Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, January 15, 2019

Buah belimbing madu

Asalamualaikum dan jumpa semula kat dapo kak rose ni....

Alhamdulillah... dapat jugak nak update dapo maya ni... setelah berhari2 menyibukkan diri, akhirnya dapat jugak nak jenguk dapo ni. walaupun setakat entry dengan buah jer! sejak hari khamis memang kak rose bz sangat... hari jumaat tu kak rose buat majlis bacaan surah Al-Kahfi kat rumah, jadi  hari khamis tu mmg bz buat preparation... maklumlah semuanya buat sorang2.. so kena buat pelan2 lah... dan lepas majlis pulak kenalah kemas balik pinggan mangkuk semua kan.. dan pagi sabtu lepas subuh pulak kak rose dah gerak balik kg di johor... tengok kebun yang kak rose upahkan orang buat clearing pokok2 kelapa sawit yang dah tua tu... pagi ahad g pulak ke pejabat tanah batu pahat, uruskan bahagian tanah yang kak rose bagi pada adik. Alhamdulillah selesai dengan pejbat tanah, tinggal juruukur akan uruskan semua untuk urusan pecah geran tu. petang ahad balik shah alam semula dan malam baru sampai... lepak sangat dibuatnya.
 
ingatkan nak rehat2kan badan... tapi subuh pagi isnin dapat called dari anak arwah kawan yang dah yatim piatu, atok yang mereka tumpang bermanja pulak dipanggil pulang menghadap penciptanya... Inalilahiwainailaihirojiun...maka bergegas lah kak rose dan seorang kawan ke kampung mereka di Tanjung Malim. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan...dan kepada anak2 ini kamilah kawan2 rapat arwah mak abahnya yang sentiasa akan berikan support untuk kekuatan mereka... harap mereka tabah dengan dugaan yang bertimpa ini... Allahhu akbar....

 tengah malam baru sampai rumah semula... itu lah sebabnya berhari2 tak terjengah lah dapo maya ni...

so... ini lah buah belimbing madu yang kak rose beli di R&R Pagoh semasa dalam perjalanan balik dari kampung hari ahad tu... lama dah tak jumpa belimbing yang beso2 gini... tapi harganya mak datok oi! kalaulah boleh tanam sendiri kan????

4 comments:

#JMBELOG said...

SEDAPNYA...
#JMBELOG

Norlaili A Wahab said...

sedih pulak mengenangkan anak-anak arwah ye.
salam takziah kepada keluarga mereka.

ajwa said...

Sedapnyer terlioq sungguh.

lovemachoco said...

permisi min numpang share ya :)
ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^