Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, May 21, 2013

Karipap inti daging

dah lama x mengkaripap.... sejak kes cts ari tu mmg tangan x kuat nak menguli tepung buat karipap ni... tp bila dah kemaruk nak makan kena buat jugak la kan... Alhamdullulah, masa buat ni pun x de rasa lagi sakit2 tangan tu, so dapatlah menikmati karipap daging yang sedap ni....resepi inti dari Dr Inahar, mekasih ya, kak rose mintak nak sharekan kat sini..

Inti Kentang daging
4 biji kentang (kupas kulit, didadu kecil)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 sudu besar rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)
250 gm minced meat secukup
minyak untuk menumis
garam
gula
perisa
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu. Kemudian masukkan rempah kari tadi dan biarkan sebentar hingga rempah garing. Masukkan pula daging dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan kentang, garam dan gula. Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Kalau perlu, bubuh sedikit air untuk daging dan kentang empuk. Bila daging dan kentang dah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/bawang dan gaul rata. Sejukkan sebelum digunakan.

untuk kulit pulak kak rose guna resepi dari Ilahjy kat sini... mekasih jugak share resepi ni.

kulit karipap cara ilahjy:(angaran sbb tak sukat a.k.a agak2)

tepung gandum.....2 cawan
minyak masak ......1/4 cawan
marjerin..............3 sudu besar
air biasa

masukkan tepung ke dlm bekas.
panaskan kedua2 bahan minyak dan marjerin. sekadar cair marjerin tak perlu berasap.
tuangkan ke dalam tepung kacau dgn senduk sehingga sebati
masukkan sedikit2 air sehingga boleh di uli
dan bulatkan sebesar 2 jari dan gelek dan isikan inti.

7 comments:

Unknown said...

sedap nye kak...zila pun ada lg sikit inti dlm esbok tu.sok nk buat la..

adda syuhada said...

teringin nk seketul karipap tu..nampak sedap...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya kak rose... nak join minum ptg boleh :D

Unknown said...

dah lama tak buat karipap biasa ni teringin dak boleh try esuk lusa ni heee

suri solehah said...

Sedap kak,,suami kalau ngadap karipap..tak perasan org kiri kanan..Lama tak buat karipap,,tak dak org nk tolong gelek huhu

Lee said...

Hi Kak Rose, I suka your this curry puffs. Lima boleh juga, with ice coffee.
Looks very crispy, and really beautiful.....the way you made it.
Have a nice day.
Lee.

Anonymous said...

hai hai..terima kasih kerana sudi berkongsi resepi karipap ini...petang ni nak cuba buat..