Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, April 19, 2012

Kuih apam jepun

salam semua.... laju kuih ni terbang dari sarawak mai shah alam.... pada pertanyaan Sue tu, semua pernah kecuali buatnya dan yg paling x leh nak kata.... baru ni tau nama kuih ni.... apam jepun ropanya! pernah makan yg bli kat pasar malam tempat gerai jual apam balik tu... dan dia ada pelbagai inti dalam tu... pilih je mana nak kan... tp bila pagi ni nampak kat rumah Hasue teringin jugaklah nak mencubanya walaupun acuan bulat2 tu nipis jer.... yg goreng telo tu punya, nak jugak menerai... kebetulah inti kacang merah baki buat apam semalam pun ada lagi.... so, ini lah hasilnya.... dan yg pasti x secomel tuan punya resepi tu.... Sue, kak rose cnp resepinya ya.... mintak dihalalkan dan terima kasih bebanyak jugak pada tuan punya resepi asal kh267tm@myresipi. mekasih semua.

mmg kena sabar bebanyak sbb ada 4 jer acuan molat ni, tp koli lak kecik, so buh 3 je at one go!

bahan-bahan:

500gm tepung gandum (kak rose buat separuh je....)
40gm mentega
2 sdt penuh instant yeast **
1 sdt gula pasir **
1-2 sdm air suam **
campurkan bahan ** gaul rata..biarkan sekejap...hingga berbuih & mengembang
3 biji telur - untuk separuh adunan hasue guna 2 biji telur saiz C
510ml santan (dari 1/2 kelapa)..panaskan hingga naik wap aje...sejukkan
1sdt potas (boleh gantikan dgn 1/2 sdt baking soda + 1/2 sdt baking powder)(guna yg substitute)
160gm gula halus
1/2 sdt garam & sedikit pewarna kuning (kak rose x buh kaler- allergic to artificial color la pulak!)
sedikit esen vanilla (klau suka)

bila dah set sebelah atas tu kak rose terbalikkan kat koli leper lagi satu.... senang n cepat sket keja!

Cara-cara:
  1. Tepung dan mentega di gaul jadi saperti habuk roti...ketepikan
  2. Telur dan gula dipukul hingga hancur kemudian masukkan santan ,yeast , garam, dan potas / bsoda & bp..gaul rata.
  3. Masukkan adunan tadi kedlm bekas yg berisi tepung..gaul rata.
  4. Blend kan sikit adunan tadi utk mendptkan tekstur yg lebih halus.
  5. Bubuhkan sedikit pewarna kuning...kemudian diperap selama 4-5 jam
  6. Lengserkan sedikit minyak dgn menggunakan tisu dapur ke permukaan kuali leper (syarat jer..) susunkan acuan diatas kuali...
  7. Sebelum tu sapukan mentega pada acuan..letakkan adunan 1 sudu besar kemudian bubohkan inti kacang tadi..masak dgn api yg perlahan supaya tk hangus..
  8. Kalau nk tau bila boleh terbalikkan...tolak(gerak2kan) sedikit acuan tu ..kalau dah tak melekat makna nye dah boleh...terbalikkan acuan tu kena cepat2 supaya adunan yg sebelah atas tu tk tumpah...
  9. Terbalikkan acuan tu gunakan penyepit sbb besi tu panas...klau dah pro tk pe..hehehe
  10. Kalau yg sebelah lagi tu dah masak...kluarkan dari acuan..sapukan sedikit mentega diatas nye...boleh la disantap... :)
dah siap! meh jemput semua minum petang dengan apam jepun ni

Wednesday, April 18, 2012

Pau mama

salam dan selamat pagi semua..... pagi ni kak rose mencuba buat pau spt yg kawan2 suggest pada entry inti kacang merah kak rose semalam..... ni kira 2nd taim buat pau ni.... rasa jeran sbb pertama kali dulu buat x jadi, x nak jadi gebus gitu. tp tu lama dulu, bila dah lupa kisah tu hendaklah mencuba sekali lagi dengan resepi yg lain pulak.... so kiranya yg ni agak puas hati jugak lah dengan hasilnya.... walaupun x semontok macam dalam laporan yg kawan2 hantar dalam resepi tu.... apa pun mekasih pada mama kastam tioman yg sharekan resepi ni.... siap dengan gambar step by step lagi tu....

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepong gandum ( 300gm )
  • 1 cawan + 1 sudu makan lagi air suam
  • 1 sudu kecil membumbung planta
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu kecil mauripan
  • Plastik/ daun pisang

Cara-cara
  1. Satukan air suam, gula, garam dan mauripan. Biarkan sebentar sehingga ibu roti naik.
  2. Dalam mangkok. masukan tepong, planta dan susu. Ramas sehingga rata.
  3. Masukkan yis, uli hingga menjadi doh kemudian masukkan minyak masak, uli lagi sehingga sekata.
  4. Kemudian hempas adunan sebanyak 21 kali..ketepikan dan tutup adunan selama 10 ke 15 minit. Sementara itu siapkan pelapik pau, daun pisang atau plastik yang di potong 4 segi. (kak rose: wonder jugak kenapa kena hempas? tp ikut jugak dan hasilnya x la mengeciwakan)
  5. Apabila adunan dah naik ambil sedikit adunan, leperkan, isi inti yg di sukai, tutup, letak atas daun pisang atau plastik yg di potong tadi.
  6. Buat begitu sehingga habis. Susun dalam kukusan. Biarkan selama 10 minit. Buat adunan sedikit, kena ambil masa sikit.
  7. Panaskan kukusan. Api besar ( dapur gas biasa )
  8. Apabila air dah mendidih, letakkan bahagian kukusan yg ada pau tadi tu..kukus selama 5-6 minit aje..
  9. Bila dah masak, angkat kukusan yg ada pau tu dengan penutupnya sekali, kebawah. Buka penutup, cepat2 keluarkan pau dan susun di atas surat khabar bagi mengeringkan air yg terdapat pd pau..
  10. Makan time panas2 ni..tak ingat org di belakang..
  11. Kalau nak buat pau goreng, guna api pelahan, sentiasa balik2kan supaya masak sekata. Bila dah perang, bolihlah di angkat..yg ni tak bolih makan panas2, nanti melecur lak mulut tu..tunggu suam sikit

Tuesday, April 17, 2012

Baked ubi keledek

menu minum petang kami berdua hari ni.... ada keledek yg tergolek2 kat dapur tu eloklah jadikan sesuatu yg boleh mengenyangkan perut.... so godek resepi kat Myr.... mak aiii!!! banyaknya resepi berasaskan keledek dan kak rose pilih keledek bakar dalam oben ni... terkenang lak kat kampung dulu2... bakar keledek ni dalam unggun api dan makan ramai2.... sedapnya.... fresh dari tanah terus bakar, mmg manis sangat semanis kenangan itu!

resepi ni kak rose amik dari Myr oleh purplerossa yg katanya dia dapat dari allrecipes.com. terimakasih banyak kerana share resepi ni ya dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak...

ni panas2 lagi... baru kuor dari oben cenonet kak rose
Bahan-bahan
  • 2 sudu besar minyak zaitun (kak rose guna minyak masak biasa jer!)
  • 3 biji ubi keledek
  • sedikit oregano
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (kak rose termiss yg ni pulak...tp ttp sedap n manis!)

Cara-cara

  1. Panaskan oven ke suhu 175 darjah Celsius.Griskan dulang pembakar(gelas atau tin tak kesah) dengan sedikit minyak.
  2. Cuci dan kupas keledek,dan potong kecil2.Masukkan dalam dulang tadi. Tuangkan sedikit minyak lagi keatas ubi dan gaul rata.
  3. Taburkan oregano,garam dan serbuk lada hitam,dan gaul rata supaya kledek tadi disaluti bahan2 perisa ni.
  4. Bakar selama 40-50 minit,atau sehingga ubi masak..Separuh jalan membakar,bolehla dibalikkan2 sikit ubi tadi supaya garing sekata..
  5. Siap untuk dihidangkan..cicah dgn sos cili & mayonis..sambil tengok tv..
sebelum kebakaran.... gaul dengan sedikit garam, minyak dan oregano kering. sayang sekali keledek yg kuning tu berurat tp yg oren sangat lembut n manis.

Inti kacang merah

salam dan selamat petang semua.... malas sungguh hari ini..... pagi tadi kemaskan paper lama yang bertimbun tu, tp bila dah letak kat luar x de pulak lori yg hari2 lalu dengan tape suara pecah.... suratkabar lama, paper lama, bateri lama..... kadang2 tu sehari sampai 2, 3 kali dia lalu, bila kita tunggu x dak lak! adoyaiiii.... kalau hujan kan satu hal pulak nak kemaskan semula!

tengahari td selongkar fridge terjumpa pulak kacang merah ni yg dah berzaman dok dalam tu... tengok elok lagi terus lah g rendam, ingat nak buat bubur kacang merah tp x dak santan lak.... nak guna santan serbuk nnti x sedap lak, kurang lah lemak nak menepek dibadan kan.... so end-up rebus sampai empuk n blend.... jadikan inti kacang merah ni. resepi dari Myr oleh mama kastam tioman, tp kak rose dah derhakakan sbb blend je kacang tu... nak cepat n senang keja kan.... tq ya mama.... x tau lagi nak wat apa dengan inti ni, sapu kat roti pun ok gak kan... atau kalau rajin boleh buat kuih bom inti kacang merah ni.... tp rajin ker?

Bahan-bahan

  • 500 gm kacang merah
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 keping gula kerek
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara-cara

  1. Kacang merah di rebus sehingga empok. Mama guna pressure cooker, rebus selama 20 minit. sejukan kemudian rebus lagi sekali sehingga betul2 empok.
  2. Tapis buang airnya kalau berlebihan. Masak lagi sehingga iarnya kering.
  3. Masukan gula pasir, gula kerek, minyak masak dan daun pandan. Masak lagi sehingga terasa berat nak mengacau..pekat lah tu..
  4. Bolih lah tutup api..dah siap..
*** kak rose skip step 2... dah empuk terus blend n ikut step seterusnya.

Monday, April 16, 2012

Basic bread: Garlic finger bread

permukaan garing yg x rata.... maklumlah oben cap ayam jer!

tu dia!!!! orang buat finger bread size jer tp yang kak rose punya dah jadi macam arm size pulak.... ni la kan bila buat keja nak senang jadi out-come pun seadanya la kan.... tp roti ni mmg sangat gebus n terasa garlic spreadnya tu..... ramai dah yg mencubanya dan kak rose mmg dah agak kalau virus ni laju je merebaknya pasti lah kesedapanya hingga menjilat jari kan! mekasih pada semua yg mempromosikan resepi garlic finger bread ni.... tq sooo much, mmg sedap, hangat2 lagi kak rose dah ngap satu arm tu! x de ciciah pun sedap jer! resepinya kak rose cnp dari rumah Izah.... mekasih semua!

BASIC BREAD RECIPE
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami
Sumber lain: Tun Telani, Kak Hana & Ika

Bahan A
500g tepung roti *izah guna tepung gandum (kak rose pun sama...)
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional -izah letak
1 sk bread improver- optional - izah letak
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan

Bahan B
250ml air
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine

Bahan D
Gula kasar utk tabur- tun x letak *tak letak


Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.


GARLIC SPREAD

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar

Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

CARA IZAH UNTUK FINGER GARLIC BREAD:
(cara kak Nor sgn67)

Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @canai doh menggunakan penggelek. Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.

Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu garlic spread di atas permukaan roti. Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersma mushroom soup. Enjoy!!

Sunday, April 15, 2012

Makan2 semalam....

semalam hari yang sangat bersejarah bila menerima tetamu yg selama ni belum pernah kami temui.... terima kasih pada Pak Teh Azmi dan Mak Teh Maznah dan anak2 yg sudi datang kerumah kami dengan ada sesuatu untuk busu.... terima kasih banyak2 dan harap2 lepas ni hubungan kekeluargaan x kan terputus lagi.... insyaallah. dan makan2 simple yg kak rose dapat sajikan seadanya....

sayur campur.... cauliflower+carrot+green capsicum+kacang panjang n udang

ayam goreng berempah ayam penyet

daging masak lemak cili api.... daging lembut sangat sampai hancur dalam tu!

the set hidangan.... dengan nasi putih jer....

buat jugak puding marble ni untuk pencuci mulut.

Lempeng nasi

salam hari minggu semuanya.... sarapan apa lah agaknya pagi ni ya? semalam kak rose ternampak lempeng ni kat rumah hana, apa lagi teruslah kopi resepinya dan buat pagi ni untuk sarapan.... tp kejadiannya sungguhlah x macam tuan punya resepi CMG dan hana tu buat.... kak rose punya tu patah bila nak lipat, tang mana silapnya x taulah.... apa pun 2 keping pun rasa x cukup dengan lempeng ni yg kak rose ganding kan dengan sambal tumis.... hana n CMG, kak rose cnp resepinya ya..... dan terima kasih bebanyak!

RESEPI LEMPENG NASI
sumber : matgebu@tiffinbiru.com

Bahan-bahan
  • 2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
  • 3 cawan air
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 2 camca besar minyak masak @ minyak zaitun ( kak rose guna minyak masak biasa jer!)
  • Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah - hana cicah dgn sambal tumis cili padi resepi di SINI
Cara-cara
  • Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
  • Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
  • Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. Selamat mencuba.