Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, April 3, 2012

Bye bye cendol mamak!

slam tengahari semua.... cuaca panas yg membakar membuat tekak asik nak minum yg sejuk2 jer.... kalau dulu nak minum cendol ni pasti nak kena g jumpa mamak baru dapat merasa sejukkan tekak.... terutama yg kat subang jaya SS15 tu, berbaris punyalah panjang untuk nak dapatkan cendol ni, pas tu duduk bawah pokok, berderet2 atas batu tepi jalan tu sambil menikmati cendol... sangatlah heaven. kini boleh lah bye2 je kat mamak tu... buat sendiri lagi puas ati..... boleh makan berulang2 pagi sampai petang!

ni la kalau buat sendiri.... sirap gula pun suka suki nak taruk, merah/putih... with or without santan... teringat MIL yg sangat suka minum cendol dengan sirap gula putih tanpa santan ni... sedap gak! resepinya, mekasihya pada ena-zarina yg sharekan resepi cendol sedap nih! banyak kali dah buat cendol ni kat sini, tp x pa, kak rose tepekkan resepinya sekali lagi....

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung beras (kak rose guna tepung jagung)
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya :
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan. (kak rose buh ketulan ais)
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

Monday, April 2, 2012

Pulut panggang

tu dia.... nampak pulut panggang kat dapur SinaranMenu pagi tadi kak rose pun terus menggodek lah jugak.... tp kak rose punya ni versi malas punya sbb guna serunding udang kering yg dah sedia ada yg kak rose buat ari tu dan pulut pun kukus guna santan serbuk jer.... semua nak senang kan.... asalkan dapat makan..

meh jemput minum petang dengan pulut panggang versi bakar atas non stick pan.... kalau nak resepi boleh g tengok kat SinaranMenu ya.... mekasih ya Ros sbb dah dapat menggoda sampai kak rose pun terliur sama....

Sunday, April 1, 2012

Busu's MRI scan

salam dihujung minggu semua.... dah berhari x menjenguk rumah maya ni... macam bz sangat la kan.... actually kedua2 hari jumaat n sabtu kak rose terpaksa menemani anak buat rawatan susulan kat SDMC regarding his knee injury tu.... hari jumaat tu kena g buat MRI scan dan kena tunggu about 45 minutes baru siap the procedure and have to wait another 1 and half hour baru dapat the result.... patutnya lepas dapat result tu kena g jumpa doktor pulak, tp bila kaunter Imaging tu tolong check, klinik petang telah dibatalkan.... tp derang x inform sbb nama x de dalam sistem. terpaksalah buat appoinment baru untuk next day.... tu yang dua hari berturut2 kena g sepital!. loteh den!

bilik magnetic resonance imaging... kat sini busu buat MRI tu..

sambil tunggu result mri tu kita g pekena nasik mamak ni dulu...

ha dah dapat dah... images dah dapat tp x esok baru dapat g jumpa pakar dan tau the injury severity...

sebelum balik pekena 1901 pulak.... dua hari berturut2 asik ini je yg dituju!

dan hari sabtu seawal pagi lagi kami dah berada di SDMC untuk dapatkan appoinment yg terawal dengan pakar tu.... tp doktor hanya sampai about 9.45 cam tu.... nasib baik dapat jadi 1st patient jd x la lama sangat menunggu.... dan bila tengok images dari MRI scan tu, doktor kata that he is very lucky that the injury tu x teruk sangat tp kena g rehab selama sebulan and to stop all sport activities!

gambar cek google punya.... sakit sangat bila lutut kena lipat cenggini!

so for the next 1 month, kenalah travel thru n forth Shah Alam and Melaka untuk jalani fisio tiap2 hari jumaat n sabtu. every session memakan masa 1 jam setengah... tambah loteh la mama nak nunggu! semalam dah kena jalani rehab tu tp masih very basic and later on akan lebih intensif... sllu mamanya kena ingatkan dia that "no pain no gain"! biar rasa sakit asalkan cepat sembuh nnti, x la jalan pun macam limping kan!

Thursday, March 29, 2012

Megi kari Mak Neng

ari ni masih membzkan diri menolong kawan menyiapkaln tempahan munger kawin tu, tp kan makan mmg x leh la nak skip kan.... so yang paling senang disediakan dan mudah di ngap ialah meggi! resepi nak kena tanya Mak Neng dari Sinar fm ya... megi kari sosej, alhamdullilah kenyang.

Wednesday, March 28, 2012

Basic dough

tu dia.... orang buat roti kak rose pun nak gak..... tp cuma guna tulang empat kerat untuk menguli doh, sampai lenguh2 tangan. nasib baik x kuor muscle yg beso keras2 tu.... dan nasib yang sangat baik jugak sbb roti ni turn out nicely.... x sesia lenguh2 tangan tu... semalam tengok roti ni kat rumah hana yg dah rajin mengupdate tu, tapi resepi ni kak rose cnp dari rumah izah dengan cara guna tangan.. mekasih semua...


Bahan A
500g tepung roti *izah guna tepung gandum
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional -izah letak
1 sk bread improver- optional - izah letak
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan

Bahan B
250ml air
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine

Bahan D
Gula kasar utk tabur


Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

Tuesday, March 27, 2012

Donut kentang citarasawan

pagi td nampak donat gebus ni kat rumah Izah, teruslah teringin nak makan.... jahat sungguh tekak ni kan.... tapi layan kan jugak tekak jahat ni dengan merajinkan diri menguli adunan tu sebelum lunch dan goreng lepas perut kenyang..... mmg gebus dan lembut sangat. mekasih pada kak1 dan juga izah yg telah mengolah resepi asal.... dan kak rose ikut sukatan yg izah dah olah ni.... mekasih sekali lagi pada kedua2 nya ya.... kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak...

DONUT KENTANG CITARASAWAN
resepi: kak Wan
Olahan: Izah

200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.

Bz... keja keras tangan...

masih membzkan diri dengan keja keras tangan kak rose ni.... banyak lagi nak kena buat, so dengan gigih la menolong kawan ni nak siapkan keja tempahan dia....pas ni nak kena cantumkan segala tot tet yang dah buat tu, untuk bunga telor majlis perkahwinan hari sabtu ni...

bila dah bz, lunch pun kena siapkan yg paling cepat boleh dingap....disebabkan allergic yang sangat teruk, kak rose buat mee hoon sup yg sangat plain..... asalkan kenyang kira ok la tu kan.... kena pulak dengan sambal kicap tu, berpeloh2 makan! Alhamdullilah kenyang.