Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 20, 2012

Kuih gunting

salam hari selasa semuanya....pagi td asik dok merewang2 kat rumah kawan2 sekali terpandang kuih gunting ni kat blog kak1. tengok resepinya cam semua bahan dah ada, eloklah mencuba buat kudap2an masa dok sorang2 kat rumah ni.... x penah buat pun kuih ni ... tu dia bila dah goreng jadi tebal2 gedabak.... patutnya kena canai nipis la kan... alahai.... kalau dah amatur sangat nak mencuba jugak, ini lah jadinya. tp wpun tebal tp sangat rangup! mekasih pada kak1 share resepinya dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak ya...

Bahan-bahan
150gm tepung gandum
4 pelepah daun kari digunting halus
45gm majerin - (kak rose guna buttercup)
1 sudu makan serbuk cili
50ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil jintan manis}
1 sudu kecil jintan putih} dikisar halus
1 sudu kecil ketumbar}

Cara-cara:
1. satukan semua bahan di atas, masukkan majerin, gaul rata
2. tuang santan dan uli hingga menjadi doh
3. potong doh memanjang dan gunting menyerong kedalam bekas yang ditaburi tepung
4. goreng hingga kekuningan

sambil ngadap pc sambil ngap kuih gunting ni .... x sedar dah tengahari! adoyaiiiii!!!

Monday, March 19, 2012

Bebola ubi kayu goreng

ubi getuk cap lap u lap mi yg x digoreng.....
jakun pulak dapat ubi kayu warna kuning cenggini! original kaler ni taw!


ubi getuk goreng untuk minum petang aka dinner tadi. masa g doktor pagi td singgah kat kedai sebelah klinik tu.... x tau apa nak bli, terpandang lak ubi kayu ni, teruslah amik sebatang....dan x lupa kelapa parut putih. kalau kat kampung berlambak2 ubi ni kat kebun belakang rumah kan.... tp tadi bli sebatang cenonet jer pun dah 3 hengget! bila potong tu nampak isinya kuning, ingatkan rosak ke apa, tawakal je g rebus.... merebus ubi tu sambil ngadap komputer, lupa lah segala..... nasib baik air x kering lagi dan ubi ni sangatlah gebu n lembut jer.... separuh kak rose terap dengan acuan lap u lap mi ni dan separuh lagi buat bebola goreng. sedap n lembut jer ubi tu! resepi dari CMG, mekasih ya....

Bahan-Bahannya :-)
Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
Sedikit gula halus
Bancuhan tepung untuk menggoreng (mat guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit pewarna kuning, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti menggoreng pisang)
Sambal kicap



Cara membuatnya :-)
  1. Ubi kayu dikerat2, kupas kulit, cuci dan belah2, rebus bersama sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas. Campur sedikit gula (anggaran 1 camca teh) dan juga kelapa parut putih. Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata. (Kalau tak nak goreng dengan tepung, boleh alih ke dalam loyang, tekan2 hingga padat, potong dan hidangkan).
  2. Kemudian buatkan bentuk bebola (mat gunakan scoop ice cream untuk mendapatkan bentuk sekata). Buat hingga siap. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Hidangkan bersama sambal kicap untuk minum petang atau pun sarapan pagi....
kalau anak bujang tu ada dah tentu dia akan kata.... mama ni suka makanan jaman jepun! apa lah asal ubi kayu je teringat zaman jepun kan....

Buah asam kundang

kesian buah asam kundang ni... dah lama bli tp x de sapa pun nak makan.... bli masa g kenduri kat Rawang tu dan bila balik ikut jalan dalam maka nampaklah segala neka buah2an, tp kak rose cuma bli mangga dan buah kundang ni....mangga yg banyak tu dah pun selamat tp kundang ni..... kak rose mmg x suka makan yg masam tapi dek tergoda dengan kaler dan buah yg beso2 n comel tu, bli la jugak....sekilo 10 hengget, kalau makan dengan kulit mmg agak masam, so bila kena buang kulit tu jadi malas la pulak. kesian ko kundang.... dok la dulu dalam fridge ya.... nnti kak rose tanya cik google apa yg boleh dibuat dengan buah ni.... ke ada kawan2 yg nak suggest makan camner dengan buah asam kundang ni.... buat jus boleh ker?

Sunday, March 18, 2012

KTM komuter

salam hari minggu semuanya.... hari ni relax sket sbb dah x de undangan kenduri lagi.... semalam setengah hari dirumah kenduri dan paginya selesaikan semunggu errand yg tertangguh jer.... hari cuti barulah semuanya nak dilakukan... penat jugak le jadinya..... hari ni pulak ada appoinment dengan kontrektor yg nak baiki lantai rumah yang crack tu.... tulah kalau buat renovation tanpa supervision, cenggini la jadinya. baru beberapa tahun je lantai dah pecah sbb buat x even ke entah apa! masa tu kami masih lg di Langkawi dan all the transactions through phone jer, dengan harapan kontrektor tu akan buat sebaiknya la kan. dan itulah janji dia.... tp bila dah jadi cam ni called pun dia x jawap dah! nasib la kan... so kena cari kontrektor lain. tengahari ni nak g tengok rumah tu.

eh.... sebenarnya nak citer pasal komuter yg baru ni.... mmg cantik, bersih dan sangat panjang.... 6 gerabak sekali jalan.... harap dalpatlah mengurang kan kesesakan during peak hours la kan.... dan kalau delay pun sangatlah ramainya maknosia nak naik ketapi ni kan.... tp delay tu dah jadi macam kebiasaan dan x de courtesy langsung nak buat announcement tuk bagi tau commuters yang gelisah menunggu.... display on time je tp ketapi x sampai. bengang je kan!

the interior.... nampak sangat bersih dan ada tempat yg spacey untuk disable yg guna kerusi roda. dan pandangan dari depan terus kebelakang....sayup memandang. x de sekat2 macam yg lama tu.... tp entah la, sbb ni pun 1st time dapat coach naik yg baru ni. segalanya masih nampak cantik, bersih dan baru..... x tau untuk berapa lama. harap2 Malaysian akan punya 1st class mentality yang dapat 1st class facility! sama2 kita menjaganya.

masa berenti kat stesen Subang Jaya... sempat posing awek ni.... maaf ya kak rose tepek gambarnya kat sini.

coach untuk wanita sahaja.... besar posternya ditampal diluar dan dalam..... tp masih ada jugak yg x pandai nak baca... kak rose kata x pandai baca sbb benda tu ada depan mata, x kan x nampak dan dia buat do no jer.....yet boleh gelak2 lagi.... adoyaiiii gerammmmm!!!!

dan yg ni..... ada sapa2 nak betulkan x? ke ada perkataan baru dalam kamus ktm nih? kenyataan ni kak rose baca kat stesen subang jaya semasa tunggu hujan berenti. tempat2 lain x tau le ada jugak ke peringatan cam ni? new vocab.... ferund! he he he.

Thursday, March 15, 2012

Kuih tangkup

cuaca mendung sepanjnag hari dan hujan lebat petang ni buat pewot lapo selalu.... hu hu hu dan bila g jenjalan rumah kawan2 cari2 resepi yang mudah nak disediakan maka terjumpa lah kuih lipat/ kuih tangkup ni kat rumah Madiha.... baca tang komen kat bawah entry Madiha tu ada yang kata kuih bulan.... x tau nama sebenar kuih ni. adeiiii!!! cuba buat setengah adunan je, tu dapat 14 biji kuih ni, guna koli kecik comei tu... tp inti tu a bit too sweet la untuk kak rose, so len kali kena kurangkan sket gula tu....

terima kasih pada Madiha yang sharekan resepi kuih ni dan kak rose mintak izin nak konsikan kat sini lak ya....

Bahan Kulitnya:
2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder (ku memandai tambah)
1/2 s/k soda bikarbonat (tambah gak)
1 biji telur (ini pun sama pepandai tambah)
sedikit pewarna kuning (ku tambah jugak)
(kak rose ikut macam Madiha... suma tambah kasi ummmppphhh gitu!)
Cara2 menyediakan:
Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. MaDiHaA guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya.

Bahan inti:
2 biji telur
2 cwn santan
3/4 cwn gula
2 camb tep kastard
2 camb tep jagung (Tambah sendiri)
daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna hijau (Tambah gak ni)
(inti ni agak manis, so pada sapa2 bukan sweet teeth tu boleh la kurangkan sukatan gula ya...)

Cara2 menyediakannya
Campur kesemua bahan kecuali daun pandan hingga rata. Tapiskan ke dalam kuali & masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat angkat n sejuk sebelum d masukan kedlm kuih tangkup.

Manggo pana cotta


salam semua.... walaupun cuaca mendung teras juga nak makan yang sejuk2 cenggini.... ni semua kerana dah bli mangga dengan banyaknya dan dua molot je nak menyuapnya.... kalau membeli tu mmg tamak x hengat... sudahnya cari idea nak jadikan mangga yg sangat manis ni sesuatu yg nampak cantik dimata dan yg penting sedap ditekak! dah lama nak try buat panna cota ni, tp sbb x dak cream tu, maka tanya cik google camner nak sediakan substitute for whipped cream kat sini.... dan projek pun bermula....

meh tengok resepinya yg kak rose cnp dari blog alma dari philipine ni.....

mango panna cottas - serves 2

1 large ripe mango
1 tbsp sugar (adjust sugar as needed)
1 cup cream
1/4 cup + 2 tbsp sugar
1/4 cup milk
1 tbsp water
1 1/2 tsp powdered gelatin

  • Slice the mango, discard the stones then slice the flesh add 1 tbsp sugar and puree. Divide the mango puree evenly among 2 glasses or ramekins. Put them in the freezer to firm up a little.
  • Place the water in a small ramekin and sprinkle the gelatin over it. Let it bloom.
  • In a medium saucepan, heat the cream with the sugar until the cream is just about to boil, stirring occasionally to make sure the sugar dissolves completely.
  • Remove from the heat and stir in the gelatin until it is completely melted. Let it cool then add the milk. Let cool to room temperature.
  • Once the cream is cooled, slowly pour it over the frozen fruit and let set in the fridge.
  • Before serving garnish with chopped mangoes.

nikmati sejuk2 dihari yang mendung ni pun sedap jugak sambil melayan bunyi sangat bising kontrektor buat renovation dibelakang dapur...hishhhh!!!! poning palo den dengan bising cenggini!

Wednesday, March 14, 2012

Asam pedas daging

salam semua.... lunch dengan apa agaknya hari ni.... cuaca yang mendung sepanjang hari membuatkan perut berkeroncong saja minta diisi.... rasanya dah lama jugak kak rose x masak2.... maklumlah bila duk sorang mmg x rajinla nak masak kan, makan je apa yg ada dan senang disediakan.... kes sangat malas la tu.... tp bila dah beberapa hari x makan nasi sejak g kenduri ari tu, hari ni tingin nak makan nasik lak... dan semalam kebetulan nampak masak asam daging ni kat rumah Fiza terus lah membuatnya.... orang johor la katakan.... mmg pebretla masak asam ni.... x kira la apapun isinya.... ttp suker. Fiza kak rose mintak izin nak cnp resepinya dan tepek kat sini ya.... terima kasih jugak buat k jee tg sharekan resepi ni..... tp kak rose x la buat sampai sekilo daging, jd kena pandai2 ejas bahan2 tu.... tp ttp sedap. boleh hirup kuah lagi....

BAHAN2

1kg daging (Kjee guna batang pinang, kite guna daging biasa je jadi kena rebus dulu sampai daging empuk) (kak rose guna daging biasa... rebus sekejap guna pressure cooker)

3 labu bawang besar (sederhana besar)

*2 ulas bawang putih

*1 inci halia

*1 sudu kecik serbuk kunyit

*2 inci belacan (kak rose x letak)

*secekak daun kesom

1 mangkuk cili kering kisar (nak pedas tambah lagi. Kjee guna mangkuk tauhu faa)

1 cawan air asam jawa

CARA:

Daging dipotong ikut sukan dan rebus sampai lembut. Kalau guna daging batang pinang tak payah rebus. Potong, cuci dan tos hingga kering. Panaskan periuk. Bubuh minyak kira2 ½ cawan, kemudian tumis semua bahan bertanda * yang telah ditumbuk halus.Apabila sudah naik wangi, masukkan cili kisar dan goreng sampai terbit minyak guna api sederhana. Kemudian masukkan daging (kalau direbus, masukkan airnya sekali) dan masaklah perlahan2.Apabila daging batang pinang sudah kecut, masukkan air asam jawa dan juga tambah lagi air mengikut kepekatan yang kita mahu. Masukkan daun kesom dan/atau daun limau purut.. Bubuh garam dan aji (kalau guna). Kalau tidak, bubuh sedikit gula.

Selalunya, selepas semua bahan sudah masuk ke dalam periuk, Kjee perlahan api ke tahap sederhana dan biar asam pedas ini reneh sehingga Kjee puas hati dengan kepekatannya. Ada orang suka cair tapi Kjee suka kalau sedang2. Kite nakkan berkuah jadi kite buat cair je...