menguli tepung buat karipap ni... tp bila dah kemaruk nak makan kena buat jugak la kan... Alhamdullulah, masa buat ni pun x de rasa lagi sakit2 tangan tu, so dapatlah menikmati karipap daging yang sedap ni....resepi inti dari Dr Inahar, mekasih ya, kak rose mintak nak sharekan kat sini..
Inti Kentang daging
4 biji kentang (kupas kulit, didadu kecil)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 sudu besar rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)
250 gm minced meat secukup
minyak untuk menumis
garam
gula
perisa
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar
Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu. Kemudian masukkan rempah kari tadi dan biarkan sebentar hingga rempah garing. Masukkan pula daging dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan kentang, garam dan gula. Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Kalau perlu, bubuh sedikit air untuk daging dan kentang empuk. Bila daging dan kentang dah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/bawang dan gaul rata. Sejukkan sebelum digunakan.
untuk kulit pulak kak rose guna resepi dari Ilahjy kat sini... mekasih jugak share resepi ni.

kulit karipap cara ilahjy:(angaran sbb tak sukat a.k.a agak2)
tepung gandum.....2 cawan
minyak masak ......1/4 cawan
marjerin..............3 sudu besar
air biasa
masukkan tepung ke dlm bekas.
panaskan kedua2 bahan minyak dan marjerin. sekadar cair marjerin tak perlu berasap.
tuangkan ke dalam tepung kacau dgn senduk sehingga sebati
masukkan sedikit2 air sehingga boleh di uli
dan bulatkan sebesar 2 jari dan gelek dan isikan inti.
Monday, May 20, 2013
Tauhu lembut sos pedas
salam semua... menu lunch yang x rajin nak masak.... tauhu lembut ni pun dah seminggu bertapa dalam fridge, nasib baik x senasib macam stroberi ari tu. lambat lagi tarikh expirednya, so sebelum terus terlupa meh la jadikan menu untuk lunch ari ni... resepi asal dari nduk hana, mekasih ya nduk tp kak rose cnp dari yg pernak buat dulu...
tu dia, tukang masak zaman sekarang, siap ada ipad didapo....konon senang nak tengok resepi ... melampau la pulak kan. apa pun kak rose tepek lagi sekali sekali resepinya kat sini ya..
Bahan-bahan
Cara-cara
apa lagi, pas amik gambo suma terus lah ngap.... no rice but fresh fruits ni. cukuplah untuk lunch ari ni.
baru turun dari kukusan, masih belum bersiram....
Bahan-bahan
- 1 keping tauhu lembut (dikukus) (kak rose kukus +- 10 minits)
- 1 sudu makan cili kering kisar - hana lebihkan sket
- 2 ulas bawang putih (dicincang/ditumbuk kasar)
- sedikit sos tiram
- sedikit kicap manis
- sedikit sos cili
- sedikit sos tomato
- sedikit bijan (disangai)
- sedikit air
selepas dimandikan dengan sos pedas....
Cara-cara
- Panaskan sedikit minyak di dlm kuali/periuk.
- Tumis bawang putih hingga perang. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga kering. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, sos cili, sos tomato dan air secukupnya.
- Setelah masak, siramkan di atas tauhu dan taburkan bijan.
apa lagi, pas amik gambo suma terus lah ngap.... no rice but fresh fruits ni. cukuplah untuk lunch ari ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)