Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 11, 2012

kuih kaswi nyonya


salam dan selamat pagi semua. pagi hari kak rose buat entry menu minum petang semalam.... buat separuh adunan je, tp pagi ni ada baki lagi, boleh lah nak cemil2 sambil ngadap menda ni. tp pada kak rose la, kuih kaswi yang biasa tu lebih memikat selera jawa ni. kaswi nyonya rasa sedikit muak sbb ada penggunaan santan dalam adunan ni kot atau tekak kak rose jer yg rasa cam tu. entahlah, masing2 punya selera kan, tp kalau x cuba kita x kan tahu. ya tak? mekasih pada Yatie yg sharekan resepi ni dan kak rose mohon nak kongsikan kat sini lak ya...


Bahan-bahan ( loyang 10x10 inci. ) 
Bahan A - dimasak hingga mendidih dan sejukkan,tapis.

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 500ml air
  • 1 sudu kecil garam
  •  3 helai daun pandan - disimpul
Bahan B - di satukan di dlm sebuah mangkuk
  • 1 1/2 cawan tepung beras (cap gajah)
  • 1 1/2 cawan tepung ubi
  •  1/2 cawan tepung jagung
  • 800ml santan (400ml santan kara + 400ml air)
  • 2 sudu besar air kapur 
Cara-cara

  1. Masak bahan A hingga mendidih, biarkan suam dan tapiskan.
  2. Dalam mangkuk yg lain, satukan bahan B.
  3. Bahan A dan B di satukan dan digaul rata dan ditapis lagi.
  4. Masak adunan hingga naik wap .
  5. Tuang adunan ke dlm loyang yg disapu minyak dan dipanaskan di dlm kukusan
  6. Kukus selama 30-40 min.
  7. Sejukkan kuih kaswi dulu baru dipotong dan disajikan bersama kelapa parut putih.

Monday, December 10, 2012

Gyoza

 salam hari isnin yg mendung jer... hari2 ada hujan turun, tp tuan rumah tenggelam timbul kat rumah ni... dah jemu dengan hidangan kuih bakar keledek tu kan, moh kita cuba makan gyoza ni... pertama kali nampak kat rumah Ros SinaranMenu tu rasa sangat nak cuba buat.... tp baru ni hajat tu kesampaian...

memula siapkan bahan2 inti....

Bahan Inti
*  100 grm kubis dipotong halus
*  1/2 biji carrot diparut halus
*  2 batang daun bawang potong halus
* 14 ekor udang sederhana besar dipotong halus
* Lebih kurang 200 grm minced chicken
* 1 1/ 2 sudu kecil minyak bijan
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu kecil gula
* garam secukup rasa

 pack of kulit gyoza yang kak rose guna... bli readymade kat care4. kulit wantan tu tah bila la pulak nak diprojekkan.... kebetulan ada terus bli sekali. kedua2 ada tanda sijil halal kat packet tu.@30pcs/pack.


Cara menyediakan
1- Campurkan semua bahan hingga sebati.Ambil sekeping kulit gyoza dan masukkan 1 sudu inti.Sapu sedikit air ditepi kulit gyoza .Tutup kemas dan picit tepinya .
2- Sapukan sedikit minyak dalam non stick pan dan panaskan kuali.Bila kuali sudah panas ,atur dalam 8 ke 10 biji gyoza dalam kuali. Masak hingga bahagian bawah gyoza kuning keperangan.
3- Masukkan 1/3 cawan air kedalam kuali dan tutup kuali.Masak gyoza hingga air kering. Buka penutup kuali, angkat dan hidang lah bersama sos pilihan dan makan semasa panas.


dah siap klim, ready untuk masuk koli. dan kak rose buat 3 versi.... macam rajin sangat kan? actually buat experiments, nak tau jugak yg mana paling sesuai ditekak jawa ni....

 versi ikut resepi diatas.... rangup garing kulit dibawah gyoza ni...

 versi yang kukus saja... dengan sapuan minyak bawang putih n bawang putih goreng

Minyak bawang putih
Potong halus bawang putih.masukkan dalam 1/3 cawan minyak kedalam mangkuk dan masukkan bawang putih tadi.masak dalam microvawe selama lebih kurang 2 ke 3 minit atau mengikut cara dan kepanasan microvawe masing-masing. (kak rose goreng dalam koli sampai bawang putih garing)

yang ni pulak, selepas kukus tu kak rose goreng pulak... semuanya sedap dan sangat lembut dimakan masa masih panas2.... bila dah sejuk kulit dia jadi a bit liat. so memang disuggestkan makan masa panas2 dan cicah sos kegemaran masing2 lah ya.

Thursday, December 6, 2012

Kuih bakar keledek oren

 petang semalam punya hidangan minum petang.... so dah abes la ya.. resepinya kak rose kopi dari dapur Yatie mekasih share dan izinkan kak rose nak kongsikan kat sini pulak...

KUIH BAKAR KELEDEK OREN
Sumber : Yatiememories

BAHAN-BAHAN

4 biji telur
3 cwn santan
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cwn keledek (rebus dan lecek)



CARA-CARA

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan... (kak rose guna mufin pan jer)

Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.

Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.   

Wednesday, December 5, 2012

WW: nasi goreng jer.

 td tengok rancangan rasa halal paris....

nasi goreng pun a la rasa halal paris. boleh gitu?

Udang celup tepung

 udang goreng celup tepung yg dah tinggal gambar saja.... hari tu ada terpandang udang ni berposing cantik kat dapur Nor Secubit Garam dan mula lah tekak ni nak jugak merasa ....  lagipun rasanya lama dah x buat udang celup tepung cenggini...  dan kali ni buat ikut resepi dari Nor secubit garam. mmg ngam punya. x caya cer try cuba, pasti nak lagi nnti. kak rose mintak izin nak kongsikan resepinya kat sini ya dan mekasih banyak2...

UDANG CELUP TEPUNG
resipi : K.Nor

Bahan ~ utk bancuhan tepung:

1 cawan tepung gandum
1 cawantepung beras
2 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan2 ke dalam sebuah bekas dan gaul hingga sebati.
Ketepikan.

Bahan ~ utk Udang Celup Tepung:
300 - 500gm udang saiz sederhana
1 - 2 biji telur ~ dikocok sedikit
bancuhan tepung secukupnya
minyak 
 (untuk 15 ekor udang kak rose cuma buat separuh dari adunan ni)


Cara:
Bersihkan udang, terpulang samada nak buang kepala atau tidak (sekiranya kepala tidak mahu buang kepala, gunting sesungut dan juga muncung udang)
Toskan hingga kering.
Gaul udang bersama dgn telur hingga rata.
Ambil sebahagian bancuhan tepung tadi dan gaulkan udang satu persatu ke dalamnya hingga rata.
Goreng udang yg dah digaulkan tadi ke dalam minyak yg dah dipanaskan hingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan bersama sos cili kegemaran.
*selain utk menggoreng udang, bancuhan tepung ini juga boleh digunakan utk menggoreng cendawan, ayam, sotong atau juga sayuran spt peria (bg yg suka peria), terung, bendi bagi penggemar sayuran..

Tuesday, December 4, 2012

Pusat pemulihan....

 salam dan selamat petang yang sejuk.... hujan sangat lebat kat sini, macam dicurah2 je hujan turun! mekasih pada yang masih sudi singgah kat seripayaku ni.... tuan rumah tenggelam timbul je sekarang ni. vitamin m dah banyak sangat dah ni... dan aktiviti hari ni, pagi lagi dah ke sdmc, appoinment at 9am untuk buat physio therapy untuk lenguh2 kat urat belikat. buatnya kejap jer tapi pas tu jalan2 cari makan la...

 bli tahu poket ni kat gerai tepi jalan... isi cuma sengkuang n tauge... rasa slightly cam popia je @ 50 sen sebiji.

tapi yang muskil dihati... manakah nilai duit kita sekarang kalau pisang goreng yg senonet ni pun 50sen/pc... dah la cenonet, kelat pulak tu! saja amik gambo nak bandingkan besonya pisang tu dengan kunci yg panjang 2 inci ni. agaknya nak cover sewa gerai tepi jalan yang mahal tu kot.... banyak songeh betul kak rose ni kan.... nak puas ati buat la sendiri, ya x?

on de way balik singgah kat care4, pekena kuey teow kungfu pebret ni dengan teh o ais yg nyaman....

Saturday, December 1, 2012

Sarapan pagi 1st Dec.

Asalamualaikum dan salam awal December buat semua.... dah petang ni nak jugak tepek sarapan pagi tadi. merajin kan diri buat fluffy pancake ni sbb kehabisan roti la.... malas pulak tu nak keluar cari bekpes.... so godekla pancake ni, sudahnya dekat kul 10 baru dapat bekpes....


kak rose buat 2 adunan dari resepi ni dan dapatlah 7 keping pancake yg tebal n gebas gebus ni... resepi dari nor secubit garam dan pernah buat dulu kat sini mekasih ya nor, sekali lagi kak rose tepek kan kat sini.

FLUFFY PANCAKE
source: Allrecipes
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients
3/4 cup milk
2 tablespoons white vinegar
1 cup all-purpose flour
2 tablespoons white sugar
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda ~ k.nor letak secubit jer
1/2 teaspoon salt
1 egg
2 tablespoons butter, melted
cooking spray ~ optional
 
 sedap dinikmati bersama madu n strawberry jam

Directions
Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.