Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 3, 2019

cekodok pisang gebus gebas!

...dan molat molat...😅

Bila tamak membeli pisang, end up cekodok jugak yang jadi mangsa. masa pergi buat marketing tu ternampak lah pisang berangan ni bergantungan di dekat kaunter... since buah2 lain semuanya berbungkus dan tak leh nak pilih pilih dah 😜, so kak rose opt for yang memang kita nampak elok depan mata lah..tu yang beli sampai dua ikat pisang ni... dan memang pisang tak boleh nak simpan lama kan... tapi cekodok ni pun pebret lah... so tak lah membazir pisang tu kan...


dua sikat pisang berangan yang dah jadi cekodok..

Bahan-bahan
4-5 biji pisang berangan
1 cawan tepung gandum
2 sudu Planta atau mentega/minyak masak
3-4 sudu gula pasir
secubit garam
1/2 tsp soda baikabonat

Cara-cara
1. Di dalam bekas, lenyekkan pisang bersama mentega, gula dan garam. Kemudian masukkan soda bikarbonat, dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu lembik. Ini kerana supaya apabila menggoreng, ianya tidak terlalu lembik dan gebu.
2. Di dalam kuali yang berisi minyak panas , masukkan adunan pisang secara perlahan-lahan. pastikan api sederhana digunakan. golek2 kan selalu supaya dapat cekodok yang bulat2..
3. Goreng sehingga warna keemasan dan terapung. balik2kan selalu. Toskan lebihan minyak dan hidangkan panas-panas

No comments: